Sunday, December 29, 2013

KECEKAPAN PAK POLISI!!! Suspek guling kerajaan berjaya diberkas

Read more ...

BUKAN GOSIP!!! Amar Singh akan disaman RM 100 Juta jika tidak minta maaf

ChegubardSHAH ALAM 29 DIS : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan mengambil tindakan saman terhadap Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur , Datuk Amar Singh Ishar Singh sebanyak RM100 juta yang mengaitkan mereka antara dalang himpunan guling kerajaan 31 Disember ini.

Pengasasnya, Badrul Hisham Shaharin, berkata tuduhan Amar Singh itu bersifat fitnah jahat serta cuba mengalih isu sebenar terhadap kemarahan rakyat akibat kenaikan kos hidup.

“Saya dengan ini mendesak fitnah ini ditarik balik oleh Datuk Amar Singh Ishar Singh dan permohonan maaf dituntut. Dia harus dedah apa sumber dia, dan dedah bukti gred A sekiranya ada.

“SAMM akan menghantar notis undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan media terbabit. Saya akan memulakan proses saman sebanyak RM100 juta ke atasnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Read more ...

MARI SERTAI!!! Pertandingan email palsu hantar kepada Rosmah, adakah Polis akan siasat Rosmah?

MP Pandan Rafizi Ramli berkata beliau akan menganjurkan satu pertandingan mengarang emel palsu dengan hadiah sehingga RM1,000 untuk melihat sama ada polis akan turut bertindak ke atas perbuatan seperti itu.

Beliau mengumumkan perkara tersebut sebaik selesai disiasat selama kira-kira 40 minit hari ini, ekoran penyebaran satu emel berhubung rancangan membuat letupan semasa sambutan malam tahun baru 31 Disember.

Pengarah strategi PKR itu berkata beliau akan menganjurkan pertandingan itu sebagai reaksi kepada siasatan berkenaan, yang dianggapnya sebagai satu lawak jenaka.

Rafizi berkata beliau akan memilih karangan emel palsu paling menarik dan kreatif untuk ditujukan kepada perdana menteri, ketua polis negara dan timbalan ketua polis negara.

"Kita akan umumkan (butiran pertandingan) esok, oleh kerana kita anggap (siasatan polis sebagai) lawak jenaka.

"Anda (polis) bazir wang rakyat, dan bazir masa semua orang. Awak (wartawan) kena tunggu di depan ini tengah hari untuk berita.

Read more ...

Saturday, December 28, 2013

ORANG KATA TURUN , DIA FITNAH GULING!!! Mari Baca 33 kenyataan bangang pemimpin Umno/BN

1. Kalau harga ayam mahal jangan makan ayam. Makan ikan dan daging pula. - Hasan Malek

** Mengulas rungutan pengguna yang bising mengenai kenaikan harga ayam.

2. Pendatang asing di Sabah tidak gugat keselamatan negara - Nazri Aziz

** Mengulas pertanyaan rakyat yang bertanya mengenai kebanjiran warga asing. 

3. Penceroboh di Lahad Datu bukan pengganas - Hishamuddin Hussien

** Mengulas persoalan rakyat yang bertanya mengenai kejadian di Lahad Datu sebelum situasi bertukar tragedi ketika itu. 

4. Pengguna boleh guna laluan tidak bertol kalau tidak mahu bayar tol - Wahid Omar

** Mengulas rungutan pengguna yang bising mengenai kenaikan kadar tol. 

5. Kita ada sistem pengurusan banjir terbaik di dunia - Shahidan Kassim.

** Mengulas rungutan mangsa banjir kenapa bantuan lambat tiba.

6. Sistem pendidikan kita terbaik berbanding UK dan USA. - Muhyiddin Yasin.

** Mengulas laporan mengenai perbandingan prestasi pendidikan antara negara.

7. Pistol yang hilang mungkin terjatuh dalam laut. - Ketua Polis Negara

** Mengulas laporan audit mengenai kehilangan pistol oleh anggota polis.

8. Harga barang naik ialah ketentuan Allah SWT - Ustaz Fathul Bari

** Mengulas sikap rakyat yang menyalahkan penyokong2 BN yang undi BN sekaligus menyebabkan harga barang naik..

9. Kita perlu hormat penunggang2 motorsikal VVIP yang mengiringi VVIP di atas jalanraya. Perlu beri laluan kepada mereka. Ini budaya kita. Mungkin kita perlu wujudkan undang2 tertentu.. - Hasan Malek.

** Mengulas sikap rakyat yang taknak bagi laluan pada VVIP atas jalanraya.

10. Rosmah pun ada jasa pada negara. Rosmah juga selesaikan masalah rakyat. - Najib Razak

Read more ...

BELUM PUN RAKYAT TURUN!!! Najib dah 'TERGULING' dek anak ROSMAH

Riza_AzizKUALA LUMPUR 27 DIS: Anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berusia 36 tahun dilaporkan membeli satu unit kondominium berharga USD33.5 juta (RM110 juta) di New York, menurut Sarawak Report.

Riza Shahriz Abdul Aziz, anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor daripada perkahwinan terdahulu membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel, New York.

Laporan itu memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal yang menyatakan Riza membeli hartanah tujuh bilik itu pada 19 November 2012.

Laporan New York Times itu menyatakan, unit megapuri (penthouse) yang terletak di Central Park West dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali Park Laurel Acquisition.

Read more ...

Friday, December 27, 2013

BERITA PANAS !!!! Rafizi dan Cikgu Bard 'dibelasah' hero Umno depan balai polis

Kumpulan itu menayangkan gambar Rafizi secara terbalik dan bertindak mengoyak serta memijaknya di perkarangan balai polis.
PETALING JAYA: Lima badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pemuda Umno hari ini membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin yang didakwa sebagai dalang menghasut rakyat turun menyertai Himpunan 31 Disember.

Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M), Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Pertubuhan Memartabat Jaringan Melayu Malaysia (MJMM), Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, serta Bridget Kesatria Mahasiswa masing-masing mengemukakan laporan polis di Balai Polis Damansara di sini petang tadi.

Turut diserahkan beberapa bukti bergambar dan salinan video rakaman ucapan Rafizi dan Badrul, atau dikenali CheguBard.

Sejurus selepas selesai membuat laporan, kumpulan itu menayangkan gambar Rafizi secara terbalik dan bertindak mengoyak serta memijaknya di perkarangan balai polis.

Read more ...

DANAI PERKASA!!! NGO Melayu pro UMNO tak puas hati, Gerakan pula 'sakit hati'

Tindakan kerajaan menyalurkan dana kepada kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini menimbulkan perasaan tidak puas hati kumpulan NGO Melayu-Islam yang lain.

Antara yang menyuarakan perasaan tidak puas hati itu, Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).
Mereka yang juga mengaku terlibat mempertahankan hak-hak orang Melayu dan umat Islam di negara ini turut mahukan pengiktirafan, termasuk menerima penyaluran dana itu.

Presiden MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, mereka mengesyaki PERKASA mendapat bantuan daripada kerajaan tetapi perkara ini tidak pernah didedahkan secara terbuka sebelum ini.

“Sekarang, dengan pendedahan PERKASA mendapat dana kerajaan... saya rasa tidak adil hanya PERKASA mendapat dana ini,” kata Rani dalam SMS kepada Malaysiakini hari ini.

Read more ...

Thursday, December 26, 2013

TAHUN 2014!!! UMNO/BN bukan akan diguling tapi terguling

Rakyat Malaysia menanti tahun 2014 dengan kebimbangan kenaikan kos sara hidup. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Disember, 2013.Rakyat Malaysia menanti tahun 2014 dengan kebimbangan kenaikan kos sara hidup. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Disember, 2013.Tahun 2014 sudah pastinya bukan berita gembira bagi majoriti rakyat Malaysia berpendapatan rendah kerana kenaikan kos sara hidup yang bakal mereka hadapi.
Semasa berkempen menjelang Pilihan Raya 2013 lalu, Barisan Nasional melalui “Manifesto: Menepati Janji, Membawa Harapan” memberikan pelbagai janji indah seperti mengurangkan kos sara hidup.
Di antaranya adalah penurunan harga kereta secara berperingkat, menyediakan sejuta rumah mampu milik, pendidikan lebih baik, pembangunan luar bandar secara agresif dan keselamatan awam.
Akan tetapi selepas pilihan raya 5 Mei, apa yang rakyat dapat?

Bermula September lalu, subsidi minyak dan gula dipotong, menyebabkan kenaikan harga kedua-dua bahan berkenaan.
Perlu diingat, kenaikan harga minyak dan gula mempunyai kesan berantai kepada barangan lain. Dalam erti kata lain, janji kerajaan harga barang lain tidak akan naik selepas subsidi minyak dan gula dipotong tidak boleh digunapakai.

Read more ...

UBAH WANG HARAM RM 6 JUTA!!! Pegawai Tinggi Polis bergelar 'Datuk' dipanggil SPRM

Post Pic
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis mengesahkan seorang pegawai tinggi polis bergelar 'Datuk' telahpun memberi keterangan, dipercayai berhubung kes pengubahan wang haram RM6 juta.(Gambar sekadar Hiasan)

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafa Ali berkata, pegawai polisberkenaan memberi keterangan di Putrajaya, Selasa lepas.

"Sebenarnya pegawai polis yang kita panggil itu adalah untuk mengambil keterangan dia, rakam percakapan.

"Dia telah memberi kerjasama yang baik dan keterangan telah diambil. Tidak ada tangkapan dibuat," katanya ketika ditemui pada sidang media Panel Penilaian Operasi (PPO) di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di sini.

Read more ...

Wednesday, December 25, 2013

ZAHID TERGUGAT!!! Didakwa belanja lebih RM 2 Juta, sogok duit dan beras

zahid_hamidiKUALA LUMPUR 25 DIS: Keputusan Mahkamah Persekutuan membenarkan petisyen pilihan raya parlimen Bagan Datoh didengar semula, menggugat kedudukan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut pempetisyen pilihan raya, Madhi Hasan, beliau akan memberikan keterangan dan mendedahkan bukti salah laku pilihan raya yang dilakukan Zahid.

“Melalui keputusan Mahkamah Persekutuan, kita akan beri bukti kukuh mengenai kesalahan yang berlaku ketika pilihan raya umum lepas bagi parlimen Bagan Datoh,” kata Madhi Hasan yang juga Ketua Cabang KEADILAN Bagan Datoh.

“Terdapat dua isi petisyen. Pertama ialah Zahid menyogok pengundi dengan beras dan wang
“Ia salah mengikut undang-undang (Akta Kesalahan Pilihan Raya) kerana pemberiannya jelas bermotif mendapatkan undi.

“Petisyen kedua ialah perbelanjaan pilihan raya Zahid yang melebihi had yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Read more ...

NAH KO IBRAHIM ALI!!! Rupanya MKN, BTN, JASA yang bagi bantuan kepada PERKASA

NGO pendesak PERKASA mengakui bahawa tiga agensi utama kerajaan – Majlis Keselamatan Negara (MKN), Biro Tatanegara (BTN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) menyalurkan bantuan kepada pertubuhan berkenaan bagi menjayakan programnya.

Setiausaha agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata bantuan yang disalurkan oleh agensi kerajaan kepada pertubuhan itu bagaimanapun tidaklah sebanyak mana berbanding dengan usaha yang dijalankan untuk menarik sokongan golongan Melayu kepada BN.

Read more ...

Tuesday, December 24, 2013

HANGAT!!! Didakwa langgar Artikel 30 Perlembagaan Perak, berjayakah 2 ADUN BN disingkirlan?


Tujuh bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), dua calon PAS Perak mengambil tindakan mahkamah untuk menyingkirkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) kerana tidak menjadi penduduk negeri itu semasa hari pengundian, 5 Mei lalu.

Saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Julai dan tarikh perbicaraan ditetapkan pada 24 Februari 2014.

Salah seorang peguam dalam kes itu, Robin Lim, berkata saman difailkan terhadap Adun Manong dari BN, Mohamed Kamil Shafie dan Adun Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya kerana melanggar Artikel 30 Perlembagaan Perak.

Katanya, Adun negeri tersebut mesti menjadi penduduk tetap Perak semasa hari pengundian.“Mereka menetap di Lembah Klang dan pemilihan mereka sebagai Adun bertentangan dengan Perlembagaan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Saman difailkan oleh Jamil Dzulkarnain yang tewas kepada Mohamed Kamil sementara satu lagi saman difailkan Misbahul Munir Masduki terhadap Shahrul Zaman.

Read more ...

Sunday, November 24, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Keputusan pemilihan menonjolkan gabungan pemimpin tiga kelompok utama dalam parti

pas muktamar 231113 mat sabu hadi awangNaib presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berpuas hati dengan keputusan pemilihan untuk jawatan tersebut, yang menurutnya berjaya menonjolkan pemimpin dari tiga kelompok utama dalam parti Islam itu – ulama, aktivis dan profesional.

Katanya, setiap golongan dalam PAS kini juga harus berpuas hati kerana telahpun mendapat wakil masing-masing dalam pemilihan kali ini, dan memfokuskan usaha untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Jelasnya, beliau melihat pandangan umum yang menganggap dua lagi naib presiden yang mengekalkan kedudukan mereka dalam pemilihan kali ini – Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa – masing-masing sebagai tokoh aktivis dan tokoh profesional.

Dua lagi yang calon yang kecundang dalam pemilihan kali ini ialah Datuk Mahfuz Omar, yang disifatkannya sebagai tokoh aktivis dan juga tokoh ulama Datuk Abu Bakar Chik.

Read more ...

Thursday, November 21, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Suhaizan menang Ketua Pemuda PAS Malaysia, Muslimat kekal

Suhaizan KaiatPETALING JAYA - Keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pemuda Pas sesi 2013-2015 menyaksikan Suhaizan Kaiat menewaskan dua calon Ketua Pemuda Pas lain dengan 320 undi.

Sementara jawatan Timbalan Ketua Pemuda Pas milik Khalil Abdul Hadi dengan 355 undi.

Jawatan Naib Ketua Pemuda Pas dimenangi Mohd Khairi Nizam Khairuddin dengan 411 undi.

Keputusan diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Dewan Pemuda Pas Malaysia, Zulkarnain Lukman pada jam 9.45 malam ini di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).


Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! Penyokong Dato' Tuan Ibrahim paling ramai mengalih undi kepada Haji Muhamad Sabu

 

Poll untuk jawatan Timbalan Presiden PAS yang tinggal beberapa jam lagi,  menyaksikan Haji Muhammad Sabu dengan memperoleh undian terbanyak iaitu 37 % daripada jumlah undian.

Walaupun pada peringkat awal undian Haji Muhamad Sabu berada di kedudukan ketiga di belakang Dato' Husam Musa dan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Namun , selepas kedua-dua calon ini mengumumkan menolak pencalonan bertanding jawatan Timbalan Presiden. Undi kepada Hj. Muhamad Sabu melonjak naik mengatasi kedua-dua calon ini.

Manakala undian terhadap Dato' Husam Musa dan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man semakin berkurangan apabila pengundi yang awalnya mengundi mereka telah beralih undi kepada Haji Muhamad Sabu.

Read more ...