Pergerakan
Pemuda Umno Terengganu meminta semua pihak agar segera berhenti
mempolitikkan isu sayur kangkung dalam semua saluran media.Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh ketuanya, Mohd Johari Abu Bakar, mereka berkata, Pemuda sanggup berdepan dengan sesiapa sahaja untuk mempertahankan pemimpin negara daripada dihina dan dikotak-katikkan.
"Pergerakan Pemuda Umno negeri ingin memberi amaran agar tidak lagi melakukan penghinaan kepada pemimpin negara atau mereka perlu berdepan dengan Pemuda Umno jika masih berdegil," kata kenyataan itu.
Kangkung menjadi bahan untuk mempermainkan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak sehingga ke seluruh dunia apabila BBC London juga melaporkan
perkara ini.





MIC hari ini menggesa tindakan diambil ke atas ahli Umno yang menumbuk
Timbalan Menteri Pendidikan II P. Kamalanathan (gambar) dalam satu
mesyuarat di Hulu Selangor pada Ahad lalu.





