Monday, January 20, 2014

HIMPUNAN SEKANGKUNG!!! Dakwa rakyat yang anjur, tapi pemimpin UMNO berlindung di belakang PEKIDA

PEMIMPIN UMNO PULAU PINANG DAKWA HIMPUNAN SEKANGKUNG BUKAN DIANJUR UMNO TAPI DIANJUR RAKYAT

TAPI TENGOK YANG PERGI SEMUANYA MUKA-MUKA MACAI UMNO

PERANGAI TAK SENONOH, MAKI SANA MAKI SINI - ITU SEMUA PERANGAI MACAI UMNO

Read more ...

Sunday, January 19, 2014

PERKASA BERSUARA HARI INI!!! Tak kira ahli MCA, tak kira anak Rosmah semuanya Perkasa lawan

 Akhirnya Perkasa Johor buat demo depan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya, Kota Tinggi, Johor kerana berang sebab guru besarnya paksa seorang guru wanita mualaf buka tudung jika mau mengajar di sekolah berkenaan.

Salah satu plakad yang dijulang oleh salah seorang ahli Perkasa berbunyi  .. " GURU BESAR TIDAK LAYAK DI MALAYSIA "  dengan lain perkataan mudah dan tepat .. guru besar tersebut tidak layak duduk di Malaysia maka mesti di halau keluar.

Read more ...

APA WISMA PUTRA BUAT?!!! Anwar disekat masuk ke Jepun

DSAI
KUALA LUMPUR 20 JAN: Wisma Putra didesak memberi penjelasan penuh berhubung sekatan terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari memasuki Jepun.

“Pemerintah Jepun mendakwa satu laporan baru-baru ini datang dari kerajaan Malaysia yang merupakan asas tidak membenarkan Anwar memasuki Jepun

“Kami mendesak penjelasan penuh Wisma Putra,” kata Ketua Biro Guaman & Hak Asasi KEADILAN, Latheefa Koya dalam kenyataannya hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, adalah suatu keanehan apabila Anwar dilarang memasuki Jepun atas dakwaan politik lama pada 1999, sedangkan beliau telah beberapa kali memasuki negara itu sebelum ini.

Read more ...

HARI YANG SAMA!!! Presiden UMNO dok puji, penyokong UMNO dok maki

Tahniah Datuk Lee Chong Wei dan pasangan bergu lelaki negara yang muncul juara Badminton Terbuka Malaysia.

Najib, Rosmah dan Khairi melebar senyum dengan kejayaan anak Malaysia berbangsa Cina ini. 

Namun, pada hari yang sama Presiden UMNO puji dan gembira dengan kejayaan Datuk Lee Chong Wei dan pasangan bergu lelaki negara. 
Pada hari yang sama juga ahli dan penyokong UMNO maki dan hina orang Cina di Seberang Jaya negeri kelahiran Datuk Lee Chong Wei.

Read more ...

TERSURAT LUCAH , TERSIRAT NAK TUTUP ISU!!! Pengharaman filem kontroversi 'The Wolf of Wall Street' legakan Rosmah?

Filem tersohor tetapi sarat dengan kontroversi 'The Wolf of Wall Street' dilaporkan diharamkan tayangannya di Malaysia ekoran bahasa dan kandungan yang lucah.

"Sumber-sumber dalaman pejabat filem kerajaan Malaysia memaklumkan THR yang pengedar filem itu sedia maklum yang mereka akan berhadapan masalah besar dengan lembaga penapisan kerana kelucahan, babak bogel serta seks sewaktu tayangannya," lapor laman web hiburan The Hollywood Reporter.

Filem itu diterbitkan Red Granite Pictures, syarikat yang dimiliki bersama oleh Riza Aziz yang merupakan anak Datin Seri Rosmah Mansor, hasil daripada perkahwinan pertamanya.

Read more ...

Saturday, January 18, 2014

INI BUKTI BERGAMBAR!!! Lautan Merah seramai 30 0OO hadiri Himpunan Sekangkung




kesian bila jadi macam ni.

orang yang join tak ramai, modal pulak dah kering. terpaksa import luar negara.

padan muka!

Read more ...

NAJIB BERUNDUR?!!! Muhyiddin tak layak, Mahathir dicadang ganti Najib


KUALA LUMPUR: Walau ‘sepandir’ mana pun cadangan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin supaya dibawa kembali Tun Mahathir Mohamad ke Putrjaya, satu hakikat yang benar dari kata-kata dan cadangan itu ialah barisan kepimpinan hari ini sudah ternyata tidak lagi berguna kepada rakyat negara ini lagi, tulis Aspan Alias.

Daripada pemimpin menyelesaikan masalah rakyat, rakyat pula yang terbeban untuk menyelesaikan masalah yang terhasil dari kepimpinan yang sudah hilang panduan dan tertutup hijabnya untuk mentadbir negara dengan baik dan benar.

“Najib sesungguhnya keseorangan. Buat masa ini hanya beliau seorang yang bercakap dan tidak ada seorang pun menteri lantikan beliau membuat kenyataan terbuka mempertahankan beliau apabila Zainuddin Maidin memberikan cadangan mengembalikan Mahathir ke Putrajaya.

Read more ...

MAI BACA!!! Cerita disebalik Himpunan Sekangkung , memang ada yang dikangkungi

 

dan yang nak best tengok yang nie pulak...


AMACAM..?? Dah pahamlah kot no..apa cerita tadi... ini berdasarkan luahan di fb...

Senyum.... 


Read more ...

FAKTA BUKAN AUTA!!! Pertarungan Kubu Kuat PAS Vs Kubu Kuat UMNO





Read more ...

FILEM SEPARA LUCAH!!! Leonardo DiCaprio sahkan anak lelaki Rosmah terlibat

 

SHAH ALAM:Aktor Hollywood, Leonardo DiCaprio  mengesahkan anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor, Riza Shahriz Abdul Aziz terbabit dalam penerbitan filem The Wolf Of Wall Street yang mencetus pelbagai kontroversi di serata dunia.
Ia dibuktikan melalui ucapan Dicaprio sewaktu menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Golden Globe, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Aktor kelahiran Los Angeles, California itu dalam ucapannya berterima kasih kepada Riza selain menyebut beberapa nama lain yang turut terbabit dalam pembikinan filem berkenaan.

“Saya ingin berterima kasih kepada seluruh tenaga kerja produksi filem terutama Joey, Riza dan Joe yang mengambil risiko menerbitkan filem ini,” katanya.

Read more ...

Friday, January 17, 2014

HIMPUNAN SEKANGKUNG!!! Lebih 30 0OO hadir, hampir 100% penyokong dan ahli UMNO

Bertempat di Sunway, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, pagi ini telah berlangsungnya satu perhimpunan dari macai-macai UMNO,  pembela Najib Razak membantah tindakan ADUN PKR Machang Bubuk, Lee Khai Loon dan kuncu-kuncunya yang dikatakan kononnya melakukan kerja biadap menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai Perdana Menteri DS Najib Tun Razak.

Kehadiran yang tidak sampai 300  orang, hampir 100% penyokong dan ahli UMNO.

Tidak nampak langsung seorang kelibat yang bergelar pemimpin UMNO di perhimpunan menentang penghinaan terhadap PM .. mungkin mereka sedar .. jika hadir akan menghina diri mereka sendiri.

Read more ...

ROSMAH KENA JAWAB!!! Kemana duit peruntukan Permata yang berjuta-juta?

 
 Gambar hiasan
 
Program Permata Negara – sebuah projek yang dikatakan tercetus dari idea isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; ilhamnya bukan berasal daripada cincin permata beliau yang bersinar, tetapi ekoran peningkatan kes jenayah dan masalah sosial dalam negara yang dipercayai berpunca daripada corak didikan semasa kanak-kanak. 

Maka, pada 1 Mac 2007, program ini dilancarkan dan dilaksanakan bagi memberi focus kepada asuhan dan didikan awal kanak-kanak. 

Walau bagaimanapun, bak kata pepatah, Indah Khabar Dari Rupa , program ini hanyalah sekadar satu lagi projek yang menghakis sumber negara dan wang rakyat.

Semasa merasmikan program Horey-Horey Permata 2013 di Dataran Telok Kemang, Port Dickson, Datin Seri Rosmah Mansor mengaitkan kritikan terhadap beliau dan Permata sebagai serangan politik. 

Saya menolak sekeras-kerasnya tanggapan beliau kerana saya komited untuk menegur dan mengkritik sekiranya terdapat unsur-unsur pembaziran wang rakyat.

Sekiranya Datin Seri Rosmah Mansor bertegas bahawa perlaksaan program tersebut bukan pembaziran, apakah beliau bersedia untuk mendedahkan keseluruhan jumlah peruntukkan yang disalurkan bagi membiayai segala perbelanjaan program Permata sejak penubuhannya pada tahun 2007?

Jumlah Peruntukan Mengelirukan, Peruntukan Bajet Tidak Setara Dengan Kenyataan Pihak Permata

Read more ...

MANA LEBIH BERADAB!!! Tarian punggung atau flash mop kangkung?

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan flash mob yang mengejek Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggunakan 'kangkung' untuk menjelaskan isu kenaikan harga.

Ia dianjurkan oleh ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon, di kawasan pasar malam di Alma, Bukit Mertajam Rabu lalu.


Anwar berkata Pemuda Umno dan NGO hak Melayu PERKASA pun telah menghina pemimpin Pakatan Rakyat tetapi hanya segelintir sahaja yang telah membantah.


Menurutnya, tarian punggung oleh kumpulan pro-kerajaan yang terdiri daripada veteran tentera di hadapan bekas penyelaras BERSIH, Datuk S Ambiga pada 2012, lagi teruk daripada flash mob 'kangkung'. 

Read more ...

KEDUDUKAN PALING LEMAH!!! Adakah Najib akan letak jawatan sebelum PRU 14?


Selepas lapan bulan berbincang, usaha Umno untuk berbincang ke arah perpaduan dengan Pakatan gagal menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) kini terdedah kepada pemberontakan daripada kalangan Umno sendiri, lapor The Edge Review.

Mingguan online dalam laporannya bertajuk "When talk fails" (Bila perbincangan gagal) melaporkan, Najib gagal meyakinkan pimpinan tertinggi Umno untuk mewujudkan perpaduan dengan Pakatan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Perbincangan itu… telah digunakan sebagai senjata untuk Najib menghadapi musuhnya di dalam partinya sendiri," katanya."Perbincangan itu tidak pergi ke mana-mana kerana pandangan umumnya Umno tidak pernah jujur," kata rakan karib Anwar yang terlibat dalam perbincangan sulit berkenaan kepada mingguan itu.

Najib telah menggunakan perbincangan itu untuk membentuk kerajaan perpaduan selepas pencapaian buruk BN dalam pilihan raya umum lalu.Pengundi telah memberikan undi popular kepada Pakatan dalam pilihan raya umum lalu, memberikan mesej mereka sudah bosan dengan cara BN mentadbir negara.

Read more ...

Thursday, January 16, 2014

PERANGAI BUSUK PERUT!!! Sendiri lulus, sendiri bantah, Inilah perangai hipokrit UMNO

PAS hari ini mempersoalkan niat sebenar Umno membantah pembinaan gereja Methodist di Tanjung Karang apabila mengambil kira sejarah penjualan tapak gereja yang berlaku sewaktu Selangor diperintah Umno dan BN sekitar tahun 80-an.

Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad dalam satu sidang medianya petang ini berkata, bersikap hipokrit apabila pada satu waktu dahulu membenarkan urusniaga itu yang jelas untuk tujuan pembinaan gereja tetapi kini membantahnya pula.

Beliau merujuk kepada demo Umno Tanjung Karang yang membantah pembinaan Gereja Methodist di Lot 178 Taman Tanjung Karang, pada 9 Januari lalu.

Read more ...