Zizan yang duduk bersebelahan Emma dalam kapal terbang tanpa segan
silu bercumbuan. Tak kiralah, cium pipi juga salah satu aksi bercumbuan
bukan?Sekarang ini alasan apa lagi yang Zizan nak guna kalau banyak mata yang nampak perbuatan tu? Itulah, bila ditanya, mati-mati tak mengaku bercinta.
- begitulah antara petikan dakwaan dari akhbar utusan untuk Zizan.
PETALING JAYA – Pelakon dan pelawak Zizan Razak menafikan dia dan aktres Emma Maembong bercumbuan dan bersikap tidak senonoh di dalam kapal terbang ketika
penerbangan ke Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Zizan atau nama sebenarnya, Razizan Razak, 30, berkata, gosip yang ditimbulkan itu tidak masuk akal kerana pemergian mereka ke negara itu turut disertai
oleh pengurus dan beberapa krew penggambaran.
“Pemergian ke Amerika Syarikat bukan kami berdua sahaja tetapi pengurus dan beberapa krew turut ikut. Takkan saya hendak buat perkara macam itu di hadapan
mereka semua.
“Isu yang ditimbulkan sebenarnya tiada apa-apa pun dan saya tidak terkejut pun kerana itu adalah lumrah dunia artis,” katanya ketika dihubungi mStar Online
pada Isnin.
Pemergian Zizan dan Emma ke Amerika turut ditemani oleh rakan-rakan dan krew penggambaran.










