Prk Kerdau - Siapa Mulakan Pergaduhan?


TEMERLOH, 5 Mac: Para pemimpin dan media Umno terbukti berbohong ketika mereka memfitnah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membeli tanah peneroka Felda kerana ianya sebenarnya dibeli oleh pihak lain.(Gambar: Ibrahim menunjukkan bukti tanah itu adalah milik syarikatnya. Ia dicagarkan beliau untuk pinjaman MARA)
Ia sebenarnya dibeli oleh Ibrahim bin Osman, seorang guru yang hanya meminjam duit dari Tuan Ibrahim dan kini tanah itu dicagarkan oleh Ibrahim kepada MARA untuk satu pinjaman lain.
"Sebenarnya apa yang berlaku adalah, seorang peneroka Felda telah mengiklan di merata-rata tempat mahu menjual tanahnya. Beliau juga telah menemui saya dan meminta saya membelinya.
"Memandangkan saya tidak ada duit, saya telah bertanya kepada Datuk Tuan Ibrahim untuk membantu saya. Dia bersetuju meminjamkan dahulu duit kepada saya dan sebagai jaminan terhadap pinjaman tersebut saya bersetuju menggunakan nama isteri beliau sementara saya
menjelaskan kesemua pinjaman itu.
"Apabila saya mempunyai duit, saya telah mengambilalih tanah itu dan menggunakannya untuk dicagarkannya kepada pihak MARA atas nama syarikat saya, Syarikat Pintar Kesuma Sdn Bhd (gambar)," kata Ibrahim dalam sidang media khas di Markas PAS Kerdau lewat petang ini.
Ibrahim menjelaskan fitnah yang dibuat Umno dan medianya terhadap Pengarah Pilihan Raya PAS Kerdau Datuk Tuan Ibrahim dengan mendakwa beliau membeli tanah peneroka Felda yang dalam kesempitan bukannya membantu beliau.
(Gambar: Bukti yang menunjukkan tanah itu adalah milik syarikat Cikgu Ibrahim, Pintar Kesuma sdn bhd. Ini adalah borang permohonan cagaran tanah kepada MARA)
Blog Umno juga ada mendakwa Tuan Ibrahim sebagai lintah darat ekoran laporan itu.
"Saya sangat dukacita dengan tuduhan itu kerana hasrat beliau untuk membantu saya dan peneroka berkenaan telah bertukar menjadi satu fitnah terhadap beliau.
"Hasil dari jualan tanah Felda tersebut, peneroka berkenaan telah berjaya membangunkan 15 ekar ladang sawit dan juga ternakan kambing dan lembu, bukannya menjadi dhaif sebagaimana didakwa," kata Ibrahim Osman.
Oleh itu, katanya, soal Datuk Tuan Ibrahim membeli tanah Felda sehingga menganiaya peneroka Felda tidak berbangkit sama sekali dan satu dakwaan dan tuduhan yang tidak benar.
Tuan Ibrahim dalam sidang media itu berkata, beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan isu ini dan hanya membantu meminjamkan wang kepada Ibrahim sahaja.
"Media dan Umno hanya cuba mengalih isu sebenar di Kerdau iaitu masalah hutang kerajaan negeri dengan membangkitkan perkara yang tidak benar ini," kata Tuan Ibrahim.
TEMERLOH, 5 Mac: Peneroka khususnya di Kerdau dinasihatkan berhati-hati dengan jerat terbaru BN berhubung wang skim tanam semula (SES) berjumlah RM13,000.
TEMERLOH, 5 Mac: "Saya menyeru kepada pengundi untuk mengambil peluang sungguh-sungguh untuk membuat bantahan dengan mengundi PAS," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil Dun Merlimau, Pas berjaya menyampaikan mesej perjuangan Pas dan Pakatan Rakyat walaupun terdapat beberapa kekangan dan halangan.
Walaupun beberapa insiden yang tidak diingini berlaku seperti cermin kereta dipecah, poster dan risalah berunsur fitnah, tayar kereta dipancit dan gangguan ceramah.
Cara kempen calon Pas mendahului calon UMNO. Malah pendekatan calon Pas ditiru pula oleh UMNO seperti pemberian bunga kepada wanita.
Calon Pas membangkitkan masalah pengangkutan awam, maka terus pendududk Merlimau mendapat khidmat MARA Liner. Banyak rungutan yang sudah disampaikan kepada beliau sepanjang berkempen.
Rupa-rupanya banyak masalah di Dun Merlimau yang masih terlindung di sebalik slogan yang indah.
Alhamdulillah pengundi di Dun Merlimau merupakan masyarakat yang terbuka dan boleh berubah walaupun di luar nampak berwajah UMNO.
Peluang ini memberi kesempatan kepada Pas untuk menerangkan dasar Pas yang berteraskan Islam kepada penduduk Dun Merlimau dengan secara dekat. Mungkin selama ini mereka menganggap Pas adalah parti yang pelik di kalangan mereka.
Pas cukup bergembira sambutan pengundi Cina dan India kepada calon Pas sehingga menimbulkan keresahan kepada Umno. Orang bukan Islam sudah tidak gerun kepada Pas, walaupun berbagai tohmahan dan fitnah dilemparkan kepada Pas.
Pas menyeru supaya pengundi Dun Merlimau memilih Yuhaizad Abdullah untuk menambah suara pembangkang di Dewan Undangan negeri Melaka.
KUALA TERENGGANU - Setiausaha Pemuda Pas Terengganu, Wan Mohd Faizul Wan Abas menganggap UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai kekuatan sendiri dalam ‘bertarung’ dengan pakatan pembangkang.
Menurut Wan Mohd Faizul, kemenangan parti itu pada pilihan raya kecil atau umum sebenarnya hanya disebabkan penggunaan jentera kerajaan, bukan kekuatan sendiri sebagaimana diuar-uarkan oleh UMNO dan BN.
“Perkembangan ini jelas menunjukkan bahawa UMNO dan BN sebenarnya lemah serta tidak berkeupayaan, mereka hanya mengharapkan kakitangan kerajaan,” katanya kepada Sinar Harian
Beliau berkata, kemenangan BN pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang baru-baru ini juga disebabkan kelebihan itu selain banjir menyebabkan ramai pengundi tidak dapat keluar mengundi.
Malah katanya, beliau percaya UMNO dan BN akan menggunakan strategi sama pada pilihan raya kecil DUN Merlimau dan Kerdau pada 6 Mac ini.
“Penggunaan penjawat awam dan pelbagai kemudahan kerajaan sudah diketahui sejak dulu lagi, dan ia tetap berleluasa walaupun sudah beberapa kali diadu kepada Suruhanjaya Pilihan raya (SPR).
“UMNO dan BN bukan bertarung secara ‘anak jantan’ dan kita merasakan ia tidak adil kepada pembangkang,” katanya.
Bagaimanapun katanya, walau apa juga strategi dan taktik digunakan BN, pembangkang dibarisi Pas, PKR dan DAP tetap optimis untuk mencapai kejayaan lebih besar pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.
TEMERLOH - Sebahagian besar penduduk di Kampung Pulau Pasir Mandi dan beberapa kampuing berhampiran, kecewa kerana dianaktirikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) Pahang dalam agihan saham tanah peneroka Felcra.
Penduduk mendakwa sebahagian besar dari peserta terbabit bukan di kalangan orang tempatan tetapi pihak luar yang tidak dikenali mereka.
Malahan terdapat di kalangan para pesertanya adalah pegawai kerajaan yang berpendapatan tetap dan “selesa”. “
Beberapa orang penduduk setempat yang pernah ditemuduga tetapi tidak terpilih sebagai peserta tanah-tanah di Felcra Pulau Mandi melauhkan rasa kekecewaan tersebut.
Saudara Zamri Hitam, 39, (berbaju biru) melahirkan rasa dukacita kerana permohonan untuk menjadi peserta Felcra Pulau Pasir Mandi belum kesampaian.Katanya, temuduga pernah dibuat oleh pihak pengurusan Felcra dan kerajaan negeri tetapi tidak terpilih pada tahun 2007.
“Saya orang tempatan yang lahir dan membesar di sini (Pulau Pasir Mandi) tetapi kecewa kerana tidak terpilih untuk menjadi peserta di Felcra ini.
“Saya pernah dipanggil temuduga peringkat kedua pada tahun 1998 dan diagihkan kepada peserta sebelum mengundi tahun 2008.
“Apa yang pelik dan menghairankan sebahagian besar yang ‘terpilih’ (peserta baru) itu adalah orang luar yang kita (penduduk) tidak kenal mereka ini,” jelasnya.
Rakannya, Khairi Jalil, 37, berkata protes penduduk pernah dibuat kepada pengurusan Felcra dan kerajaan dalam agihan tanah kepada peserta Felcra tetapi tidak dilayan.
Katanya, isu “pilih kasih” atau mengutamakan kroni tertentu dalam agihan tanah dan saham Felcra berlaku di Kerdau ini.
“Kami semua anak tempatan yang lahir dan membesar di sini. Kami generasi kedua peserta Felcra yang masih menumpang dengan keluarga.
‘‘Jika kami anak tempatan tidak diberi peluang tetapi dipilihnya orang luar yang tidak ada kena-mengena, yang telah hidup mewah dan berpendapatan tetap,’’ ujarnya.Puan Junainah Aziz, 40, mahukan kerajaan negeri berlaku adil dan mengutamakan penduduk tempatan terutama generasi kedua Felcra.
Katanya, generasi kedua Felcra masih ramai yang miskin dan menjalani kehidupan berkeluarga dengan menumpang.
“Saya mohon kerajaan negeri beri perhatian kepada anak tempatan untuk menjadi peserta Felcra kerana kami generasi kedua belum lagi mempunyai tanah sendiri.
“Apa yang berlaku, mereka yang mendapat tanah-tanah Felcra adalah bukan orang tempatan yang langsung tidak dikenali penduduk setempat,’’ ujarnya.
Menurutnya, isu yang dibangkitkan itu bukan hanya berlaku di Felcra Pulau Pasir Mandi tetapi juga di tempat lain.
Manakala, Noriah Mohd Shafie, 39, turut merayu agar kerajaan negeri lebih berlaku adil dan tidak mementingkan kroni tertentu dalam pemilihan di Felcra.
‘‘Kerajaan kena prihatin, adil dan utamakan penduduk setempat. Usah utamakan kepada kroni atau kenalan tertentu dalam pengagihan tanah Felcra ini,’’ tegasnya.
Buletinonline difahamkan, kini terdapat hampir 130 orang peserta yang memperolehi tanah-tanah di Felcra Pulau Mandi tersebut.
Di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau terdapat lima buah rancangan tanah Felcra iaitu Felcra Batu Sawar, Felcra Teluk Sentang, Felcra Kerdau, Felcra Rumpun Makmur dan Felcra Pulau Mandi.
Beliau yang juga ahli Parliman Kubang Kerian mengingatkan pasukan polis yang dihantar bertugas di Merlimau ini menjalankan tanggungjawab untuk menjaga keselamatan rakyat sepanjang tempoh kempen.
Perkhidmatan pesanan ringkas (sms) berbaur ugutan tersebar di sekitar kawasan Merlimau, memberi amaran supaya pengundi tidak menghadiri ceramah politik yang dianjurkan Pakatan Rakyat.
Menurut Shamsul Iskandar (gambar kiri, kiri), kereta Anwar melalui Jalan Merlimau/Batu Gajah, di mana terletaknya beberapa bilik gerakan UMNO-BN.