Wednesday, March 14, 2012

PEGAWAI PELAJARAN TERLAMPAU!!! Aksi penjilatnya memalukan Jabatan Pelajaran



Ingat lagi surat yang diedarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sabah yang ditandatangani oleh Pegawai Pelajaran Daerah Tawau dengan tujuan untuk menyenaraikan kakitangan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dengan tiga kategori iaitu ‘Putih’, ‘Kelabu’ dan juga ‘Hitam’?

Rupa-rupanya ianya dikeluarkan untuk tujuan menjilat pemimpin BN saja.. tak ada kena mengena dengan Kementerian Pelajaran..

Menjilat dan membodek bagi membuktikan kesetiaan Pegawai tersebut kepada Barisan Nasional yang tidak berbelah bagi.

Ini kerana menurut Pegawai yang menandatanganinya iaitu Darman Shah (gambar atas), arahan itu adalah inisiatif Pejabat Pendidikan Tawau dan tiada kaitan dengan Kementerian Pelajaran atau Jabatan Pelajaran Sabah..

Alasannya lagi bila dah kantoi “ Ia adalah satu kesilapan dan surat tidak sepatutnya dihantar. Ia ditulis oleh kakitangan saya dan saya tidak semak betul-betul.

“Hasrat kami adalah semata-mata untuk menasihat guru-guru supaya memberi tumpuan kepada pengajaran dan tidak terlibat dalam politik” katanya..

Hmmm… alasan biasa macam yang pemimpin UMNO gunakan bila dah kantoi.. salahkan apa saja yang ada disekelilingnya…

Ini surat itu.. yang dipertikaikan ketulenannya oleh seorang pencacai UMNO (tengok kat SINI siapa dia)ASD

Sila klik pada image untuk paparan lebih jelas..





Dari Malaysiakini

Read more ...

PRU 13!!! UMNO dah tidak yakin pertahan Johor

JOHOR BAHRU – Gara-gara kedatangan dan ucapan yang dikeluarkan oleh dua pemimpin tertinggi negara ke negeri Johor dalam jarak yang singkat nyata membayangkan tahap kegusaran pimpinan UMNO negeri ini yang berada dalam kebimbangan yang amat sangat.

Terbaru, dalam kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri ketika mengadakan lawatannya jumaat lepas telah mencetuskan keraguan apabila ungkapan ‘rasa’ terpacul daripada mulut pemimpin nombor wahid itu.


Hal ini menunjukkan tahap keyakinan untuk mengembalikan zaman kegemilangan BN suatu masa dahulu kini berada pada aras yang paling rendah maka tidakpun ia mungkin boleh dimuziumkan dalam jangka waktu terdekat ini.



”Alhamdulillah jelas rakyat Johor ceria dan rasa-rasanya masih lagi sebuah negeri yang terasnya BN.

”Saya boleh rasa seperti mana yang telah saya beritahu Menteri Besar, mesti bekerja keras dengan semua kelompok rakyat Johor dan seluruh negara untuk mendapatkan sokongan rakyat,” katanya lagi yang dipetik Sinar Harian.

Sementara itu, dalam laporan Ibn bacoks sebelum ini menyebut kedatangan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri ke Parlimen Simpang Renggam dipercayai dibuat bagi menyaingi asakan pembangkang yang berkubu di situ pada program Jom Ubah.
Bagaimanapun, ucapan Muhyiddin kepada orang ramai di Machap itu belum cukup untuk menyakinkan rakyat kerana masalah lalat yang menghantui penduduk di situ belum menunjukkan tanda-tanda penyelesaiannya.

Dalam pada itu, apabila Puteri UMNO bahagian terbabit yang turut melancarkan program Projek Puteri Prihatin Klinik Bergerak bagi mengesan dan membantu golongan pesakit kronik kawasan tersebut telah menguatkan lagi dakwaan bahawa keyakinan untuk mengekalkan prestasi sebagai deposit tetap BN bakal berkubur dalam PRU 13 nanti.

Malah, Datuk Razali Ibrahim, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pernah mengeluarkan kenyataan sebelum ini dengan menyeru jentera parti mereka tidak hanya bersandarkan kepada sokongan rakyat semata-mata.

Hal ini, kerana tsunami politik yang berlaku pada PRU 12 yang lalu mengubah landskap BN untuk berdepan dengan PRU 13 berikutan ia pasti tidak menjanjikan kemenangan mudah buat sebuah parti ‘veteran’ sedemikian.

Read more ...

TOLAK ISA SAMAD!!! Dari Timbalan Pengarah kepada 'Tukang Gunting'

http://dppwp.files.wordpress.com/2011/12/isa-felda.jpgSetiausaha Koperasi Permodalan Felda (KPF) Abidin Abdul Rahman dilaporkan telah ‘disingkirkan’ ke Jabatan Perdana Menteri kerana didakwa membantah pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi koperasi itu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Abidin yang juga adalah Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Komuniti) Felda, kata Mahfuz, hanya diberikan tugas menggunting keratan akhbar untuk perpustakaan di jabatan itu sejak 1 Mac lalu.

Menurut beliau, Abidin terpaksa menanggung akibatnya apabila menyuarakan kebimbangan ahli pada Disember lalu berhubung cadangan melantik Isa, yang merupakan pengerusi Felda untuk memimpin KPF. Langkah itu dianggap melanggar peraturan koperasi.

Mahfuz berkata Abidin memaklumkan bahawa beliau hanya akan menerima pelantikan Isa sebagai pengerusi KPF jika bekas menteri besar Negeri Sembilan itu adalah seorang ahli koperasi.

"Dan untuk menjadi ahli, Isa mestilah sama ada seorang peneroka Felda atau kakitangan operasinya," kata Mahfuz kepada Malaysiakini semalam.

Mahfuz juga mendakwa bahawa pada asalnya lembaga pengarah Felda mencadangkan supaya Abidin dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi oleh kerana Felda adalah sebuah badan berkanun manakala JPA adalah entiti kerajaan, maka, ia tidak menjadi kenyataan.

Beliau ke Jabatan Perdana Menteri, kata Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

"Ini tindakan memalukan (oleh kerajaan) untuk mengaibkan pegawai kerajaan," kata Mahfuz.

Sebelum ini, Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab pula terpaksa mengambil cuti belajar selama sembilan bulan kerana membantah pelantikan Isa.

Adalah difahamkan juga kedua-dua pegawai kanan Felda itu juga membantah cadangan saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.


Malaysiakini

Read more ...

GERAKAN SINGKIR KU LI!!! Bergerak dalam UMNO Gua Musang, adakah Najib di belakangnya?


Tidak sukar untuk menelah pergolakan dalaman yang berlaku dalam kepimpinan Umno-APCO tidak kira di peringkat mana sekalipun kerana mereka semua telah sebulat suara mempersetujui satu perkara.

Wang. Duit. Money.


Dalam kes bekas Menteri Kewangan, Razaleigh Hamzah yang lebih dikenali dengan Ku Li, Umno-APCO bahagian telah mendapat arahan supaya Ku Li mesti disingkirkan walaupun tidak jelas arahan tersebut datangnya dari siapa di ibu pejabat.


Tetapi sumber terbaru mengatakan bahawa Najib sendiri yang mengarahkan supaya Ku Li disingkirkan sebagi langkah keselamatan sekiranya pemilihan Umno-APCO terpaksa dilakukan November nanti.


Najib tidak melihat Muhyiddin Yassin sebagai ancaman tetapi lebih melihat Ku Li yang menggerakkan AMANAH lebih berupaya mengancam kedudukannya selaku Perdana Menteri.


Justeru, tidak hairanlah mengapa Ku Li semakin lama semakin garang dalam diam mampu menggegar kedudukan Najib kerana Ku Li disokong oleh pemimpin lama dan mempunyai akar umbi yang kuat terutamanya di Kelantan.


Pun begitu, Mustapa Mohamed selaku bos Umno-APCO negeri juga mengharapkan Ku Li ditendang bagi membolehkan orang-orangnya menguasai Gua Musang kerana selama ini Ku Li kuat mempertahankan legasinya selain berupaya menggegar seperti yang dibuktikan pada pilihanraya kecil DUN Galas dua tahun lalu.


Pertembungan yang semakin menarik ini pasti akan melemahkan lagi kedudukan Umno-APCO di Kelantan yang sudah semakin tidak bermaya!


JALAN PULANG


Gerakan pinggir Ku Li di Gua Musang


Legasi Umno Gua Musang di bawah Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) yang kini melewati 43 tahun mungkin tidak mampu bertahan lagi ekoran muncul suara-suara sumbang di bahagian berkenaan kebelakangan ini.


Malah sekarang muncul pihak yang menggelarkan mereka sebagai Kumpulan 16 secara terang-terangan mengharapkan anggota parlimen terbabit berundur.


Anggota Jawatankuasa Umno Gua Musang, Abdul Wahab Yunus tampil mendedahkan perkara itu berkata, sudah sampai masanya Ku Li berundur dan tidak lagi mempertahankan kerusi parlimen Gua Musang pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.


“Pembangunan Gua Musang bukan lagi hasil usaha Ku Li, tetapi sejak PAS mentadbir Kelantan sehingga kini melewati tahun ke-22 pembangunannya saya lihat lebih pesat.


“Saya tidak nampak lagi apa peranan ahli Parlimen Gua Musang sekarang. Bantuan kerajaan pun lebih banyak disalur agensi-agensi kerajaan pusat seperti Kesedar,” katanya ketika ditemui sini.


Baru-baru ini media tempatan melaporkan Tengku Razaleigh tetap mahu mempertahan kerusi parlimen Gua Musang biar pun tidak dicalonkan Umno.


Hasrat Ku Li itu turut mendapat sokongan Adun Galas, Abdul Aziz Yusof yang juga Setiausaha Umno Gua Musang.


Abdul Wahab yang mendakwa mengetuai ketua-ketua cawangan Umno Gua Musang berkata, Ku Li akan berdepan kesukaran lagi mempertahan parlimen tersebut kerana popularitinya semakin menurun.


Sebelum ini Ketua Pemuda Umno Gua Musang, Datuk Bazlan Baharuddin pernah dilapor mahu mencabar kedudukan Ku Li pada pemilihan Umno akan datang.


Difahamkan Bazlan juga mendapat sokongan Ketua Wanita Umno Bahagian, Senator Hazani Mohd Noor dan dikatakan bergabung pula dengan bekas Adun Galas, Saupi Deraman.

Read more ...

KISAH BENAR!!!! Polis pengecut dengan Samseng Taik Minyak UMNO

SHAH ALAM, 14 MAC: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim kesal dengan tindakan pihak polis yang masih gagal mengambil tindakan terhadap samseng Umno yang didalangi pemimpin Umno Tanjung Karang memukul beliau dua tahun lalu.

Dua tahun lalu Ng mendakwa dipukul kira-kira 30 hingga 50 ahli dan pemimpin Umno Tanjung Karang yang didalangi Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Shafiee Asmawi.

Menurut Suee Lim, sepatutnya kes tersebut dapat diselesaikan dengan cepat kerana pihak polis turut dibekalkan bukti bergambar dan nama-nama mereka yang terlibat dalam keganasan tersebut.

“Dah dua tahun saya buat laporan kes itu tetapi sampai sekarang pihak polis masih tak dapat selesaikannya.

“Sedangkan gambar berserta nama-nama orang terlibat ada diserahkan sama dan orang-orang itu juga mudah ditemui.

“Terutama Setiausaha Politik Datuk Seri Noh Omar, Datuk Shafiie Asmawi memang jelas dia turut bersama ahli-ahli Umno yang memukul saya,” beritahu beliau.

Suee Lim turut memberitahu pada peringkat awal siasatan, pihak polis ada memanggil beberapa orang yang terlibat dalam kejadian tersebut tetapi tidak diendahkan oleh pihak terbabit.

“Tak lama lepas kejadian, pihak polis ada panggil beberapa orang yang terlibat untuk kawad cam, tetapi tak ada yang datang.

“Ini menggambarkan mereka ini memang tak hormati undang-undang dan berani engkar arahan pihak berkuasa.

“Sepatutnya pihak polis boleh dapatkan waren atau sebagainya mengikut saluran undang-undang untuk memanggil mereka datang ke balai untuk kawad cam.

“Tetapi ini tidak berlaku seolah-olah polis pun takut nak bertindak terhadap samseng-samseng Noh Omar ini.

“Saya harap polis dapat jalankan tugas mereka dengan lebih profesional tanpa memilih bulu atau tunduk kepada tekanan politik,” katanya lagi.

Suee Lim turut menafikan dakwaan Noh Omar bahawa kedatangan beliau ke Kampung Sawah Sempadan pada 4 November 2010 bertujuan untuk membuat demontrasi di kampung itu.

Sebaliknya menurut beliau kedatangan beliau ke kawasan terbabit atas undangan beberapa penduduk untuk minum pagi sambil berbincang tentang harga jualan padi yang rendah dan potongan basah yang terlalu tinggi yang dihadapi oleh pesawah di kawasan terbabit.

“Tak masuk akal saya datang cuma tiga, empat orang termasuk pemandu nak buat demontrasi, itu cuma alasan dia sahaja nak letakkan kepada kesalahan orang lain.

“Sebenarnya penduduk yang pelawa saya bersarapan di sana sambil berbual tentang masalah harga padi rendah dan potongan basah terlalu tinggi yang dihadapi pesawah di kampung itu,” kata beliau lagi.

Dalam kejadian terbabit Suee Lim telah dipukul dan ditendang oleh sekumpulan kira-kira 30 hingga 50 lelaki di bahagian perut, kepala dan tangan berhampiran kunci air di Kampung Sawah Sempadan.

Selain itu, dua pembantunya turut mengalami kecederaan ringan dan kereta milik pengiringnya juga kemik di bahagian pintu belakang.
-selangorku-

Read more ...

SIAPA YANG GAGAL?!!! UMNO perintah 54 tahun tak boleh nak buat , PR perintah 4 tahun dah boleh buat

Oleh : PUTERI BULAN

Amboi...Tok Bashah...dok jaga tepi kain orang...tepi kain sendiri koyak rabak tak pulak teringin nak jaga.
Janganlah pandai dan memandai nak pertikai masalah orang lain...nak ganggu rumahtangga orang...rumahtangga sendiri lintang pukang..

Apa bersabit masalah kerajaan negeri..masalah yang diibaratkan oleh MB Kedah Ustaz Azizan ' ribut dalam cawan' dah selesai dan kedua-dua mereka telah menerima semula perlantikan sebagai exco....perkenan Sultan lagi....


Itulah kelebihan dalam PAS, terjadi pergolakan, perselisihan..kita rujuk kepada lebih atas...tak ada langsung nak cantas mencantas..bukan macam budaya UMNO haprak yang sanggup ' kawan makan kawan' janji tembolok sendiri kenyang..penuh dan padat.


Jawatankuasa Pemandu tu wujud sejak 1990 lagi..MB kedah sendiri menganggotainya...bila ada krisis..besar ke kecik kena ada orang tengah untuk buat penyelesaian...barulah kedua-dua yang berkrisis dapat disatukan semula...macam dimahkamah...bila bicara...kita guna peguam...macam tulah Tok Bashah oiiii...takkan hang tak faham..!

Tidak timbul masalah Pas Kedah gagal tadbir negeri...negeri Kedah terus berkembang maju mengikut perancangan...nak Puteri ulas...tentulah banyak..tapi mungkin Tok Bashah saja-saja buat tak nampak atau Tok Bashah saja buat-buat tak tau..!


Berapa banyak benda yang kerajaan PR kedah buat yang kerajaan UMNO haprak dulu tak buat.


1. Bantuan kafalah RM500

2. Penurunan cukai tanah hingga ke 75%
3. Bantuan sekolah agama rakyat dan sekolah-sekolah cina
4. Peruntukan untuk kaum bukan melayu untuk aktiviti kebudayaan mereka
5. Pengurangan elaun lembaga pengarah GLC dari RM7 juta setahun ke RM2 juta setahun
6. GLC menyumbang sehingga RM100 juta kepada kerajaan negeri
7. Bantuan kepada pelajar IPT dari RM200 hingga RM400
8. KENAIKAN HASIL BALAK DARI RM8 JUTA SETAHUN PADA TAHUN 2007 SEHINGGA
RM80 SETAHUN PADA TAHUN 2011.
9. Peningkatan pelaburan di KHTP dari purata RM1.6 billion setahun ( masa zaman UMNO ) hingga
RM2.57 billion setahun dan peningkatan sehingga RM6 billion pada penghujung tahun 2011.
10. Ladang rakyat....hasil produk pertanian orang kampung dikormesialkan..

DAN BANYAK LAGI YANG PUTERI TAK LAAAARATTTTT NAK TULIS...



Gagal lagi ke..Tok Bashah..kalau yang hampa tak boleh buat dulu...kami boleh buat...
PLAZA TUNKU YAKKOB YANG TERBENGKALAI TU PUN KAMI BOLEH LAKSANAKAN..

Gagal tu dipihak UMNO haprak...kerana gagal nak perbodoh rakyat...lagi banyak mereka cuba reka cerita dongeng..makin banyak kesilapan mereka dibongkar...cyber trooper dan blogger UMNO pun asyik dok bawa cerita basi...cerita yang direka-reka tanpa fakta tapi penuh auta...kenapa tak belek kain sendiri..yang bukan saja koyak rabak malah dah berlemuih dengan taik kucing, taik lembu, taik itik dan macam-macam taik lagi...

Masalah kemiskinan yang sering dimainkan oleh pemimpin UMNO sehingga kini tak dapat diselesaikan. Rakyat terus dibelengu kemiskinan tetapi pemimpin UMNO sibuk menambah harta..belanja anak bertunang saja mencecah RM500 ribu...sedangkan rakyat marhein berhempas pulas...bekerja siang malam mencari rezeki untuk keluarga...tetapi masih dibelenggu dengan kos sara hidup yang semakin meruncing. Wang negara berlegar untuk pemimpin atasan...


Masalah sosial semakin parah..pembuangan bayi...seks bebas, aid, dadah, minuman keras, sumbang mahram, jenayah...dll..apa tindakan UMNO sebagai pemerintah...ternyata kegagalan sistem pendidikan yang tidak meletakkan "Rubbubiyah" tidak akan membawa kemana-mana. Hasilnya...perolehi genarasi cerdik tapi melawan Islam, rasuah, penzina, pemabuk dan sebagainya...ini sebagai kegagalan
BESAR UMNO dalam pentadbiran...GAGAL MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG BOLEH DIJADIKAN PEMIMPIN YANG BERKALIBER PADA MASA HADAPAN.




Tapi UMNO hanya menuding jari pada ibu bapa dan guru-guru..lebih ghairah membina bangunan-bangunan kerana kat situ mereka boleh cari makan...

Tanya saja ketua penerangan UMNO negeri...yang popular dengan gelaran ulama tapi apa dah jadi dengan duit zakat...tanya saja bekas MB kedah dulu...macam-macam dok dengaq..tak mau Puteri tulis kat sini...apa jadi hubungan Tok Bashah dengan Mee Din...kenapa Tok Najib tak respect ketua perhubungan UMNO negeri tetapi lebih cenderung kepada orang lain..Tok Bashah dah tak dihati Tok Najib agaknya...pergolakkan dalam UMNO lagi hebat....kenapa Kak Jat letak jawatan..( bukan letak jawatan...dah sampai tempoh..heheheh)..kenapa Kak Fidah suruh bebenor kak Jat letak jawatan ketua wanita UMNO...


Dalam PAS kalau krisis pun cuma berlainan pendapat...tak wujud berebut jawatan atau berebut projek..kalau dalam UMNO....jawatan untuk projek..( tentu Tok Bashah. angguk dengan tulisan Puteri ni )...tak ada jawatan..susah nak naik..susah nak jadi calon..susah nak dapat projek..pendekata...atau panjang kata..susah kesemuanyalah..


Cuma Puteri nak Tok Bashah tolong senaraikan apa yang kerajaan PR Kedah tak tunaikan janji lagi...mana tau..kut-kut Tok Bashah ke ada kelebihan..kashaf...orang lain tak nampak..dia nampak...boleh tolong bagitau...barulah betul sebagai pembangkang kat kedah ni....tolong pebetui mana-mana tak betui..bukan tolong keronyeh mana-mana yang betui...


Tok Bashah...kalau nak tau apa peranan Jawatankuasa Pemandu tu...mai la mengadap MB Kedah...jangan dok teropong kut jalan je...


Puteri : teruja dengan jawapan MB kedah kelmarin.

"Tara UMNO perintah 52 tahun pun semua manifesto tak dapat dilaksanakan...inikan pula kerajaan pakatan rakyat yang baru perintah 4 tahun...nak suruh laksana semua...."



Puteri ketawa tanpa suara jelah...baca statement tu.....heheheh..betul jugakkan....umur 52 tahun pun tak boleh khatam Quran lagi...inikan budak umuq 4 tahun....

Kedah La

Read more ...

NI APA HAL!!! Umur 60 tahun pun boleh diterima jadi polis dan askar

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj6SsUVnXZKF0J1yEHEJLLNZhLe6fOBZtrfZXIT-rurKOfdZKO7LDe0gLTXtEliHr7YEF976YDfgyVpR2vEyy1vuWMhNykjph9rbRWE3K-lD8SyZBnP2p-tVrDjaw3JUj4Yk4GIJyuv4cM/s1600/spr+love+umno.jpgAhli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh hari ini mendakwa seramai 3,959 pengundi di seluruh negara telah ditukar status menjadi pengundi tentera atau polis.

Fuziah berkata perkara itu tidak masuk akal kerana pengundi berkenaan berusia lebih 30 tahun.


"Had umur untuk menyertai tentera dan polis ialah 30 tahun. Tetapi ada di antara pengundi yang ditukar status ini berusia sehingga 60 tahun," dakwanya.


Bercakap kepada media di lobi parlimen, Fuziah juga mendakwa nama pengundi berkenaan telah dikeluarkan daripada daftar pengundi induk untuk suku ketiga tahun lalu tetapi muncul semua dalam senarai pengundi pos dalam suku tahun seterusnya.

Read more ...

BUKTI DAH ADA!!! Teruk punya Menteri, nak bukti apa lagi?

Malaysiakini telah mendapat maklumat bahawa bukti mengenai skandal 'Copgate' yang diminta oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk memulakan siasatan terhadapnya, 'sudahpun ada'.

Sebahagian daripada maklumat ini adalah dalam bentuk surat bertarikh 12 September 2007, yang dihantar kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Johari Baharom oleh peguam bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusuff.

Surat itu menyebutkan tindakan Pejabat Peguam Negara dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu yang membawa kepada terdedahnya identiti pemberi maklumat polis yang telah membantu penangkapan penjenayah Johor, Goh Cheng Poh @ Tengku Goh.

NONEHishammuddin (kanan dalam gambar), dalam reaksinya kepada
laporan Malaysiakini pada hari Ahad, telah meminta bukti-bukti berhubung dakwaan wujudnya pakatan di kalangan Ketua Polis Negara ketika itu, Tan sri Musa Hassan; Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tengku Goh untuk menutup satu siasatan mengenai rasuah.

Laporan itu menyatakan bagaimana pemberi maklumat - yang maklumatnya membawa kepada penangkapan Tengku Goh pada tahun 2007 - telah dipaksa untuk membabitkan enam pegawai polis yang menyiasat kes itu.

Reaksi Menteri Dalam Negeri pada hari Isnin lalu ialah: "Buktikan, buktikan. Kalau mereka kemukakan buktikan, kita boleh ambil tindakan."

Surat dari peguam Ramli kepada Johari - timbalan menteri dalam negeri ketika itu - menyatakan bahawa berikutan penangkapan Tengku Goh dan diletakkan di bawah "kediaman terhad" di Jeli, Kelantan, pada 8 Ogos 2007, maklumat telah dibocorkan kepada beberapa organisasi media, yang melaporkan bahawa BPR sedang menyiasat dakwaan salahguna kuasa dalam "penyiasatan, penangkapan, penahanan dan pengeluaran perintah kediaman terhad" terhadap Tengku Goh.

Laporan berita itu juga mendakwa bahawa Tengku Goh telah dibersihkan.

NONEBerikutan laporan media itu, satu mesyuarat telah diadakan di Pejabat Peguam Negara seminggu kemudian pada 15 ogos 2007 - di mana yang hadir termasuk Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (paling kiri), bekas Timbalan Ketua Polis negara, Datuk Mohd Najib Abdul Aziz , bekas ketua pendakwaan Mohd Yusof Zainal Abiden dan Ramli.

Siasatan yang membawa kepada penangkapan Tengku Goh telah dibincangkan dalam mesyuarat itu dan telah ditegaskan bahawa identiti pemberi maklumat yang membantu dalam penangkapan tersebut, mesti dirahsiakan.

Ramli berhujah bahawa identiti pemberi maklumat polis tidak perlu didedahkan kerana ia akan melanggar Perintah Tetap Ketua Polis Negara.

Apa yang berlaku seterusnya ialah Ramli menerima arahan dari BPR bertarikh 20 Ogos 2007 mengkehendakinya menyerahkan fail kes asal, bersama-sama dengan kenyataan pemberi maklumat dan identiti mereka.Malaysiakini

Read more ...

BELASAH DUIT RAKYAT!!! RM79,053 untuk sambut hari jadi Najib, sambut hari jadi Ro$mah berapa banyak pula?



PKR sekali lagi mendakwa bahawa dana pembayar cukai telah digunakan untuk urusan peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kali ini membabitkan RM79,053 untuk sambutan hari jadi beliau.


Bercakap dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menunjukkan tempahan majlis bankuet dari Hotel Shangri-La kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).


Menurut dokumen itu, majlis tersebut diadakan untuk 100 orang pada 24 Julai tahun lepas di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, Putrajaya.


Di majlis itu, kata Rafizi, 47 hidangan antarabangsa disajikan, termasuk daging panggang yang diimport dari New Zealand, hidangan Jepun dan masakan Barat.


Rafizi memberitahu pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Read more ...

Tuesday, March 13, 2012

MAI BACA!!! Ahli UMNO Kedah tibai Najib

Oleh: WATAN BERCINTA

Ramai orang berkata pengunduran Kak Jat menyebabkan UMNO berasa lega.. Tiada lagi label lembu selepas ini kepada WANITA UMNO dan ahli UMNO seluruhnya. TAHNIAH KAK JAT, meskipun Kak Jat wanita tetapi keberanian Kak Jat mengalahkan pemimpin lelaki UMNO yang banyak dosa dan masalah tapi masih berpaut pada dahan parti menjadi biawak hidup dan memeningkan kepala PM dan TPM.

Duhai Dato Najib, politik dunia kini dilihat pada integriti, wibawa dan ketelusan bukan lagi retorik.. Dunia barat sudah lama mengamalkannya.. Tidak seperti kita, sudah dituduh bersalah dan ada bukti bersalah sekalipun masih dibawa agenda peribadi untuk menggamatkan negara..


Duhai Dato Najib, tuan memang popular hasil propaganda yang dicanang saban hari oleh media propaganda serta rasuah politik yang Dato' hulurkan, tetapi BN dan UMNO misalnya di Kedah belum tentu popular. Sebagai orang Kedah kami tidak boleh selalu mengharapkan orang Kuala Lumpur apabila kami ditimpa kesusahan..

Sebab itu izinkan kami rakyat Kedah berbicara.. Dan dengarlah bicara ini, suara umum kehendak majoriti rakyat Kedah. Fahamilah dan ambilah tindakan yang perlu tatkala UMNO dan BN masih punya masa kecederaan..



YAB DATO SERI PERDANA MENTERI, INILAH LUAHAN KAMI RAKYAT KEDAH.



1. UMNO dan BN Kedah hakikatnya belum benar-benar bersedia untuk hadapi pilihanraya. BN dan UMNO masih gagal meyakinkan kami jadi bagaimana kami boleh yakin untuk memberi undi kepada BN nanti. Kami sedar PAS, PKR dan DAP telah berjaya mentadbir Kedah dengan cemerlang.

2. Dato Bashah dan golongan kuno di tingkat 6 dan 7 gagal mengemudi UMNO dan BN Kedah untuk lebih menyerlah... LEBIH bersemangat, lebih bijak, lebih berani dan lebih segala-galanya berbanding PAS, PKR dan DAP.. Yang lebih mungkin kuat sembang, kuat tidur dan kuat mengampu serta kuat menafi..


3. Jangan terlalu percayakan undi Cina dan India, apa yang dibagi mereka ambil tetapi undi belum tentu.

4. Jangan terlalu bergantung atau kasihan pada kawan rakan YAB Dato Seri yang pernah sama-sama menjadi Ketua Pemuda dahulu, mereka ini sudah expired, rakyat sudah muak dan kalau boleh buatlah pilihan teliti sebelum nama calon diumumkan di Kedah.

5. Komponen BN di Kedah pula ibarat hidup segan mati tak mau.. Mereka ini lebih banyak menyusahkan berbanding mahu meringankan dan melengkapkan kerja UMNO..


6. Perpecahan dalaman UMNO di banyak bahagian di Kedah masih belum temui jalan penyudah.. Kerana ramai pemimpin syok sendiri dan tak sedar diri...


7. Hakikatnya UMNO dan BN Kedah sepanjang 4 tahun gagal memberikan saingan berkesan untuk menggugat pemerintahan kerajaan PAS, PKR dan di Kedah yang kini sangat kuat.

8. PAS, PKR dan DAP terlaku kuat di Kedah, tetapi UMNO dan BN Kedah terus dalam dunianya. Terus syok sendiri, terus dalam sindrom penafian dan terus dengan langkah dan lagak sumbang..


Duhai YAB Dato Seri, kalau betul UMNO dan BN Kedah mahu mengambil kembali negeri Kedah dari tangan PAS, izinkan rakyat Kedah berbicara, dengar dan teliti pandangan rakyat terbanyak yang tidak punyai apa-apa kepentingan...


Fahamilah harapan kami dan dengan penuh keberanian YAB Dato seri selaku pemimpin utama, laksanakanlah.... Apa yang perlu.. Demi memastikan UMNO/BN Kedah boleh menang..


Politik hari ini memerlukan pejuang, pemikir dan penyelesaian kepada masalah rakyat. Politik hari ini memerlukan pemimpin yang berani, luhur dan jujur..


Cukup cukuplah kami rakyat Kedah ditipu oleh UMNO dan BN dengan lagu-lagu lama.. Rakyat KEDAH bukan bodoh, kami bukan hidup dizaman batu..


Jika benar YAB DATO SERI inginkan Kedah kembali ke pangkuan UMNO/BN, Dato Seri perlu berani untuk ketepikan golongan pengampu, pembodek, pensabotaj dan pengkhianat parti dari mereka ini terus menguasai UMNO Bahagian, Cawangan dan UMNO Negeri..


Hanya dengan cara ini UMNO kembali kuat, rakyat kembali taat dan komponen BN akan turut serta memberi hormat..


Hanya dengan kuasa, arahan dan tindakan YAB Dato Seri sahaja selaku presiden parti, si kitol dan si penjahanam parti ini dan semua oportunis seperti Mat Lebai Sudin, Syed Sobri Kuala Nerang, Azmi Din SADA, Jamil Idross, Usop Usima, Johari Baharom, Othman Aziz Jerlun, Bakar Taib Langkawi, Tajul Urus Merbok, Ali Yahya, Sobri Sudin dan ramai lagi yang tak mampu disenaraikan banyak sangat, boleh kita kumpul untuk kita ikat mereka beramai-ramai dan kita kuarantinkan di Pulau Tuba sebelum kita humban mereka ke dalam laut..

Beranikah Dato Seri berbuat begitu?? Korbankan kawan rakan dan kaki pengampu demi menyelamatkan parti???? Jika Kak Jat sanggup korbankan jawatan dan kedudukkannya demi selamatkan parti apakah DATO Seri tidak sanggup berkeras menggunakan sedikit kuasa untuk menghalang dan memadamkan api dalam sekam dan membanteras duri dalam daging yang menjalar di dalam UMNO dan BN Kedah??? Saya percaya Dato Seri boleh dan mampu melakukannya....Kedah La

Read more ...

GELABAH NAK KALAH!!! UMNO naik sawan di Terengganu

Nampaknya kini barulah rakyat tahu kuasa mereka. Hari ini kerajaan pimpinan Umno-BN terpaksa mengalah dengan tuntutan rakyat.

Itupun kerana kuasa mereka diparlimen yang tak sampai 2/3. Apatah lagi asakan pakatan Rakyat menyebabkan Umno-BN kini berada dipenjuru gelanggang.

Setelah 55 tahun Umno memerintah selepas merdeka, barulah rakyat kini mengecapi sumbangan maupun apa yang dikatakan pembelaan kerajaan.

Pelbagai tawaran dan pemberian kini ditawarkan. Itu semua bagai gula-gula untuk memastikan rakyat mengundi mereka. Dari duit pelajar Rm100, duit buku mahasiswa IPT sehinggalah duit Br1M Rm500. Sejauh mana rakyat termakan umpan yang ditabur Umno-BN?
Tawaran Buku-Jingga menjadi berhantu. Ia menjadi pendesak kerajaan untuk mengembalikan kekayaan Negara kepada rakyat. Tawaran kepada guru kenaikan RM500 telah menyebabkan pemimpin kerajaan menjadi gelabah.

Desakan terhadap kenaikan gaji kakitangan menyebabkan SBPA terpaksa dibatalkan dan SSM diguna semula dengan kenaikan 7-13% yang menelan bajet RM 6 billion.

Walaupun ketika mengumumkan itu wajah PM yang amat sugul dan tidak ceria tetapi terpaksa tindakan itu dilakukan juga bagi menggula-gulakan 1.4juta kakitangan kerajaan agar mengundi Umno-BN.
Rasanya inilah masa terbaik bagi Najib mengumumkan pilihanraya… jangan sampai timbul lagi isu-isu lain yang menenggelamkan watak populis PM ini.

Masing-masing kini hanya menunggu siapakah calon-calon winnable pilihan Najib. Tidak ketinggalan di Terengganu.

Kalau tersalah Najib letak calon nescaya balik awallah Umno-BN. Team manakah yang akan naik? Puok Mat Said ke atau Puok Deris Jusoh? Kita tengoklah bagaimana tarian mereka nanti.
Pas seperti biasa meneruskan kerja-kerja persiapan PRU-13 dan mengadakan penerangan perjuangan yang dibawa Pas.

Pas memperjuangkan dasar parti yang dibawanya dan membina kekuatan atas kekuatan yang dibina serta sokongan ahlinya dan bukannya atas kelemahan musuh.

Sebab itu Pas masih lagi bertahan hingga kini. Perjuangan Pas nampaknya semakin diterima. Bukan hanya dikalangan orang melayu, orang bandar tetapi juga masyarakat cina yang secara terang-terangan memberi sokongan kepada Pas.
Umno kini merasai bahawa kekuatan serta pengaruh mereka semakin tercabar. Akibatnya mereka mengambil tindakan yang semakin tidak rasional. Nampaknya Umno seperti orang kena rasuk. Apabila Tok bomoh dah jampi dan kenyekkan lada hitam… hah! Macam naik sawan dibuatnya.
Mereka bimbang kalau fitnah mereka selama ini terhadap PR terbukti tidak benar. Mereka cuba menghalang agar rakyat tidak mendapat dan mendengar penerangan yang disampaikan oleh pihak Pas.

Terbaru bagaimana Umno-BN di Dun Paka yang semakin terdesak.Isu rampasan tanah Sekolah Agama Darul Bayan di jalan Santong Paka makin menjerut mereka. Rakyat semakin tahu kezaliman mereka.
Dua perarakan bantahan yang diadakan mendapat sokongan masyarakat yang ramai. Pertamanya ditapak sekolah ke pejabat Adun Paka yang menyebabkan beliau terpaksa bersembunyi di Residen Resort dan yang terbaru demontrasi bantahan di Bandar Dungun ke Pejabat Tanah Daerah untuk menyerahkan memo bantahan tersebut walaupun Pegawai Daerah dikatakan bercuti.

Memo diterima oleh Penolong Pegawai Daerah. Rakyat mula memperkatakan kezaliman tindakan pemimpin Umno-BN ini.
Hari ini mereka terpaksa menjawab disetiap perasmian mesyuarat agung PIBG sekolah-sekolah di seluruh Dun Paka. Mereka memfitnah semasa ceramah penyampaian wang BR1M Rm500.

Mereka tidak berani berhadapan dan bersemuka. Jemputan Debat Rakyat dihantar kepada pihak Adun tetapi malangnya tawaran debat terbuka isu rampasan tanah itu sehingga ke hari ini tidak disambut oleh Adun Paka maupun Ahli parlimen Dungun sendiri. Mereka lebih suka memilih jalan yang bukan demokrasi.

Ketika Pas Dun Paka nak mengadakan ceramah di Kuala Paka yang sebahagian penduduknya dikalangan orang cina dengan mengundang penjelasan oleh Ng Chai Hin selaku Pengerusi DAP Terengganu dan YB NG Swee Lin iaitu Adun Sekinchan, pihak Umno Cawangan Kuala Paka telah membuat report polis supaya membatalkan ceramah anjuran Pas tersebut.

Walupun usaha mereka itu gagal tetapi nampak bagaimana mereka mula takut kepada sokongan masyarakat terhadap Pas.
-sumber

Read more ...

'WARLORD'!!! Usaha singkirkan Najib , naikkan Muhyiddin

Oleh Aspan Alias

Ada setengahttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh74GGt4nT8ymhx-I-dl7rTBosvEYttUlNRS1n3K5yFooYYMQh0dEhmc1mr6Dz57qDLu4wEUCKPwSsqfn_ZAedplJAF4NxAdJL_ryJw6QS_DNWhW1L0X3pKFWpx9K_bCcdKj3N0t18h5b8t/s400/BN-+Tolak.jpgh pihak dalam UMNO sendiri berkehendakkan kemenangan BN dalam pilihanraya yang akan datang hanyalah kemenangan yang lebih tipis dari kemenangannya dalam pilihanraya yang lalu.

Kumpulan ini seolah-olah mahukan segala-galanya berlaku mengikut kehendak dan kemahuan mereka sahaja.

Kehendak ini disebabkan masalah dalaman UMNO sendiri dan ia bersabit dari keinginan setengah pemimpin mahukan berlakunya peralihan pimpinan dalam UMNO selepas pilihanraya ini.

Mereka yang saya maksudkan ialah mereka yang saya anggap sebagai dedalu di dalam UMNO dalam posting saya yang lalu. Kumpulan ini mahukan Najib mendapat kemenangan yang tipis sahaja kerana dengan kemenangan kecil itu akan menjadi formula mampan untuk mengenepikan Najib dari pimpinan parti dan negara.

Kegagalan Najib untuk meraih kemenangan yang lebih baik dari pilihanraya pimpinan Abdullah Badawi pada 2008 dahulu akan dijadikan penyebab untuk UMNO mengenepikan Presidennya itu bagi memberi peluang kepada ‘Tengku Mahkota’ UMNO. TS Muhyiddin Yassin untuk mengepalai pimpnan UMNO selepas itu.

Abdullah telah tunduk dengan kumpulan Muhyiddin yang dibelakangnya Dr Mahathir yang merupakan pencatur ‘master’ dalam menolak Abdullah Badawi dan memulakan usaha untuk menjadikan Muhyiddin sebagai PM.

Saya telah menyebut perkara ini dalam posting saya pada tahun 2008 yang lalu. Dr Mahathir sebenarnya bukan mahukan Najib semasa itu tetapi oleh kerana keadaan, Mahathir telah menonjolkan Najib kerana bagi beliau Najib adalah pemimpin yang mudah diketepikan jika Muhyiddin menjadi Timbalannya.

Kumpulan ini percaya yang Najib mudah diketepikan dengan isu-isu besar yang menyaluti beliau. Saya percaya kepada kemungkinan ini, kerana akhir-akhir ini ramai dikalangan ahli-ahli UMNO yang bergiat menemui saya dan memberikan saya gambaran yang sama.

Pelan peralihan kuasa dari Najib kepada Muhyiddin ini memang telah dirancang dari dahulu lagi dan Najib nampaknya hanyalah dijadikan sebagai ‘stop-gap’ untuk menunggu waktu yang sesuai untuk melaksanakan niat mereka untuk menggantikan Najib dengan ‘Tengku Mahkota’ UMNO itu.

Tetapi ada juga dikalangan penyokog Najib supaya jangan mengambil peduli dengan permintaan Mahathir untuk menangguhkan pilihanraya kali ini.

Ini didasarkan kepada kenyataan yang Najib perlu mempastikan yang calon-calon yang dianggap boleh menang itu adalah kesemuanya dari calon pilihan Najib. Matlamat mereka ini ialah jika BN menang maka Najib akan lebih kuat dengan penyokong-penyokong tegarnya berada disekelilingnya.

Dr Mahathir mahukan Muhyiddin menjadi pengganti Najib secepat yang mungkin kerana bermotifkan untuk mempastikan ahli keluarganya akan dapat tempat untuk menaiki tangga politik tanahair kita ini.

Dalan situasi yang begini UMNO bolehlah mengalihkan fokus mereka terhadap pembangkang dengan melakukan berbagai-bagai tindakan yang rendah moralnya. Budaya samseng pun sedang berkembang pesat yang tidak dikawal oleh pihak yang berwajib.

UMNO akan melakukan apa sahaja untuk memalingkan fokus rakyat daripada masalah dalaman UMNO itu sendiri.

Salahlaku pimpinan UMNO menjadi buah mulut disetiap sudut dimana rakyat berkumpul dan berbincang. Kali ini sejarah Abdullah Badawi akan berulang lagi. Kali ini adalah giliran Najib pula.

Tektik menjatuhkan pimpinan UMNO oleh kumpulan ini merupakan tektik yang sama dan oleh ‘warlord’ yang sama Hanya mangsanya sahaja yang berlainan.

‘Warlord’ inilah yang telah menjatuhkan ramai pemimpin Melayu yang berkemampuan, untuk beliau menjadi pemimpin yang paling celik dari kumpulan pimpinan buta.

Saya menyebut ini kerana penolakan terhadap UMNO oleh ramai orang Melayu sekarang ini bukan tidak bersebab dan UMNO sendirilah yang memberikan penyebabnya itu.

Read more ...

RAFIDAH MULA BELASAH!!! Dendam lama timbul kembali

Bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz membidas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dengan mendakwa menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat itu tidak membuat sebarang pengorbanan sebenar dalam mengumumkan yang beliau akan 'meletakkan jawatan'.

Bekas menteri perdagangan dan industri antarabangsa itu berkata tempoh jawatan menteri yang dipegang oleh Shahrizat akan luput pada hari lantikannya sebagai senator berakhir pada 8 April.


Justeru, katanya pengumuman Shahrizat pada Ahad lalu langsung tidak membawa sebarang makna.

"Berundur? Apa berundur...? Tidak timbul isu berundur atau meletakkan jawatan! Tidak ada apa-apa untuk berundur kerana secara sah beliau tidak lagi menjadi menteri pada 8 April...

"Jadi, sebenarnya, tiada langsung pengorbanan kerana ia hanya satu urutan peristiwa," kata Rafidah yang dipetik akhbar Malay Mail hari ini.

Semalam, pemimpin BN termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memuji pada Shahrizat kerana membuat pengorbanan besar "dengan mengumumkan bahawa beliau akan 'meletakkan jawatan' apabila tempohnya sebagai senator berakhir.

Rafidah, antara pemimpin paling awal mendesak Shahrizat untuk berundur dari kabinet, berkata keengganan Shahrizat meletakkan jawatan semasa tempohnya sebagi senator masih sah telah mencemarkan nama baik Umno dan kerajaan.

Menurutnya lagi, keputusan Shahrizat untuk terus memegang jawatan Ketua Wanita Umno akan turut menimbulkan masalah.

- Malaysiakini

Read more ...

SURUH TGNA LETAK JAWATAN!!! Farhana Jamaludin tiba-tiba bertukar imej jadi Ustazah Celop UMNO

Setelah Menyamakan Tok Guru Nik Aziz Dengan Ayah Pin, Semalam Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin Menggesa TG Nik Aziz Mencontohi Shahrizat Jalil Letak Jawatan.

Buat Apa Nak Suruh Nik Aziz Letak Jawatan? Kerana Takut UMNO Tak Dapat Rampas Kelantan?

Atau Cuba Alihkan Isu Skandal Lembu... Kut Yer Pun Nak Ampu Agak-Agaklah...

Shahrizat Memang Jelas Dengan Skandal Yang Tercalit Berhubung Pecah Amanah Suaminya. Memang Wajar Dia Letak Jawatan.

Dan, Ulama Yang Perjuangkan Islam Takkan Penat Untuk Berhenti Memperjuangkan Agamanya. Itu Beza TG Nik Aziz Dengan Shahrizat Jalil.

Sehingga Hari Ini TG Nik Aziz Nik Mat Tidak Pernah Terlibat Dengan Salahlaku Sepanjang Menjadi MB Kelantan. Kes menantunya pun dah disahkan SPRM tiada unsur rasuah.Janganlah Hanya Pandai "Berlakon" Mengaburi Mata Orang Ramai Wahai Farahana. Bangang ke apa !!! ~
karat e-jau

Read more ...

Monday, March 12, 2012

SHAHRIZAT JE BERHENTI!! Yang sorang lagi tu macam mana?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjeM8fVWU1CoSwp68oAaU2fX0AfSmIPbTR65GwXS7s2ySzPh41Si3PzQcPQi1pj5KSw8cuOzcoAXd1KVcvu_BZw9Md-WdJ79StC02wx9lJ3YCorx0Fj1U2LqoO3toeaJThbnmOrShC1GQc/s1600/muhyiddin2.jpg13 MAC — Shahrizat Jalil mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan hanya pada 8hb April nanti apabila penggal keahliannya di Dewan Senat tamat tempohnya.

Perletakkan jawatan ini sepatutnya sudah diambilnya sebaik sahaja terbongkar salahlaku keluarganya menyalahgunakan wang pinjaman dari kerajaan untuk mengendalikan perniagaan NFC itu.

Tetapi setidak-tidaknya beliau mengambil juga tindakan untuk melepaskan jawatan kabinet yang dipegangnya melalui pintu belakang itu.

Walaupun beliau pada mulanya berusaha untuk mengekalkan jawatan itu, tetapi etika politiknya yang nyata sangat menjengkelkan itu tidak berdaya beliau untuk mempertahankan jawatan yang amat beliau sayangi itu.

Sesungguhnya itu sahaja jalan yang tinggal untuknya lakukan kerana kesalahan etikanya sangat menjelikkan kerana suaminya itu mendapat pinjaman semudah itu kerana kedudukan Shahrizat didalam kabinet negara.

Seperti yang saya nyatakan dahulu, jika Shahrizat itu hanya seorang bidan kampung, Salleh tidak mungkin mendapat pinjaman dengan menggunakan wang rakyat dengan semudah itu.

Semua keistimewaan-keistimewaan yang didapati oleh ahli keluarga pemimpin ini telah banyak memerah wang dan harta rakyat. Tetapi Shahrizat ini malang sedikit kerana beliau tidak mempunyai kuasa dan pengaruh sepenuhnya.

Seandainya beliau seorang Perdana Menteri beliau tidak akan terpaksa meletakkan jawatan kerana ada kes-kes yang lebih besar dilakukan oleh pemimpin yang lebih besar dari Sharizat itu tidak diambil tindakan sehingga hari ini.

Perbezaan diantara Shahrizat dan yang lain ialah Shahrizat tidak pandai menyorokkan perlakuan beliau dan keluarga beliau.

Jumlah yang melibatkan RM250 juta itu amat besar tetapi jumlah RM1.8 billion yang dipergunakan secara ‘direct’ dari wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaan anak seorang pemimpin besar pada tahun 1998 dahulu tidak diambil tindakan sampai kehari ini.

Sebab apa? Sebabnya ia dilakukan oleh seorang Perdana Menteri semasa itu. Banyak lagi perkara-perkara seperti ini dilakukan oleh pemimpin-pemimpin dalam BN selama ini dan ianya masih dilakukan mereka.

Masing-masing saling membantu diantara satu dengan lain untuk menutup ‘barang curi’ masing-masing kerana semuanya melakukan perkara-perkara yang sama. “Lu jaga gua, gua jaga lu’; itulah kaedahnya.

Hanya kes Shahrizat ini diketahui oleh Ketua Audit Negara dan pihak pembangkang secara terperinci. Untuk memecahkan kegiatan ala ‘cartel’ dikalangan pimpinan BN inilah merupakan satu usaha yang amat susah kerana mereka mempunyai kuasa yang dipergunakan habis-habisan untuk mempertahankan salahlaku mereka ini.

Sekarang Shahrizat telah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dari kerajaan kerana kesilapan dan kesalahan beliau. Apa yang kita tunggu sekarang ialah untuk melihat samada ada-kah tidak sifat ‘accountability’ dari pimpinan atasan yang memberikan kelulusan kepada projek biayaan kerajaan NFC ini.

Kita hendak juga melihat samada Menteri yang bertanggungjawab meluluskan projek yang menjijikkan ini dahulu.. Menteri Pertanian semasa itu saya sudah lupa siapa dia… ada orang kata dia dah jadi Timbalan Perdana Menteri…

Adakah Menteri ini akan turut meletakkan jawatan kerana kalau mengikut etika kepimpinan negara maju, Menteri yang bertanggungjawab meluluskannya juga wajar meletakkan jawatan.

Ini merupakan asas kepada semangat demokrasi yang beretika dan Menteri yang meluluskan projek ini semasa itu mesti mengambil ‘accountability’ kepada skandal kewangan yang dilakukan oleh NFC ini.

Menteri ini boleh memilih untuk tidak mengambil ‘accountability’ terhadap isu ini tetapi nanti janganlah hendak beretorik untuk menjadikan negara ini sebagai negara maju pula. Ini adalah isu besar jika benar kita hendak mencapai ketaraf negara maju. Negara maju yang berkembang pesat mesti diikuti dengan etika kepimpinan yang tinggi. Kalau tidak persepsi ramai yang menganggap Malaysia sebagai ‘Zimbabwe in different name’ itu tidak akan berjaya kita hakiskan.

Pada tahun 2007 yang lalu seorang menteri Britain yang buta penglihatannya bernama David Blunkett telah meletakkan jawatannya sebagai menteri dalam negeri kerana kesilapan kecil tetapi oleh kerana ia menjejaskan etika kepimpinannya maka beliau meletakkan jawatan dari menganggotai kabinet Britain.

Kesalahannya ialah kerana mempercepatkan proses permohonan teman wanitanya untuk mendapatkan permit kerja untuk orang gajinya. Itu sahaja kesalahannya. Tetapi itu jelas menjejaskan etika kepimpinan negara.

Maka beliau mengambil masa hanya tiga empat hari sahaja untuk mengambil keputusan meletakkan jawatannya. Menteri Britain itu tidak mengambil masa berbulan-bulan utuk mengambil keputusan untuk berhenti seperti yang dilakukan oleh Shahrizat.

Dengan keputusan Shahrizat untuk berhenti itu ia bermakna Shahrizat mengakui kesalahannya. Jika Shahrizat mengaku kesilapan atau kesalahannya maka adalah ‘natural’ menteri yang bertanggungjawab meluluskan projek NFC ini juga mengambil langkah yang sama, iaitu berhenti sahaja dan mengikut langkah Shahrizat itu.

Tetapi ini tidak mungkin berlaku kerana mereka tidak mahu menerima asas-asas perlu untuk menempah tempat untuk meletakkan negara kepada kategori negara maju kerana meletakkan jawatan kerana isu ini dianggap sebagai perkara yang tidak munasabah bagi mereka.

Begitulah tingginya etika kepimpinan negara maju dan jika kita mahu mengambil iktibar dari tindakan ahli jemaah kabinet Britain ini, itu merupakan permulaan untuk menjadikan negara ini sebagai negara maju dengan ketinggian etika kepimpinannya.

Kalaulah apa yang dilakukan oleh pimpinan kita itu dilakukan di Britain kerajaan kita sudah lama dikuburkan oleh rakyat. Tetapi untungnya pimpinan rasuah kita ini ialah kerana rakyat telah dididik untuk menerima sahaja apa yang dilakukan oleh pimpinan yang tidak bertanggungjawab kepada rakyatnya.

Kerajaan negara-negara maju ini menjadikan etika kepimpinan sebagai elemen terpenting dalam pentadbiran kerajaan. Ini ialah kerana yang hendak dijaga mereka bukannya jawatan mereka tetapi untung nasib negara mereka pada masa-masa yang akan datang.

Tetapi disini pimpinan kita lebih mementingkan kuasa sahaja, tidak kira samada mereka itu berguna kepada negara dalam jangka masa yang panjang.

Kalau tidak, tidaklah kita terdengar kata-kata seperti, “kita akan pertahankan Putrajaya dengan cara apa sekali pun” kata Najib pada suatu ketika dahulu. Kata-kata ini menonjolkan satu sikap yang amat negatif kepada sistem demokrasi negara. Sikap kuno ini lah yang menyebabkan negara kucar kacir, bukannya oleh sistem demokrasi itu sendiri.

Kepada BN demokrasi itu bermakna, kemenangan hanya hak mutlak BN, bukannya untuk mengikut selera rakyat yang mengundi. BN kini menggunakan kumpulan pengacau pula.

Tugasnya hanyalah untuk mengganggu majlis-majlis pihak PR. Itu merupakan tanda-tanda ‘desperation’ yang ada didalam pemikiran pihak BN khususnya Umno.

Dua malam yang lepas saya menjadi penceramah jemputan bersama dengan TS Khalid Ibrahim di Seri Menanti dimana sekumpulan 20 orang penyokong UMNO mengganggu ceramah dan majlis itu tanpa segan dan silu selama 15 minit.

Berkat kesabaran pihak kami, mereka telah dapat diusir dari majlis itu. Dalam hati saya, tidak dapat saya menghilangkan persepsi dan keyakinan saya yang tindakan itu merupakan tindakan pihak pemerintah yang begitu fakir nilai kepimpinan mereka.

Apabila sokongan merosot mereka mengambil tindakan yang tidak beradab dan bersopan.

Dari kumpulan inilah yang bergegar-gegar hendak jadikan negara kita negara maju tetapi tindakan kumpulan ini membayangkan yang kemajuan yang dijanjikan itu tidak mungkin tercapai sampai bila-bila. Segala pelan transformasi Najib hanya tinggal pelan sahaja. Ia tidak akan kemana…seperti dulu juga. — aspanaliasnet.blogspot.com

Read more ...