Friday, March 5, 2010

Dr. Mujahid ziarah veteran PAS Parit Buntar

Imej005-1.jpg picture by paspb










PARIT BUNTAR , 6 Mac : Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan Yang Di Pertua PAS Parit Buntar Harun Hashim telah meluangkan masa menziarahi tiga orang veteran PAS yang terlantar sakit dan uzur di rumah masing-masing.

Menurut Setiausaha Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar Adnan Abd Rahman, program ziarah pimpinan veteran PAS berkenaan adalah aktiviti tahunan Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar.

“ rombongan ziarah ini telah melawat bekas pimpinan PAS Parit Buntar iaitu Ust. Zulkarnain Haji Ahmad, Ust. Ghazali Haji Ahmad dan Tahit Arshad “ katanya

Adnan berkata Ust. Zulkarnain Haji Ahmad adalah bekas Yang Dipertua PAS Parit Buntar dan pernah menjadi calon pilihanraya parlimen Parit Buntar pada tahun 1974.

“ Ust. Zulkarnain sudah lama uzur namun masih bersemangat, walaupun dalam keadaan badan yang lemah. YB Mujahid meluangkan masa lebih setengah jam bertanya khabar” katanya

Menurutnya, rombongan ziarah juga melawat Ust. Ghazali Haji Ahmad bekas Ketua Ulama PAS Parit Buntar di Parit Tok Ngah.

“ Ust. Ghazali pernah bertanding dalam pilihanraya untuk DUN Kuala Kurau pada tahun 1982.

"Walaupun uzur, beliau masih mampu melaksanakan kerja-kerja yang diamanahkan oleh jamaah PAS" kata Adnan

Imej008.jpg picture by paspb
Adnan berkata, rombongan ziarah juga mengunjungi Tahir Arshad salah seorang pengasas PAS di Tebuk Haji Musa dan di Parit Buntar. Beliau mula menjadi ahli PAS sejak mula-mula PAS ditubuhkan pada tahun 1952.

“ Beliau bergerak dalam PAS sejak dari muda dan tidak pernah meninggalkan perjuangan sehingga ke hari ini.

“ Malah, masih lagi bersemangat bercerita tentang politik PAS walaupun sudah berumur 90 tahun” katanya

Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Buntar Kagum dengan semangat dan kegigihan veteran PAS Parit Buntar walaupun uzur dan sakit.

“ Ziarah ini adalah tanda penghargaan saya terhadap pengorbanan mereka yang telah lama berjuang menegakkan Islam di bumi Malaysia” katanya

No comments: