Friday, March 5, 2010

Semboyan halilintar mampu pulih imej PR













SHAH ALAM , 6 Mac :
Pelancaran Program Semboyan Halilintar ke Putrajaya Pakatan Rakyat (PR) dilihat mampu mengembalikan parti itu ke landasan sebenar perjuangan sekali gus memulihkan kembali imej parti itu.

Pensyarah Kanan Sains Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Ahmad Nizamuddin Sulaiman berkata, menerusi platform itu, ia memberi peluang kepada PR kembali semula ke matlamat utama penubuhan parti itu.

Menurutnya, pemimpin PR akan memberikan penjelasan kepada rakyat berhubung kedudukan sebenar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isu yang melanda PKR

“Apakah Anwar akan terus memimpin PKR dengan lebih lama di saat sedang menghadapi perbicaraan kes perbicaraan di mahkamah.

“Bagi mengelakkan pengundi daripada berpaling arah, program itu menjadi platform penting untuk memperjelaskan situasi dan kedudukan sebenar pergolakan PKR yang,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian:, semalam.

Bagaimanapun, Ahmad Nizamuddin berpendapat pemimpin PR mempunyai masa yang singkat untuk menerangkan kepada rakyat apa yang diperkatakan sebelum ini dalam media cetak dan elektronik bagi menarik kembali sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.SH

No comments: