Friday, March 26, 2010

Krisis Perak : Nilailah sendiri


LONDON: Muhammad Nizar Jamaluddin meminta agar rakyat Malaysia di UK menilai sendiri krisis politik di Perak secara bijaksana. Beliau yakin dengan kemampuan rakyat Malaysia menilai secara rasional dan mendapat maklumat yang secukupnya. Krisis politik Perak yang membawa kes ke mahkamah tidak akan menyelesaikan masalah politik. Sebaliknya, isu itu akan berlanjutan dan merugikan pembangunan negeri Perak secara keseluruhannya.

Dalam ucapan beliau yang bertajuk, `The Challenges of Islam and Democracy in Malaysia’ di Pippard Lecture Theatre, Imperial College London, beliau menyeru agar masyarakat Malaysia lebih memahami konsep ketaatan raja dan keluhuran perlembagaan secara lebih terbuka. Konsep pemisahan kuasa dan juga federalisme yang sewewang-wenangnya diceroboh oleh kerajaan BN menunjukkan bahawa jalan demokrasi di Malaysia semakin sempit dan sukar. Keadaan ini bukan sahaja memerlukan kerberanian tetapi kesungguhan dan kecekapan rakyat membuat keputusan tepat di luar musim pilihanraya.

Beliau juga menyentuh tentang kecenderungan pendekatan politik perkauman yang digunakan oleh BN hanya akan menyebabkan memberi tanggapan buruk terhadap Islam dan orang Melayu. Formula politik yang dibangunkan oleh Pakatan Rakyat kini dianggap sebagai ancaman kepada hegemoni politik perkauman sempit Barisan Nasional.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan haram BN Perak hanya akan melahirkan perkara-perkara haram lain yang menjadikan sistem politik tanahair semakin rumit pada masa akan datang. Sekiranya kegagalan usaha membubarkan DUN Perak, Muhammad Nizar Jamaluddin berkata bahawa PAS Perak sudah menyediakan jentera pilihanraya bagi pilihanraya umum ke 13.Muhaimin

No comments: