Sunday, March 21, 2010

Perdana Menteri jelas tersimpang

Demi laba politik, kerajaan Datuk Seri Najib Razak menyimpang dari matlamat membantu negeri-negeri miskin di pantai timur melalui hasil khazanah petroleum seperti yang dirancang oleh bapanya Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak.

Hakikat ini didedahkan dalam Forum Royalti Minyak Hak Perlembagaan? hari ini oleh Pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah yang membentangkan bagaimana Tun Abdul Razak mahu Petronas dituibuhkan demi membangunkan Pantai Timur.

"Tun Razak berkata, walau apapun, kita perlu wang minyak itu untuk Pantai Timur. Jadi saya pun cuba lakukan apa yang dianggap mustahil dan saya siapkan draf (undang-undang Petronas) dan menhantarnya ke Jabatan Perdana Menteri untuk dinilai," katanya.

Beliau menerangkan konsep asas perjanjian minyak antara Petronas dan kerajaan negeri ialah pemberian royalti 5 % kepada kerajaan negeri kerana menyerahkan hak pengurusan hasil minyak kepada Petronas.

Malah Akta Pembangungan Petroleum 1974 ditulis sebegitu rupa untuk memberikan lebih peluang kepada anak-anak negeri di pantai timur mendapat manfaat hasil bumi negeri mereka.

Tengku Razaleigh berkata, pada semangatnya amalan pengagihan hasil petroleum di Terengganu sebelum ini tidak menghadapi sebarang masalah ketika di bawah pentadbiran Umno-BN.

"Akhirnya semua negeri bersetuju memberi hak petroleum kepada kita tetapi sebagai ganti mereka dapat 5% atas hak untuk petroleum di luar pantai yang mereka beri kepada Petronas . Mudah. Saya tak faham kontroversi ini kerana berdasarkan keadaan ini, Terengganu dibayar berbillion dollar. Tetapi bila tahun 99, PAS menang, bayaran dihentikan. Kerajaan Negeri diberi wang ehsan duit itu disalurkan pada agensi kerajaan. Saya pelik kerana tiada apa dalam peruntukkan undang-undang ini yang megatakan kerajaan Persekutuan boleh campur isu negeri," jelas beliau.

Cubaan Kerajaan Umno BN ini dilihat sebagai tindakan menghalang usaha pembangunan kerajaan Negeri yang tidak ‘sehaluan politik’ dengan mereka.

Tengku Razaleigh juga mempertikaikan mekanisme kewangan yang cuba digunapakai di Kelantan berhubung isu royalti petroleum kerana ketelusan dan keberkesanannya seperti apa yang berlaku dalam amalan ‘wang ehsan’ di Terengganu.

"Tapi kita lihat apa yang berlaku di Terengganu, penyalahgunaan, korupsi, kerana ia tidak bertanggungjawab. Hampir 20 bilion dibelanjakan dalam wang ehsan. Kerajaan Negeri Terengganu walau telah disambung pemberian wang ehsan tidak bersetuju memerima baki royallti kerana tidak mahu bertanggungjawab dengan penyalahgunaan wang ehsan selama 5 tahun ini. Buat stadium, runtuh, bus stop, runtuh, swimming pool, bocor," katanya.

Seorang lagi ahii Panel, Tommy Thomas, yang juga peguam dalam kes royalti minyak Terengganu mendedahkan bahawa perkara ini hanyalah penderaan politik oleh kerajaan Barisan Nasional dengan memberi contoh pengalaman Terengganu.

"Nov 99, selepas pilihanraya umum, PAS telah menang di Terengganu tapi selepas Mac 2000, tiada bayaran royalti diberikan. Kita boleh pergi kepada September 2000. Tiada asas undang-undang untuk hentikan bayaran tetapi ia keputusan politikal yang dibuat oleh Mahathir sebelum itu untuk halang PAS dari dapat bayaran," jelasnya.TVS

No comments: