Monday, April 26, 2010

500 hadiri Mesyuarat Agung PAS Parit Buntar

CIMG3822.jpg picture by paspb


PARIT BUNTAR , 26 April : Mesyuarat Agung PAS Parit Buntar Kali ke 56 berjalan dengan jayanya. Majlis Perasmian bermula pada sebelah malam dan semua perwakilan serta pemerhati sekitar 500 orang memenuhi kerusi di dalam Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husain untuk mengikuti majlis perasmian tersebut.

Setiausaha PAS Parit Buntar Azhari Hadi berkata majlis perasmian bermula
dengan ucapan Harun Hashim yang merupakan Yang Dipertua PAS Parit Buntar .


“ Seterusnya diikuti ucapan Setiausaha Pehubungan PAS Perak Misbahul Munir Haji Masduki dan ucapan perasmian oleh Ahli Parlimen Baling Taib Azamuddin Md Taib” katanya


Misbahul Munir semasa berucap meminta perwakilan dan pemerhati menghayati perlembagaan PAS bagi mempertingkatkan kesetian kepada parti.

“ Saya memuji PAS Parit Buntar yang telah mengadakan penerangan tentang pindaan perlembagaan PAS kepada pimpinan PAS dengan menjemput pakar rujuk perlembagaan PAS Haji Hassan Shukri.


“ Tahniah juga kerana PAS Parit Buntar adalah satu-satu PAS Kawasan di Perak yang mengadakan mesyuarat agung selama dua hari. Sebelah malam diadakan majlis perasmian dan esoknya diadakan mesyuarat penuh” kataya


Manakala dalam ucapan perasmi pula, Taib Azamudin menegaskan bahawa dalam perjuangan Islam melalui wadah parti PAS
telah banyak membuat lakaran sejarah yang baik sejak setengah abad yang lalu.


“ Sehingga kini, perkembangan yang sangat positif dapat kita lihat. Antaranya ialah perkara yang kita tidak jangka iaitu sekarang sudah ramai masyarakat bukan Islam mula hadir dalam program-program kita,


“ Lihat sahaja malam ini, mereka yang berada dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS Parit Buntar turut bersama kita dan mereka sanggup berkorban memberikan komitmen untuk bersama dengan PAS” katanya

Mesyuarat agung PAS Parit Buntar juga telah menganugerah sijil dan cenderahati penghargaan kepada Lima orang Ahli Jawatankuasa Dewan Himpunan Penyokong PAS Parit Buntar.


Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Pusat Dr. Mujahid Yusuf Rawa yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar telah menyempurnakan penyampaian cenderahati berkenaan.

Sekitar Mesyuarat agung PAS Parit Buntar

CIMG3814.jpg picture by paspb

CIMG3800.jpg picture by paspb

CIMG3799.jpg picture by paspb

CIMG3801.jpg picture by paspb

CIMG3803.jpg picture by paspb

CIMG3786.jpg picture by paspb

No comments: