Monday, April 26, 2010

Belanja RM64 juta namun tewas 2 DUN





HULU SELANGOR, 26 April : Perdana Menteri Najib Razak telah membelanjakan sejumlah RM64 juta untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.
Meskipun begitu UMNO Barisan Nasional sekadar menang tipis dengan 1725 undi sahaja.

Lebih dari itu Barisan Nasional kehilangan 2 kerusi Dewan Undangan Negeri, Kuala Kubu Baru dan Batang Kali.

Bekas Menteri Undang- undang Datuk Zaid Ibrahim berkata Pakatan Rakyat tidak redha dengan kemenangan UMNO Barisan Nasional yang diraih dengan cara kotor dan dipalit rasuah.

“Perdana Menteri Najib Razak belanja lebih daripada RM64 juta untuk menang pilihan raya kali ini. Kita berdepan dengan keadaan dimana pembelian undi berleluasa,“ kata Zaid.

Beliau juga kesal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menutup mata, enggan mengambil sebarang tindakan terhadap rasuah undi yang disuakan kepada pengundi parlimen itu.

“Kita tewas kerana amalan membeli undi itu halal dinegara kita. Jika kita tidak atasi masalah ini, kita akan berdepan dengan masalah besar dimasa- masa akan datang,” ujarnya lagi.

-tvselangor-

No comments: