Tuesday, May 18, 2010

PAS tambah cawangan

Image006-5.jpg picture by paspb

PARIT BUNTAR, 18 Mei : PAS Parit Buntar berjaya menambah sebuah lagi cawangan baru di Parit Lebai Akir dalam DUN Titi Serong.

Penolong Setiausaha PAS Parit Buntar Adnan Abd Rahman berkata, penubuhan penaja PAS Cawangan Parit Lebai Akir dihadiri lebih 30 orang ahli PAS cawangan berkenaan.

“Penambahan cawangan PAS ini akan memperkuatkan akar umbi PAS dan mampu memperkasakan PAS kawasan Parit Buntar.

“ Tahniah kepada penaja PAS Cawangan Parit Lebai Akir yang berjaya merealisasikan hasrat PAS Pusat untuk memperbanyakkan cawangan” katanya

Menurutnya, sejak selepas pilihanraya umum ke 12 lalu PAS Parit Buntar berusaha secara bersungguh-sungguh menambah Cawangan PAS di seluruh Parit Buntar.

" Walaupun kita sekarang ini bukan pemerintah di Perak, kita bergerak sama seperti dulu kerana usaha dakwah ini adalah berterusan dan mendapat kerjasama ahli-ahli PAS di sini." katanya

Adnan berkata, Setiausaha PAS Parit Buntar Azhari Hadi semasa menyampaikan ucapan aluan penubuhan cawangan meminta ahli PAS Cawangan sentiasa berada dalam perjuangan Islam.

“ Saya berharap ahli PAS Cawangan memberi sumbangan masa dan tenaga bagi mengaktifkan cawangan yang baru ditubuhkan ini.

“ Sesungguhnya perjuangan menyeru manusia melakukan amal maaruf dan mencegah manusia melakukan kemungkaran menjadi tanggugjawab ahli PAS” katanya

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun Hashim yang menyampaikan ucapan penutup meminta ahli PAS mengenang susah payah perjuangan pimpinan PAS Parit Buntar pada zaman dahulu.

“ Mereka berjuang dalam keadaan serba kekurangan, namun tidak mematahkan semangat mereka untuk terus berjuang.

“ Saya puji usaha menubuhkan penaja PAS Cawangan ini kerana ramai pimpinan PAS Parit Buntar dahulu berasal dari kawasan ini. Hari ini, anak-anak pimpinan ini pula meneruskan perjuangan bapa mereka” katanya.

Haji Harun sedang menyampaikan ucapan

Image008-5.jpg picture by paspb


Ahli PAS hadir semasa penubuhan cawangan baru


Image000-2.jpg picture by paspb

No comments: