Tuesday, May 4, 2010

Persembahan kesenian tiga kaum serikan perasmian karnival


TANJUNG PIANDANG, 4 Mei : Persembahan kesenian tiga kaum menyerikan majlis perasmian Karnival Penerangan Pakatan Rakyat yang diadakan di Dataran Pakatan Rakyat, Tanjung Piandang.

Menurut Timbalan Pengarah karnival Abdul Razak Teridi, perasmian karnival ini disempurnakan oleh Pengerusi Pakatan Rakyat Perak Dato’ Seri Nizar Jamaludin.

“ Sungguhpun berlangsung dalam keadaan hujan lebat , majlis ini tetap menarik kehadiran orang ramai yang ingin menyaksikan majlis perasmian dan mendengar ucapan Dato’ Dato’ Seri Nizar Jamaludin dan Adun Pantai Remis Nga Khor Meng.

“ Rakyat pelbagai kaum hadir pada malam ini membuktikan sokongan kepada Pakatan Rakyat tetap kukuh walaupun baru menerima kekalahan di Hulu Selangor” katanya

Abdul Razak berkata, orang ramai juga begitu terpegun dengan gimik pelancaran karnival yang menampilkan persembahan kesenian tiga kaum.

“ persembahan tarian naga mewakili orang Tionghua, persembahan gendang mewakili orang India dan persembahan hadrah mewakili orang Melayu.

“ Perasmian karnival malam ini adalah satu usaha Pakatan Rakyat menghapuskan fahaman perkauman sehingga ke akar umbi dan seterusnya meningkatkan hubungan sesama rakyat” katanya

Menurutnya, Pakatan Rakyat Parit Buntar telah menyambut saranan Pakatan Rakyat Perak agar mengatur banyak program untuk menambahkan lagi sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat di Perak.

“Kami juga membuktikan kesepaduan di kalangan tiga parti dalam Pakatan Rakyat di Parit Buntar, suatu contoh terbaik yang wajar dihargai dan diteladani” katanya


Ucapan perasmian oleh Dato' Seri Nizar

Persembahan kompang dari anak muda PAS Cawangan Sg. Betul.

Persembahan permainan alat muzik kaum India

Persembahan tarian singa dari kaum Cina

No comments: