Monday, June 21, 2010

Bangga belia Parit Buntar wakili Perak

CIMG3995.jpg picture by paspb

PARIT BUNTAR, 21 Jun : Bakat-bakat belia di dalam acara sukan terutamanya belia di kawasan Parit Buntar mendapat perhatian serius Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa.

Menurutnya, beliau berbangga anak tempatan Parit Buntar dapat mengambil bahagian mewakili negeri Perak dalam acara Karate Do untuk Sukan Malaysia di Melaka yang baru berakhir.
"Saya berasakan bahawa golongan yang mendapat tempat mewakili negeri atau negara bagi kejohanan sukan perlu diberi insentif supaya bakat mereka ini dapat dikembangkan.

"Jabatan Belia dan Sukan sewajarnya memberikan perhatian serius dalam soal bantuan kepada atlit kita kerana mereka ini sudah mencapai tahap yang membanggakan dalam sukan."katanya
Dr. Mujahid berkata, beliau yakin dan percaya bukan sahaja belia di Parit Buntar, malah di seluruh negara wajar diberi insentif untuk mereka bergerak maju dalam bidang sukan yang mereka ceburi.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada jurulatih dan atlit Karate Do dari Parit Buntar yang akan ke SUKMA di Melaka.
Menurut penerima sumbangan tersebut Yanasagaran Krishnan, beliau menjadi hakim untuk kejohanan tersebut dan bersamanya adalah lima orang atlit Karate Do yang akan mewakili Perak dalam temasya dwitahunan tersebut.

" Saya mengucapkan terima kasih di atas sumbangan daripada pihak Ahli Parlimen. Saya berharap sumbangan ini akan dapat menyuntik semangat peserta-peserta kita."katanya

No comments: