Monday, June 21, 2010

Solat Jumaat untuk kebaikan kaum wanita

KOTA BHARU, 21 Jun : Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, saranan yang dibuat supaya wanita melakukan solat Jumaat supaya aktiviti ilmu terus dapat dipupuk oleh golongan itu selain mengelak daripada aktiviti yang tidak berfaedah.

Katanya, saranan itu bertitik tolak dari majlis mengisi tabung pembinaan Masjid Daruttarbiyah di Bachok baru-baru ini yang dilihat mampu memuatkan jemaah wanita kerana mempunyai kawasan ruang yang luas untuk bersolat.

“Solat Jumaat untuk wanita adalah sunat tetapi dari hanya berbual di rumah baik melakukan sembah-yang masjid sekali gus memberi manfaat yang berguna,

“Tetapi masjid yang ada kini sempit dan tidak muat untuk wanita. Tetapi apabila saya tengok masjid yang saya rasmi itu luas, ia boleh menampung kehadiran jemaah wanita tempatan,” katanya selepas menghadiri Majlis Pelantikan Timbalan Exco di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan dalam satu majlis kelmarin supaya wanita digalakkan menunaikan solat Jumaat seperti mana yang dilakukan pihak lelaki.

Sehubungan dengan itu, Nik Aziz berkata, pihaknya mempunyai cadangan untuk memperbesarkan masjid yang ada di negeri ini bagi menampung jemaah wanita tetapi ia tidak dapat dilaksanakan memandangkan kekangan kewangan yang terhad.

“Oleh itu, kita mahu Kerajaan Pusat mengembalikan wang Petroleum milik Kerajaan Negeri supaya wang itu boleh digunakan untuk aktiviti berfaedah, itu wang kita, bukan kita mintak,” katanya.

No comments: