Monday, September 27, 2010

Aktivis PAS terima sumbangan kerusi roda

Image012-5.jpg picture by paspb

PARIT BUNTAR, 27 Sept. : Aktivis PAS Cawangan Sungai Baru Sulaiman Dahalan 69, begitu terharu apabila menerima bantuan kerusi roda daripada Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar.

Sulaiman yang sebelum ini aktif dalam aktiviti PAS cawangan dan surau hanya mampu terbaring di rumah akibat serangan angin ahmar dua bulan yang lalu.

Setiausaha Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar Adnan Abdul Rahman berkata, Lujnah Kebajikan mendapat maklumat berkenaan nasib Sulaiman daripada penduduk Sungai Baru Tengah dan PAS Cawangan Sungai Baru.

“ Penduduk di sini prihatin terhadap nasib Pak Cik Sulaiman kerana jasa beliau yang besar sebagai tukang masak setiap kali ada program anjuran PAS.

“ Memandangkan Pak Cik Sulaiman merupakan penduduk yang sentiasa berjemaah di surau, penduduk di sini merasai ketiadaan beliau setiap kali berjemaah di surau” katanya

Adnan berkata, bantuan kesihatan seperti kerusi roda kepada penduduk yang kurang bernasib baik adalah sumbangan Lujnah Kebajikan sejak dahulu lagi.

“ Hasil maklumat dari penduduk setempat , sudah ramai penduduk tidak mengira bangsa dan fahaman politik menerima sumbangan kerusi roda daripada Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar.

''Hari ini, kami mendapati Pak Cik Sulaiman amat memerlukan bantuan kerusi roda untuk memudahkannya bergerak,'' kata Adnan semasa menyerahkan kerusi roda berkenaan di rumah Sulaiman.

Sementara itu, isteri Sulaiman Saerah Yusuf ketika ditemui bersyukur dengan sumbangan tersebut kerana ia membolehkan suaminya bergerak lebih selesa.

''Terima kasih di atas bantuan kerusi roda ini , mak cik terharu dengan kehadiran orang kampung dan sumbangan daripada PAS ini'' katanya.

Turut hadir hadir menziarahi Sulaiman ialah Hairul Nizam Ishak Pegawai Khas Ahli Parlimen Parit Buntar.

No comments: