Monday, September 6, 2010

Enam anak yatim terima pakaian raya

IMG_0681.jpg picture by paspb

PARIT BUNTAR, 14 Sept. : Kegembiraan jelas terpancar di muka enam anak yatim bertuah apabila mendapat pakaian raya yang lengkap sumbangan Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar.

Menurut Naib Ketua Muslimat PAS Parit Buntar Rahimah Osman, enam orang anak yatim ini telah dibawa memilih pakaian raya di kedai pakaian di Parit Buntar.

“Ajk Muslimat PAS Parit Buntar telah menemani anak-anak ini bersama ibu mereka memilih pakaian raya kesukaan mereka”

''Seperti tahun-tahun sebelumnya, kami berusaha untuk membantu anak-anak yatim dengan meluangkan masa serta memberikan sumbangan kepada mereka supaya tidak rasa terpinggir menjelang Hari Raya nanti “Katanya

Rahimah memberitahu, sumbangan pakaian raya ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial dan membuktikan bahawa PAS tidak pernah lupa kepada golongan yang memerlukan.

“ Melalui maklumat PAS Cawangan, enam anak yatim ini dipilih dari dua keluarga. Mereka tinggal bersama ibu masing-masing setelah kematian bapa mereka.

''Saya berterima kasih kepada kedai pakaian di Parit Buntar yang memberi potongan harga kerana prihatin kepada golongan yang kurang bernasib baik,'' katanya.

Beliau berharap berharap sumbangan itu sedikit sebanyak dapat memberikan keceriaan kepada anak-anak yatim untuk menyambut Syawal yang bakal menjelang.

''Mereka berasa sangat seronok dan terlalu gembira dengan sumbangan ini. Baju kurung baru, baju melayu lengkap malah kasut juga turut diberikan,'' katanya

IMG_0639.jpg picture by paspb

Mengukur saiz pakaian raya

IMG_0643.jpg picture by paspb

Memilih baju Melayu

IMG_0667.jpg picture by paspb

Mengenakan pakaian raya

IMG_0680.jpg picture by paspb

Memilih kasut raya

No comments: