Tuesday, September 7, 2010

Himpunan Anak Perantau PAS Parit Buntar


PARIT BUNTAR, 7 Sept : Semua anak Parit Buntar yang merantau ke luar Parit Buntar di jemput hadir ke Himpunan Anak Perantauan sempena Idul Fitri yang akan diadakan pada 10 September di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin, Markaz Tarbiyah PAS Parit Buntar, Titi Serong.

“Samada mereka yang bekerja atau yang masih belajar atau apa-apa jua yang mereka lakukan, sekiranya pulang ke Parit Buntar untuk berhari raya, jemputlah ke program himpunan ini,” kata Penyelaras himpunan, Hairul Nizam Ishak yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Parit Buntar.

Menurutnya lagi, jamuan Raya akan disediakan oleh pihak penganjur dan anak perantau tidak dikenakan apa-apa bayaran.

" Cuma jika ada yang nak menderma, kami amat mengalu-alukanya. Yang penting bagi kami adalah kehadiran anak perantau ". jelas beliau.

Menurut beliau program himpunan sempena IdulFitri ini adalah merupakan program tahunan Dewan Pemuda PAS Parit Buntar yang bertujuan menghimpunkan perantau anak Parit Buntar bagi merapatkan ukhuwwah dan silaturrahim di samping mengemaskinikan berita dan maklumat berkenaan diri masing-masing, keluarga serta hal ehwal semasa.

Beliau berkata program yang bermula jam 9.00 malam dan akan berakhir pada jam 11.30 malam itu akan turut disertai tetamu khas yang hadir iaitu Ketua Pemuda PAS Perak Zawawi Abu Hassan.

“ Ketua Pemuda PAS Perak akan bersama kita dan semua perantau dan berucap dalam majlis himpunan, selain Yang Dipertua PAS Parit Buntar yang akan mengetuai saf kepimpinan PAS Kawasan dalam sesi ramah mesra,” jelas Hairul Nizam lagi.

Tambahnya, adalah dijangkakan seramai 200 orang akan hadir dalam himpunan pada tahun ini . Penganjuran program ini juga bertujuan memberikan peluang kepada mereka untuk berdialog dan berkongsi idea bagi memartabatkan perjuangan Islam.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta supaya semua anak perantau yang berhajat untuk hadir digalakkan untuk mendapatkan maklumat program yang sudah dihantar di Cawangan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada nombor berikut : 013-4134520, 019-5183364 dan 019-4716499

No comments: