Thursday, October 7, 2010

Terus aktif beri khidmat kebajikan

Imej013-1.jpg picture by paspb

PARIT BUNTAR, 7 Okt. : Seramai 40 orang warga emas dan ibu tunggal menerima sumbangan daripada PAS Cawangan Simpang Empat Kampung Kedah sempena majlis jamuan Aidilfitri PAS Cawangan berkenaan.

Pengarah program Fakhrurrazi Khalid berkata, PAS Cawangan Simpang Empat Kampung Kedah akan terus aktif memberikan khidmat kebajikan kepada masyarakat setempat tanpa mengira fahaman politik.

“ Walaupun bergerak di peringkat cawangan , PAS Cawangan ini tetap berusaha mencari mencari dana kebajikan untuk diberikan kepada warga emas, ibu tunggal dan anak yatim.

“ Setiap kali PAS Cawangan ini mengadakan program, akan diselitkan penyampaian sumbangan kepada mereka yang memerlukan” katanya ketika ditemui semasa jamuan Aidilfitri berkenaan.
Fakhrurrazi berkata, sumbangan yang diberi bergantung kepada dana kebajikan yang diperolehi PAS Cawangan berkenaan.

“ Kadang-kadang sumbangan yang diterima besar, kadang-kadang kecil tetapi PAS Cawangan tidak berputus asa untuk membantu warga emas , ibu tunggal dan anak yatim.

“ Majlis jamuan Aidilfitri pada tahun ini seperti juga tahun lepas, kami mengumpulkan dana kebajikan untuk disumbangkan kepada mereka yang memerlukan “ katanya

Menurut Fakhrurrazi, majlis jamuan Aidilfitri PAS Cawangan Simpang Empat Kampung Kedah meriah dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat yang tinggal di Kampung Kedah dan kawasan sekitar.

“Alhamdulillah kesempatan Syawal ini, jamuan Aidilfitri ini dapat diadakan meraikan orang ramai dan mengeratkan silaturrahim .

“ Yang jauh tentunya semakin dekat dan yang dekat pasti pula semakin erat . Lebih mengembirakan lagi apabila majlis ini memberi peluang kepada kami berbakti kepada warga emas dan ibu tunggal” katanya

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun Hashim telah menyempurnakan penyampaian sumbangan berkenaan.

Imej028.jpg picture by paspb

Orang ramai mengambil juadah yang disediakan

Imej030.jpg picture by paspb

Imej009.jpg picture by paspb

orang ramai yang hadir pada majlis jamuan Aidilfitri

No comments: