Saturday, November 20, 2010

Bajet Sabah tambah masalah, bukan selesai masalah rakyat

























KOTA KINABALU 21 NOV
: Bajet Sabah 2011 yang dibentangkan oleh Ketua Menteri Datuk Musa Aman semalam dianggap tidak realistik dan menyeluruh ulas Ahli Parlimen Kota Kinabalu Dr Albert Hiew King Cheu hari ini.

Malah beliau menganggap bajet sebanyak RM 3.07 Billion itu hanya menyumbang kepada lebih banyak masalah kerana tidak pernah digunakan untuk meningkatkan kehidupan atau menyelesaikan masalah rakyat.

Menurut beliau yang dihubungi TV Selangor berkata bajet itu juga tidak adil kerana menambah peruntukan ADUN Barisan Nasional jutaan ringgit tetapi hanya memenuhkan kantung kroni mereka sedangkan nasib rakyat Sabah makin terpinggir.

"Bila kita lihat bajet ini, ia tak berapa jelas dan spesifik. Kerajaan Negeri tiada wang, tapi mereka meningkatkan peruntukan untuk ADUN tapi hanya untuk ADUN BN tidak bagi ADUN pembangkang.

"Tapi melihat pada bajet defisit, Negeri Sabah tidak dalam keadaan baik, sebab itu mengikut laporan bank dunia, Sabah ialah negeri termiskin di Malaysia,"katanya lagi.

Dr Albert yang juga ketua DAP Sabah membidas cara pembentangan bajet oleh Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Sabah Datuk Musa Aman yang dianggap beliau sebagai kempen Barisan Nasional.

"Kenapa mesti letak gambar dia di muka depan dokumen ketika pembentangan bajet ? Itu dokumen rasmi kerajaan. Walau ketika pembentangan Bajet Nasional pun, Perdana Menteri Najib tidak letak gambar di dokumen itu. Ketika pembentangan pun, dia asik berkata Barisan Nasional. Ini bajet rakyat bukan bajet BN! Itu kesalahan yang besar." ujarnya.

Beliau turut merasakan walau betapa banyak wang ditaburkan, BN yang memerintah Sabah sejak 1995 telah gagal sepenuhnya dalam menyelesaikan masalah negeri kedua terbesar di Malaysia ini.

"Secara keseluruhan, kerajaan BN telah gagal sama sekali menyelesaikan masalah di Sabah. Sebagai contoh, masalah IC haram, pendatang haram, penyeludupan rokok dan sebagainya." tambah Dr Albert.

No comments: