Thursday, November 11, 2010

Kerajaan PR pecat Ahli Majlis salahguna kuasa

dun pgl 2d






















SHAH ALAM, 12 Nov. :
Kerajaan negeri Selangor hari ini mengesahkan pemecatan ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK), Hamidah Mat Som yang terlibat dengan kontroversi surat sokongan yang menyelubungi negeri ini sejak beberapa bulan lalu.


Langkah ini diambil berikutan pemecatan terhadap seorang lagi ahli MPK, Tee Boon Hock yang melakukan kesalahan yang serupa Ogos lalu.

Menjawab pertanyaan Yap Ee Wah (BN-Sg Pelek), ahli exco negeri untuk kerajaan tempatan Ronnie Liu memberitahu Dewan Undangan Negeri bahawa keputusan itu dibuat ketika mesyuarat exco kerajaan negeri ke 30, yang tarikhnya tidak pula diketahui.

"Mesyuarat itu mengesahkan bahawa beliau (Hamidah) dipecat dan diputuskan sepucuk surat pemecatan akan dihantar oleh pejabat menteri besar," kata Liu.

Hamidah mendapat tumpuan apabila Ketua Bahagian MCA Kapar Song Kee Chai membuat laporan polis pada 11 Ogos lalu, di mana beliau mendakwa beliau (Hamidah) mengeluarkan surat-surat sokongan bagi membantu syarikat milik suaminya mendapat beberapa kontrak dari MPK.

Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini pernah berkata bahawa laporan audit akan dijalankan terhadap MPK bagi menyiasat dakwaan-dakwaan itu.

Sementara itu, Tee dipecat selepas beliau didapati mengeluarkan surat-surat sokongan kepada sebuah syarikat di mana anaknya mempunyai kepentingan.

No comments: