Sunday, November 28, 2010

Syed Husin tolak jawatan Canselor



























PETALING JAYA, 29 Nov. : Mantan Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali menolak cadangan beliau mengisi jawatan jawatan Universiti Industri Selangor (Unisel) sebaliknya mencadangkan Presiden parti, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon yang paling layak diketengahkan.

Dr Syed Husin ketika diberi peluang diberi ucapan khas pada Kongres Nasional PKR ke-7 petang semalam berkata "beliau menolak bulat-bulat" tawaran itu.

Menurutnya, beliau tidak layak untuk menjadi canselor Unisel dan sewajarnya kekosongan jawatan berkenaan perlu disandang oleh individu yang lebih layak dan berkelayakan.

"Minta maaf, saya rasa ada orang lebih sesuai untuk jawatan itu, tak lain tak bukan, presiden kita (Datuk Seri Wan Azizah Ismail)," katanya lagi kepada perwakilan semalam.

Sebelum itu, calon Srikandi Farah Afzan Faridi, dalam ucapannya di kongres, Sabtu lalu mencadangkan Kerajaan Selangor mempertimbangkan supaya kekosongan kerusi canlesor Universiti Industri Selangor (Unisel) diisi oleh Dr Syed Husin Ali yang akan bersara daripada jawatannya.

Farah Afzan Faridi berkata, cadangan itu dibuat kerana Dr Syed Husin merupakan calon yang lebih baik daripada penyandangnya sebelum ini Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga isteri perdana menteri.

"Kita ada calon yang lebih baik daripadanya, iaitu Dr Syed Husin yang boleh menunaikan hasrat pelajar Unisel supaya beliau menggantikan Rosmah.

Ketika membahaskan usul pendidikan di hari terakhir Kongres PKR di Petaling Jaya hari ini, Farah Afzan meminta Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mempertimbangkan cadangannya itu.

Cadangan itu mendapat sokongan penuh daripada kira-kira seribu perwakilan yang bangun memberikan tepukan gemuruh.

Pada 20 November lalu, Rosmah Mansor mengumumkan pengundurannya sebagai Canselor universiti itu bagi memberi tumpuan kepada pendidikan awal kanak-kanak melalui program PERMATA.

Rosmah berkata permohonannya untuk mengundur diri telahpun mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pengumuman 'mengejutkan' itu dibuat ketika berucap pada Majlis Perasmian Istiadat Konvokesyen Unisel Kelima di Kampus Bestari Jaya di Kuala Selangor.

Unisel merupakan institut pengajian tinggi milik kerajaan Selangor.

No comments: