Friday, December 31, 2010

Gobala ada motif lain

Isu Kuil Sivan : Tindakan Gobala Tidak Lebih Bermotif Politik


SHAH ALAM 31 Dis. : Ahli Parlimen Klang Charles Anthony Santiago menempelak tindakan Ahli Parlimen Padang Serai P. Gobalakrishnan yang mengaitkan isu penutupan Kuil Sivan di Bukit Gasing dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru beliau menganggap kenyataan Gobala hanyalah semata untuk memburukkan nama Anwar di kalangan masyarakat India dan hanyalah bermotif politik semata.

Isu kuil ini berkait dengan Majlis Perbandaran. Peranan Datuk Seri Anwar langsung tidak ada dalam isu ini. Tapi oleh kerana kepetingan politik Gobalakrishnan, beliau telah membangkitkan nama Anwar supaya dapat mencemarkan nama beliau di kalangan orang India dan Hindu di Malaysia.

Pada sidang akhbar semalam, Gobala menuduh Anwar sebagai anti-Hindu dan mendakwa Ketua Pembangkang itu kononnya menutup sebuah kuil Hindu di Petaling Jaya pada tahun 2008.

Dalam membuat tuduhan itu, Gobala tidak menjawab kenapa beliau membuat tuduhan itu hanya sekarang, setelah gagal dilantik menjadi Naib Presiden PKR.

Charles menceritakan hakikat ialah Majlis Bandaraya Petaling Jaya membekukan kerja-kerja mengubah suai kuil itu setelah tapak berkenaan di landa masalah hakisan tanah dan tanah runtuh setelah mendapat aduan dari penduduk di sekitar kawasan itu sendiri.

"Oleh kerana itu, MPPJ membuat penyiasatan. Selepas penyiasatan mereka keluarkan satu freeze order, jangan buat apa-apa sebelum boleh buat pembaikan dan sebagainya. Itu tanggungjawab pihak kuil. Saya diberitahu kerja pembaikan belum selesai, jadi isu keselamatan masih ada," katanya.

Justeru beliau memberi amaran kepada Gobala agar tidak memainkan sentimen kaum dan agama persis taktik UMNO BN.

"Saya nak beritahu YB Gobalakrishnan supaya jangan bodohkan rakyat, khususnya orang India dan Hindu. Mereka pun tak mahu pergi ke satu tempat yang tidak selamat untuk sembahyang. Janganlah bangkitkan dan putar belit isu kaum dan isu agama untuk kepentingan sendiri seperti Barisan Nasional," katanya lagi.

No comments: