Saturday, December 4, 2010

Harga barang naik : Rakyat merana angkara Umno















SHAH ALAM, 4 Dis. : Langkah kerajaan menaikkan empat harga barang semalam dibimbang akan memberi kesan kepada pengguna yang berpendapatan rendah, ujar Pengarah Komunikasi, Persatuan Pengguna Malaysia(FOMCA) Mohd Yusuf Abdul Rahman.

Disamping itu beliau melahirkan kebimbangan berkenaan sikap sambil lewa kerajaan membuat penguatkuasaan yang ketat bagi mengelakkan peniaga menaikkan harga barang sewenang-wenangnya meskipun barang tersebut tidak terlibat secara langsung dalam kenaikan empat harga barang yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.

Tambahnya, perkara ini boleh menyebabkan ketidakpuasan hati rakyat kepada kerajaan yang menaikkan harga secara mengejut sekaligus membebankan rakyat.

"Kita berharap bahawa kerajaan perlu memainkan peranan untuk meyakinkan kepada rakyat bahawa apabila kerajaan menaikkan harga barang-barang tersebut, dia tidak akan menyebabkan harga barangan yang lain naik.

"Kalau berlaku juga kenaikkan, ini yang akan menyebabkan rasa tidak puas hati daripada rakyat kerana kerajaan gagal mengambil tindakan terhadap barang-barang yang lain," jelasnya.

Sementara itu, menurut Penasihat Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Prof Datuk Hamdan Adnan menyifatkan kenaikan harga minyak RON95 adalah tidak wajar kerana minyak merupakan nadi kepada rakyat.

"Kalau gula naik, tidak apalah, tapi kalau harga minyak naik, rakyat di negara ini akan makin terdesak kerana minyak menjana pembangunan negara. Rakyat banyak menggunakan bahan tersebut dan pertimbangan mengenai kenaikan harga minyak adalah perlu," katanya kepada Bernama.

Beliau turut bertegas kerajaan sewajarnya mewujudkan satu mekanisme dalam mengawal harga minyak supaya golongan sasaran saja yang menikmati subsidi berkenaan.



Berkongsi kebimbangan yang sama ialah Presiden Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman. Beliau berkata, pihaknya bimbang mengenai kenaikan harga semua barangan berkenaan terhadap golongan berpendapatan rendah.

"Kita bimbang dengan kenaikan ini (harga barangan) akan menjejas golongan berpendapatan rendah terutamanya yang bekerja dengan kerajaan," katanya.

Semalam kerajaan mengumumkan kenaikan harga barang kawalan seperti minyak, diesel, gas asli cecair (LPG) dan gula bagi menyelaras subsidi yang diberikan kepada rakyat.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

No comments: