Saturday, December 18, 2010

Inilah kelebihan memperjuangkan ketuanan Melayu Umno

RM1.9 Bilion Kontrak Kementah Dibolot Seorang Pemuda Umno
















BATU KAWAN, 19 Dis. : Sebanyak RM1.9 bilion ringgit telah disedut keluar dari Kementerian Pertahanan ke kocek pihak tertentu yang berkaitan dengan Pemuda Umno.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, RM1.9 bilion ini meliputi pelbagai bentuk projek daripada pembekalan peralatan ke pembersihan parit.

Anwar menjelaskan penyelewengan seperti ini adalah satu lagi bukti Umno menggunakan nama Melayu untuk memperkayakan kelompok mereka sahaja.

"Umno kata Melayu, Melayu, Melayu. Baik kita cakap soal Melayu. Ada seorang pemuda Umno Perak, dari Bukit Gantang. Perdana Menteri Najib (Razak) beri dia kontrak. Dia seorang, ada 30 syarikat. Nama dia Syed Abu Hussein.

"Semua kontrak yang dia dapat adalah dari Mindef. Satu kontrak membekalkan kelengkapan tentera, RM800 juta, kontrak kedua RM600 juta, kontrak ketiga cuci parit RM1.5 juta, sediakan makan pun dia sapu. Jumlahnya RM1.9 bilion," kata Anwar.

Beliau berkata demikian di majlis makan malam Parti Keadilan Rakyat di Dewan Serbaguna Perkampungan Juru, di sini, malam tadi.

Seramai 600 penduduk setempat menempah meja, untuk mendengar Anwar dan pimpinan Pakatan Rakyat yang dijemput berucap di majlis ini.

"Bila kita soal, mereka lagi marah, mereka tanya di mana dapat dokumen ini. Dia tidak mahu jawab. Dia buang kita dari parlimen," ujar Anwar yang digantung selama enam bulan dari menghadiri sidang Parlimen apabila mendedahkan hubungkait Apco Worldwide, yang diupah oleh kerajaan Malaysia untuk membersihkan imej Perdana Menteri Najib Razak dengan kerajaan zionis Israel.

Anwar menjelaskan Umno-BN terlalu bimbang dengan pendedahan salahlaku seperti ini hingga sanggup memperalat institusi dan agensi nasional bagi melindungi jenayah mereka.

"Kalau saya tak boleh cakap, apa gunanya jadi Ketua Pembangkang. Kalau saya takut, apa gunanya saya ini? Kalau tangkap, sudah tangkap. Kalau telanjang, sudah telanjang, dipukul, dia buang saya, saya tidak peduli. Kalau dia mahu lawan, saya turun dan saya lawan," jelas Anwar dengan penuh semangat.

Selain Anwar, tiga lagi ahli parlimen Pakatan Rakyat turut digantung daripada tugas sebagai ahli parlimen iaitu ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Sing, ahli parlimen Subang, sivarasa Rasiah dan ahli parlimen Gombak, Azmin Ali.

Menurut Anwar lagi,pendedahan seperti ini telah menyaksikan kejatuhan parti-parti komponen Barisan Nasional. Justeru itulah mereka terlalu takut sehingga terpaksa mengambil tindakan dengan kekuasaan yang dimiliki oleh mereka termasuk menggantung ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lantang bersuara di Dewan Rakyat.

Umno-BN katanya terlalu terdesak, dan sekali lagi menggunakan isu perkauman dan agama untuk mewujudkan perpecahan.

"Dia hentam saya, dia kata kalau Anwar jadi Perdana Menteri, dia mahu lantik orang Cina. Habis Melayu semua. Ini kempen dia. Saya tak tahu apa reaksi MCA dan Gerakan kepada provokasi ini. Ada lagi ke Gerakan sekarang ini?," kata Anwar lagi.

No comments: