Monday, January 10, 2011

1Malaysia hanya slogan kosong selagi Utusan beroperasi

Utusan Musuh Nombor Satu Konsep 1Malaysia-Lim Kit Siang


KUALA LUMPUR 10 Jan.: Sejak merdeka 53 tahun lalu rakyat di negara ini tidak pernah berpecah sebegini teruk melainkan 18 bulan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, kata Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Tambah Lim, semua perkara ini berpunca dari laporan Utusan Malaysia yang setiap hari mempromosikan kepalsuan dan kebencian antara kaum dan memecahkan negara.

"Yang paling memeranjatkan selama 18 bulan yang lalu tidak ada sebarang usaha yang serius dibuat untuk memastikan Utusan Malaysia, sebagai media rasmi Umno, menyokong cita-cita 1Malaysia," kata Lim dalam satu kenyataan medianya.

Menurutnya, Utusan Malaysia adalah musuh nombor satu konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib kerana akhbar milik Umno itu menjadikan konsep berkenaan “kosong dan penuh hipokrit".

“Walaupun Utusan terus menolak dasar 1Malaysia, namun tidak ada sebarang usaha dari kerajaan dan Umno untuk menyekat pendekatan perkauman Utusan itu.

"Yang sedihnya, negara tidak pernah berpecah sebegini teruk dalam sejarah 53 tahunnya melainkan semasa 18 bulan di bawah Najib sebagai Perdana Menteri,” kata Lim.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang memfailkan saman ke atas Utusan Malaysia kerana mendakwa akhbar itu memfitnahnya dan DAP.

Lim kesal kerana Utusan Malaysia terus melancarkan serangan berbau fitnah terhadap kerajaan pimpinanya tanpa menghiraukan jawapan yang dikeluarkan bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada umum.

No comments: