Tuesday, January 11, 2011

MCA tak boleh nampak Umno guna isu perkauman

http://media1.malaysiakini.com/27/53ebd3cc3522fe0d9f5483f2b40bcb10.jpgSEREMBAN, 11 Jan. : Dakwaan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mengatakan pembangkang akan menggunakan isu perkauman bagi meraih undi dalam kalangan bukan Melayu adalah tidak berasas.

Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook berkata, beliau tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat Presiden MCA itu dan beranggapan ia hanya sekadar mahu memburukkan imej Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, sebelum kenyataan itu dikeluarkan, Soi Lek harus melihat keadaan dalam parti Barisan Nasional (BN) itu sendiri, yang sebenarnya banyak membangkitkan isu perkauman dalam kalangan masyarakat.

“Sebelum kita membuat dakwaan tidak pasti, lebih baik melihat dalam parti sendiri, sama ada pernah melakukan atau tidak.

“Kenapa perlu melihat kepada parti pembangkang sahaja, sedangkan parti sendiri berdepan dengan pelbagai masalah dan sering membangkitkan isu sensitif dalam kalangan masyarakat,” katanya kepada Sinar Harian.

Siew Fook berkata, mereka (BN) mengeluarkan kenyataan berkenaan hanyalah semata-mata mahu membangkitkan perasaan benci masyarakat terhadap PR.

Bagaimanapun menurutnya, taktik itu silap kerana rakyat kini semakin bijak dan pandai menilai mana yang benar atau sebaliknya.

“Justeru, saya mahu menegaskan kepada seluruh pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang bahawa tiada isu perkauman yang akan digunakan bagi meraih undi.

“Kita hanya akan lebih mendekatkan diri dengan masyarakat setempat melalui program yang akan dilaksanakan ketika berkempen nanti,” katanya.SH

No comments: