Sunday, January 30, 2011

Pengundi Cina ramai tidak keluar mengundi kerana pilih kasih jentera kerajaan

Polis, Tentara, JPA, Diskriminasi Pengundi Cina


LABIS 30 Jan. : DAP mendakwa terdapat diskriminasi dilakukan dalam pemberian bantuan pengundi untuk keluar mengundi di kawasan banjir dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Tenang.

Hal ini berikutan bantuan yang dihantar pasukan Polis, Tentera dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA) dihantar ke kawasan kampung dan FELDA.

Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau menganggap hal ini sebagai diskriminasi kerana kawasan Pekan Labis Tengah dan Labis Timur merupakan kawasan majoriti Cina yang dianggap penyokong kuat Pakatan Rakyat.

"Kita ada terima aduan pada tengah hari sebab mereka tak dapat keluar lepas itu kita sendiri hantar kereta untuk angkut pengundi ke pusat pembuangan undi. Tapi masalahnya banjir di beberapa pusat pembuangan undi di Labis Tengah dan Labis Timur tapi kita tak nampak ada kenderaan dari polis, bomba atau JPA tapi kita terima berita bahawa kenderaan kerajaan dihantar ke kawasan Felda dan kampung" ujar Boo.

Pilihan Raya Kecil Tenang berlangsung hari ini dalam keadaan sukar berikutan hujan lebat berterusan sejak seminggu mengakibatkan banjir di beberapa tempat di sini.

Dr Boo kesal dengan keadaan ini kerana kawasan ini mempunyai kira-kira 5 ribu pengundi dan hanya setengah dapat menunaikan tanggungjawab mereka.

Justeru Dr Boo yang juga ADUN Skudai meminta agar Suruhan Jaya Pilihan Raya melakukan sesuatu bagi membaiki keadaan ini.

"Kata nak 1 Malaysia tapi nampaknya ada diskriminasi di kawasan bandar sebab banjir di kawasan ini lagi teruk dari kawasan lain. Kami harap masa mengundi boleh ditangguh. Ini juga cadangan dari pihak PAS.

"Ini memang tak adil sebab cuma 50 peratus yang boleh mengundi di kawasan bandar, jadi untuk demokrasi dilakukan, satu pembetulan perlu dibuat," katanya kepada Tv Selangor.

5 comments:

joecharlie said...

bagus lah tu MANTAN (MUNDAAR MANDIR TANPA TUJUAN)CIKGI MALA memang BAWA MALA-PETAKA kat tenang banjir besor nah amek kau undi Lagi MALA-PETAKA hamPAS NI PRU 13 YA YA!jangan LUPA amek MC SEMUA hamPAS 21 HARI. CONTOH kemurungan TERBAIK KAN DAH ADA.

Anonymous said...

PUNDEK lu JOECHARLIE...
Tahniah BN menang...moga2 banyak tanah kat Tenang lak tersalah lelong...

Anonymous said...

Menang kotor , guna semua jentera kerajaan . Piraah Umno, menang betina

Anonymous said...

PAS For All...takebeer..!!!!

Anonymous said...

marah sangat la joecharlie , tak berani nak bubuh nama. bubuh anon ja la. Busuknya Umno , minum arak kuat hina takbir puji kebesaran Allah