Sunday, January 30, 2011

Umno Terengganu tetap bergolak walaupun buat perlantikan baru

Pelantikan baru tidak kukuhkan UMNO



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhN-BplTD689hRow3cSFWlcHaiGi-6r7g-IiUgeQTXLBk241QNlfe0isZqD-94vR_XwMYkN0JLugLR4Jib7OcbDoabsZDhC3lJsPCknyYStGcZEXMgA4vmvBfrhYBjE9fOAEJosrRtL4NXZ/s400/mnor+hamzah.jpgKUALA TERENGGANU, 31 Jan. : Pas tidak melihat pelantikan baru beberapa jawatan penting dalam Badan Perhubungan UMNO Terengganu akan memperkukuhkan kembali parti itu yang sebelum ini mengalami pergolakan dalaman.

Ketua Pemuda Pas Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata, pemilihan Ahmad Razif Abdul Rahman, Datuk Rosli Mat Hassan, Datuk Za’abar Mohd Adib dan Datuk Tengku Putera Tengku Awang tidak membawa perubahan.

Sebaliknya kata Mohd Nor, rombakan kecil itu akan menyebabkan luka dan pergolakan dalaman UMNO Terengganu lebih parah berikutan berlakunya politik cantas dalam memilih individu mengisi beberapa jawatan penting parti.

“Rombakan ini menggambarkan politik cantas dalam UMNO apabila menghilangnya muka orang yang mempunyai hubungan baik dengan bekas Menteri Besar dulu,” katanya kepada Sinar Ha-rian, di sini semalam.

Beliau berkata demi-kian mengulas pe-ngumuman pelantikan baru melibatkan beberapa jawatan penting dalam parti di peringkat negeri oleh Pengerusi Badan Perhubu-ngan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Pelantikan tersebut melibatkan jawatan Bendahari disandang Za’abar (sebelumnya Datuk Abdul Rahin Mohd Said) dan Ketua Penerangan dipegang oleh Ahmad Razif (sebelum ini Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek).

Jawatan Setiausaha masih kekal disandang oleh Tengku Putera yang juga Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu manakala Ketua UMNO Bahagian Dungun, Rosli pula dipilih mengisi jawatan baru iaitu pengarah strategi.

Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong mendakwa, beliau percaya pengisian jawatan itu bukan dibuat berdasarkan kebolehan individu sebaliknya kepentingan kroni semata-mata.

Sehubungan itu katanya, UMNO Terengganu tidak akan pulih daripada masalah yang mereka hadapi dan rombakan kecil itu langsung tidak membimbangkan Pas dalam usaha membentuk kerajaan di negeri ini pada pili-han raya akan datang.

“Sebaliknya ia memberi kelebihan dan lebih mudah untuk kita tawan semula Terengganu, peluang Pas di sini nampaknya sangat cerah, untuk kembali memerintah” katanya.SH

No comments: