Wednesday, February 23, 2011

Betul ka calon BN Kerdau tak lulus periksa, tidak ada angin masakan pokok bergoyang

Tok Nan melatah, nafi calon BN DUN Kerdau gagal Al-Azhar...petanda awal..!!

TEMERLOH, 24 Feb — Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob kesal dengan dakwaan PAS kononnya calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kerdau gagal menamatkan pengajiannya di Mesir.

Beliau berkata dakwaan itu tidak berasas kerana calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar dalam bidang Bahasa Arab.

“Kita lihat memang sudah menjadi budaya parti PAS yang suka memperlekeh dan merendah-rendahkan kebolehan orang lain.

“Fitnah yang mula disebarkan oleh PAS dan penyokongnya di sini menunjukkan mereka takut dengan kebolehan Syed Ibrahim dan sebab itu mereka awal-awal lagi cuba berbuat demikian bagi mempengaruhi pengundi,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian biasiswa Yayasan Pahang kepada pelajar cemerlang di DUN Kerdau di Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Sentang, dekat sini.

Dalam pada itu, Menteri Besar berkata jentera pilihan raya BN sentiasa diingatkan supaya bekerja kuat dan tidak mudah takbur sekalipun kawasan DUN itu merupakan kubu kuat BN.

DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, pada 12 Februari lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 26 Feb ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian pada 6 Mac.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi. — Bernama

No comments: