Friday, February 18, 2011

Isteri pesara polis buat 'projek' dengan Bangla pula

Isteri tipu suami buat maksiat

SUNGAI ULAR – Isteri kepada pesara polis ditangkap khalwat bersama seorang lelaki warga Bangladesh berusia 31 tahun di sebuah rumah kongsi dekat sini kira-kira jam 1.15 pagi kelmarin.

Ketika tangkapan dibuat, si perempuan hanya memakai baju kurung dan kain batik manakala lelaki itu berbaju kemeja T dan memakai kain pelikat.

Ketua Unit Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK), Azmi Rejab berkata, dari siasatan dijalankan, perempuan itu masih bergelar isteri dan mempunyai tiga anak.

Katanya, perempuan itu tinggal di Sungai Buloh, Selangor dan bekerja sebagai juruwang.

Menurutnya, PADK sampai di tempat kejadian dan membuat pemantauan serta mengepung rumah kongsi berkenaan sebelum serbuan dibuat.

Beliau berkata, penguat kuasa PADK kemudiannya memperkenalkan diri dan meminta pasangan itu membuka pintu dan apabila pemeriksaan dibuat, PADK mendapati ada seorang wanita di dalam bilik dan pasangan itu mengaku mereka tidak mempunyai hubungan mahram.

“PADK menerima maklumat daripada orang ramai mengenai kehadiran perempuan itu ke rumah kongsi berkenaan sebelum membuat serbuan. Perempuan yang masih berstatuskan isteri orang dan beranak tiga ini sudah lama berhubungan dengan lelaki warga Bangladesh ini. Dalam keterangan dibuat oleh perempuan itu ketika siasatan dijalankan mendapati dia berbohong kepada suaminya dengan menyatakan dia terpaksa pergi ke Pendang untuk mengikuti kursus penyediaan mi.

“Suaminya menghantar isterinya itu di hentian bas bagi tujuan berkenaan. Perempuan ini kemudiannya turun di stesen bas Kulim dan menghubungi lelaki terbabit dengan niat bermalam di rumah kekasihnya itu. Perempuan itu masuk ke rumah kongsi kekasihnya kira-kira jam 10 malam,” katanya.

Menurutnya, pasangan itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim dengan menaiki van PADK untuk membuat laporan tangkapan terhadap diri mereka.

Katanya, mereka akan disiasat mengikut Seksyen 9 (1) (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 kerana berkhalwat.

“Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman setahun penjara atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

“Selepas membuat laporan terhadap kedua-dua pasangan itu, mereka kemudiannya di tahan di lokap secara berasingan,” katanya.

Beliau berkata, mereka dibebaskan keesokan harinya setelah membayar wang jaminan diri RM1,000 setiap seorang.

“PADK akan mengarahkan pasangan itu hadir ke mahkamah untuk dibicarakan pada tarikh yang akan ditetapkan. Sekiranya ingkar berbuat demikian, waran tangkap akan dikeluarkan terhadap mereka,” katanya.SH

2 comments:

ALahaI sI LunCAi said...

INILAH PERJANJIAN PINTAR NEGERI PAKATAN.

PEREMPUAN DARI SELANGOR, JANTAN DARI KEDAH.

DI DEPAN USTAZ ZIZAN BERSATU JUA.

Anonymous said...

memang dari selangor dan kedah, tapi masalah dua2 tu ahli umno