Monday, February 28, 2011

PRK Merlimau : Umno silap besar pilih anak 'Mat Hantu'

Prk Merlimau : Pencalonan Roslan Satu Kesilapan Besar UMNO



Langkah UMNO BN meletakkan Roslan Ahmad sebagai calonnya untuk pilihanraya kecil N27 DUN Merlimau dilihat oleh ramai sebagai sesuatu yang amat silap dilakukan oleh Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam.

Ini kerana rakyat Merlimau telah "jelak" dan "jelek" dengan keluarga Datuk Ahmad Ithnin seolah-olah Merlimau ini hanya milik keluarga mereka. Ramai berpendapat akan berlaku faktor "protes" terhadap calon BN kerana tidak berpuashati dengan keputusan pucuk pimpnan UMNO yang mengekalkan sistem dinasti di Merlimau.


Ahmad Ithnin adalah merupakan bekas Ahli Parlimen Jasin (dahulu dikenali Melaka Utara) dan bekas Adun Sungai Rambai.

Roslan juga adalah anak saudara bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abu Zahar Isnin (adik Allahyarham Ahmad Ithnin). DUN Merlimau adalah pecahan daripada DUN Sungai Rambai ekoran persempadanan semula pada 1994.

"Tiada orang lain lagi ke?" tempelak seorang pengundi di DUN Merlimau.

"Asyik-asyik keluarga Mat Hantu," tambahnya, dengan menyebut nama panggilan Ahmad Ithnin sebagai "Mat Hantu" kerana kebanyakan orang Merlimau mengenali Ahmad Ithnin dengan panggilan sedemikian.

Roslan, sepatutnya menolak pencalonnya kerana mengetahui pencalonannya pasti menimbulkan kontroversi bukan sahaja di kalangan pengundi pembangkang malah pengundi BN sendiri.

Masyarakat bukan-Melayu turut "benci" kepada kelompok Mat Hantu yang bagi mereka menyifatkan keluarga tersebut telah berulang-kali jadi wakil rakyat di Merlimau dan hanya mengumpulkan kekayaan untuk kaum keluarga mereka.

Sementara itu, corak kempen UMNO BN yang melampau seperti pengedaran gambar-gambar lucah untuk menyerang PAS dilihat bakal menikam UMNO BN sendiri.

Ini kerana budaya orang Merlimau tidak semudah itu boleh dipengaruhi dengan dakyah kotor melalui penyebaran gambar-gambar lucah untuk memburukkan calon.

Beberapa risalah telah ditaburkan di kawasan pilihanraya DUN Merlimau yang memaparkan beberapa gambar lucah "superimposed" beberapa pemimpin wanita DAP dan PKR disamping wajah TG Nik Aziz yang ditampalkan secara biadab di kemaluan wanita.

"Sehina-hina orang Islam tak lakukan kerja sedemikian, tetapi UMNO BN sanggup melakukan apa saja tanpa memperdulikan batas-batas agama semata-mata untuk memenuhkan nafsu meluap mereka untuk pertahankan kuasa yang semakin mengecut," kata seorang pemimpin PAS Kawasan Jasin.

Sementara itu, laporan dari beberapa pemerhati politik menyatakan tidak mustahil akan berlaku kejutan di dalam pilihanraya kecil DUN Merlimau kali ini akibat kesilapan-kesilapan besar UMNO BN di dalam berkempen.

3 comments:

leekonyou said...

February 28, 2011Tergamak Nik Aziz Sembunyikan Fakta Ini?


Saya tertarik dengan sebuah rencana dari portal Agenda Daily yang ditulis oleh Helmy Hanafi berkenaan perbandingan kejayaan dan kegagalan antara kerajaan Melaka dengan Kelantan. Terkejut saya melihat fakta dan hakikat sebenar wajah Serambi Mekkah yang selama ini dilihat begitu indah pada pandangan mata. Rupa-rupanya slogan Membangun Bersama Islam yang dicanang oleh Nik Aziz tidak ubah sekadar pembohongan dan retorik politik yang sangat hanyir baunya - atau dengan kata yang lebih mudah - slogan Membangun Bersama Islam yang dipromosikan oleh PAS selama ini, sebenarnya hanyalah "ceramah agama", semata-mata . Baca artikel menarik di bawah:



JARANG-JARANG KETUA sebuah negeri hendak mengaku negerinya kalah dengan negeri lain. Tapi lain pulak cerita dengan Ketua Menteri melaka Datuk Seri Ali Rustam yang mengaku kalah satu perkara dengan Kelantan. Katanya, Melaka kalah dengan Kelantan dari segi gejala sosial, terutamanya yang berkaitan dengan mengandung luar nikah. Apa bukti? Menurut beliau, buktinya, di Sekolah Harapan yang didirikan oleh kerajaan Melaka ada enam orang kelantan berbanding hanya dua orang Melaka. “Bab itu Melaka kalah dengan Kelantan, dan saya mengaku,”katanya sambil senyum sinis semasa menghadiri program kesenian di rumah Penghulu Md Natar di Merlimau Pasir petang Ahad.

Sebab itu kata, Ali Rustam beliau ajak PAS debat mengenai Sekolah Harapan ini. “Saya dah ajak sebelum ini, tapi mereka diam, nanti selepas pilihanraya ini saya akan ajak lagi, kita debat terbuka pilih mana TV yang dia nak, TV3 boleh TV1 boleh, saya tak ada masalah,” katanya. Sekolah Harapan”, adalah sekolah khas untuk pelajar yang mengandung luar nikah dan dikelolakan di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Sekolah yang mendapat peruntukan RM500,000 setahun dari kerajaan negeri itu bagi membolehkan pelajar yang mengandung luar nikah meneruskan pengajian mereka dengan jagaan khas dan mengelakkan kes-kes pembuangan bayi.

18 kejayaan Melaka dan kegagalan Kelantan

Sebut bab Melaka gagal ini, ahli Dewan Negara asal Melaka Senator Akbar Ali ada pandangan lain, beliau dalam satu tulisan khas mendedahkan 18 perkara yang dijadikan perbandingan antara kejayaan Melaka dan kegagalan Kelantan. “Soal penagih dadah, sekali lagi kita kalah dengan Kelantan, berdasarkan statistik tahun 2009, bilangan penagih dadah di Melaka adalah 327 orang manakala Kelantan 1902 orang,”kata beliau. Menurut beliau semua sumber yang menjadi angkubah ini sahih kerana diambil dari sumber rasmi. “Kelantan bukan sahaja tercicir dari segi ekonomi, tetapi sebagai Serambi Mekah yang digahkan, ia terus bergelumang dengan kemelut gejala sosial,” katanya.

Antara yang diukur adalah kadar kemiskinan di mana 0.5 peratus berbanding Kelantan 4.8 peratus. Kadar pendapatan isi rumah, Melaka RM4,184 manakala Kelantan RM2,536. Hasil kutipan Kastam, Melaka RM1.6 bilion sedangkan Kelantan hanya RM37.3 juta. Selain itu, penceraian di kalangan umat Islam pula di Melaka 923 pasangan, di Kelantan 2,478 berdasarkan statistik tahun 2009. Keseluruhan jenayah tahun 2010 Melaka 5,967 berbanding Kelantan 7,900. Kelahiran anak tak sah taraf, Melaka 1,077, manakala Kelantan 1,221. Berdasarkan semua fakta itu, Akbar Ali, menyeru ahli PAS agar melakukan tranformasi kerana kata beliau, Allah SWT tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yang mengubahnya sendiri.

Sumber : Agenda Daily
Ditulis Oleh Muhammad Azli Shukri di 6:26 PM

Anonymous said...

hoi cina sonsang melayu umno, nak masuk komen panjang2 buat blog sendiri la.

data yang diberi dah disemak semua pembohong. jangan nak menipu la

Anonymous said...

Cisss ali ketam (bekas penyelia kemas) hang ingat hang bagus sgt ke? berapa pulak melaka hutang dgn pusat hang tak cerita pun.. kat bandar melaka tu hang boleh bilang berapa byk kedai batu org melayu melaka berniaga (adepun kedai MARA)kalau di bandingkan dgn kota bahru boleh bilang kedai cina..... mana ketuanan melayu yg hangpa banggakan..harta2 dibandar siapa punya..bukit pun cina punya patutlah umnoapco tak leh menang kat kwsn bandar melaka.. melayu berjiwa hamba bolehlah dibohongi...