Tuesday, February 15, 2011

Puak-puak Songkok Tiga Jengkal tak tahu malu buat akhbar palsu guna logo Kerajaan Selangor

Pemimpin UMNO didakwa jadi dalang

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/selangorkini_tiruan.jpgSHAH ALAM, 16 Feb. : Pemimpin UMNO didakwa menjadi dalang penerbitan akhbar palsu ‘Selangor Terkini’ yang menyerupai akhbar terbitan kerajaan negeri yang diedarkan di Lembah Klang sejak bulan lalu.

Ketua Wanita Keadilan Selangor, Haniza Mohamed Talha berkata, akhbar berkenaan dicetak menggunakan logo dan reka bentuk seperti akhbar ‘Selangor Kini yang diterbitkan Kerajaan negeri bertujuan mengelirukan rakyat di negeri ini.

“Kami mengecam perbuatan ini dan meminta pihak berkuasa segera mengambil tindakan kerana ia berniat jahat menghasut rakyat dan cuba menimbulkan kekacauan di kalangan masyarakat awam,” katanya dalam satu sidang media, semalam.

Beliau berkata, penerbitan akhbar itu menunjukkan parti itu terpaksa menipu untuk mendapat perhatian rakyat sedangkan selama ini mereka ada saluran media mereka sendiri.

“Akhbar ini menggunakan logo Kerajaan Negeri di muka depan sama seperti akbar Selangor Kini dan hanya membezakannya ialah logo 1Malaysia berada di belakang serta isi kandungan yang mengutuk kerajaan pakatan Rakyat di Selangor.

“Kami meminta orang ramai supaya tidak terpedaya dengan perbuatan tidak beretika ini kerana ia dibuat untuk mendapat publisiti murahan dan mengganggu gugat kerajaan negeri,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan berkata, berikutan tindakan tidak beretika itu, dua laporan polis telah dibuat melalui pejabat Menteri Besar minggu lalu dan Cabang Petaling Jaya Selatan, semalam.

Difahamkan, sebelum ini mereka mula mengedarkan akhbar palsu itu di Dewan Undangan Sri Muda dan beberapa kawasan lain dengan meletakkannya di masjid, surau, peti surat rumah penduduk.

“Kita mengajak rakyat mengutuk perbuatan terdesak UMNO yang menimbulkan kekecohan kerana khuatir dengan sokongan rakyat yang terhadap PR di Selangor,” katanya.

Selangor Kini, akhbar dua kali sebulan oleh Pakatan Rakyat (PR) negeri ini adalah bagi menyampaikan berita- berita perkembangan kerajaan negeri kepada rakyat Selangor.

Turut hadir ke sidang media itu ialah Ketua Penerangan Wanita Keadilan Selangor, Nor’ain Eusoof.SH

2 comments:

Anonymous said...

inilah ketuanan melayu umno didik pada bangsa melayu..termasuk songkok 3 jengkal.. fitnah itu wajib untuk kekal berkuasa

Anonymous said...

memang dah parti ketuanan melayu ni jenis munafik suka buat fitnah.. yang hairan ulama tua dan muda membisu aje tak pernah nak tegur langsung....Hanya melayu berjiwa HAMBA aje sokong anak syarikat APCO ni...