Sunday, February 20, 2011

Sepakat tumbangkan BN

NGO di Malaysia sepakat bersama PR jatuhkan BN dalam pilihanraya akan datang

Berpuluh-puluh NGO di Malaysia mencapai kata sepakat semalam untuk menjadikan agenda menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke 13 ini sebagai agenda bersama mereka.

Kata sepakat itu dicapai dalam pertemuan tertutup mereka di sebuah hotel dekat sini bersama para pemimpin Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan juga DAP.

PAS katanya diwakili oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, PKR oleh Setiausaha Agungnya, Saifudin Nasution Ismail manakala DAP diwakili oleh Ketua Pemudanya, Anthony Loke.

Menurut sumber, pertemuan tertutup itu dibuat atas jemputan Parti Sosialis Malaysia (PSM). Ia telah dihadiri oleh pelbagai NGO di Malaysia bagi membincangkan peranan Kuasa Ketiga (Third Force) dalam politik negara ini.

Sebelum ini, pelbagai pihak membincangkan peranan Kuasa Ketiga di samping BN dan Pakatan Rakyat dalam politik Malaysia.

Ia dipelopori oleh Raja Petra Kamarudin melalui laman webnya Malaysia Today bersama dengan apa yang dinamakan sebagai Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM)

MCLM telah dilancarkan oleh beliau dan rakan-rakannya pada 30 Oktober tahun lalu.

Menurut sumber, persidangan meja bulat semalam cuba membincangkan peranan Kuasa Ketiga.

Sumber itu berkata, selepas berbincang, mereka mencapai kata sepakat paranan mereka yang utama sebenarnya adalah menjatuhkan BN bukannya memecahkan Pakatan Rakyat.

Ini kerana, para NGO ini bimbang kalau-kalau kekeliruan berlaku di kalangan rakyat jika isu Kuasa Ketiga ini diperbesarkan sedangkan kewujudan kuasa atau pun power base mereka pun dipertikaikan. -HRKH

4 comments:

Anonymous said...

macam mat rempitlah PASni, asyik korner baring aje.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

Pas parti oportunis - Dr. M

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

HULU LANGAT 20 Feb. - Pendirian Pas yang mahu kembali mempertahankan hak orang Melayu meskipun selama ini menolak perjuangan berasaskan bangsa membuktikan parti itu adalah parti oportunis dan tidak ikhlas dalam perjuangan mereka.

... "Ini oportunis... Bila sedar mereka tidak lagi mendapat sokongan orang Melayu, dia (Pas) mahu balik kepada Melayu. Esok bila dah dapat sokongan orang Melayu, mereka balik kepada ideologi lama kononnya, perjuangan bangsa bukan perjuangan Islam.

... Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, Pas dan Nik Abdul Aziz langsung tidak mempunyai prinsip kerana sering kali berubah pendirian semata-mata untuk menjamin kelangsungan politik mereka selain sanggup memperalatkan agama.

Menurutnya, Pas bukan berjuang kerana Islam tetapi untuk memegang kuasa sehingga mereka sanggup mengeluarkan fatwa politik bahawa golongan yang menolak Pas adalah masyarakat jahiliah serta menolak Islam.

"Tolak Islam ini apa? Kalau anda tolak Islam anda jadi apa? Maksudnya samalah dengan mengkafirkan orang yang sokong UMNO walaupun Nik Abdul Aziz kata mana bukti dia mengkafirkan orang UMNO.

"Pas ini kalau boleh mereka nak kita mengucap tiga syahadah, baru Islam kerana syahadah yang diucapkan sekarang tidak cukup bagi mereka. Pertama mengakui Allah tuhan yang satu, Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah dan tambah yang ketiga iaitu hanya ahli Pas, Islam dan boleh masuk syurga," katanya menyindir.

.....

Anonymous said...

yang hang dok masuk berita utusan meloya ni buat apa, sapa yang nak percaya pembohong, putar belit punya berita

Anonymous said...

TUAN GURU PUKIMAK TERMASUK JUGA AHLI2 PAS SEMUA MACAM HARAM JADAH......

Anonymous said...

Anon umno nak marah sangat, maki orang macam tu. Tak da hujah tak perlu masuk berak rumah orang