Friday, February 4, 2011

Siasat polis tidak professional

AMK : KPN Perlu Siasat Kekerasan Lerai Demo Anti-Mubarak


KUALA LUMPUR 5 Feb.: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia mendesak Ketua Polis Negara untuk menyiasat pihak polis yang bertindak secara tidak professional menggunakan kekerasan dalam meleraikan Perhimpunan Anti-Mubarak, yang berarak daripada Masjid KLCC ke Kedutaan Amerika semalam,kata Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin.

AMK dalam satu kenyataan medianya kecewa terhadap tindakan yang diambil oleh pihak polis. Penahanan tujuh orang demonstran anti-Mubarak semalam adalah tidak professional.

"Kekasaran dan penahanan ini memperlihatkan bahawa kerajaan kita pada hari ini mengambil pendirian Pro-Mubarak. Sikap tidak professional ini juga membuktikan bahawa kerajaan tidak pernah mengambil iktibar daripada kebangkitan rakyat di Mesir," tegas Shamsul.

Oleh yang sedemikian, AMK Malaysia berpendirian bahawa mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Malaysia khususnya pihak polis dalam demonstrasi Anti-Mubarak.

"Kerajaan sama sekali tidak menghormati hak dan kebebasan rakyat untuk berhimpun dan menyatakan sokongan kepada rakyat Mesir," kata Shamsul.

No comments: