Wednesday, March 23, 2011

Laporan dah dibuat tapi tiada pun tindakan terhadap Trio Datuk 'T'

Datuk T: Lagi pelbagai pihak, Ahli Parlimen KEADILAN lapor polis

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak termasuk beberapa Ahli Parlimen dari KEADILAN hari ini membuat laporan polis terhadap ‘Datuk T’ – Rahim Tamby Chik, Shuib Lazim dan Shazryl Eskay berhubung penayangan video lucah pada 11.30 pagi ini.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail; Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam Kdan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh dijangka berbuat demikian di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi jam 11.30 pagi.

Gerakan Anti Pendakwaan Terpilih (Gapet), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) juga dijangka membuat laporan polis berkaitan isu sama di IPD Dang Wangi sekitar jam 12.

Organisasi lain termasuk Angkatan Muda KEADILAN (AMK) di beberapa cabang seluruh negara turut membuat laporan polis dalam isu sama.
Video seks ditayangkan di Carcosa isnin lalu, kononnya melibatkan pelakuan seks Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, hal itu terbongkar apabila bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik yang sebelum ini terpalit dengan skandal rogol gadis bawah umur, mengakui menjadi dalang video berkenaan manakala Datuk Eskay Shazril Abdullah ‘melakonkan’ watak Anwar.

Menggunakan video itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul pula dipujuk meninggalkan KEADILAN, malah dijanjikan untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

No comments: