Wednesday, March 23, 2011

Mana pergi RM 12.5 bilion duit rakyat?

Menteri Pengangkutan Perlu Jelaskan Kemana Perginya RM12.5 Bilion Dari PKFZ

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiwU2eO815WqgLMLvTmHxHqO9OMrFeUoisHEiNjtz7vdfkzJ83bwcNTHifnnnNvGLel3domAb-PC5no5buj3KhnXl63DAxdenp-uI9Iaff_wvslvKsbPXFjXM4EKETlM9NGRMQ3RAc2h0M/s1600/malaysia-biggest-scandal-pkpz.jpgKUALA LUMPUR 24 MAC: Kerajaan Umno-BN melalui Menteri Pengangkutan perlu jelaskan kehilangan dana kerajaan sebanyak RM12.5 bilion yang dibazirkan dalam projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam sidang media di Parlimen semalam berkata, walaupun kerajaan kini telah mendakwa beberapa orang kenamaan berkenaan terlibat dalam penyelewengan PKFZ, tetapi masih membisu apabila ditanyakan perkara-perkara kritikal lain berkenaan projek tersebut.

"Pertama, walaupun Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (PKA), Datuk Lee Hwa Beng telah menyarankan agar kesemua bekas ahli lembaga pengarah PKA didakwa atas kesalahan mengabaikan serta melanggar tugas rasmi tetapi Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha didapati menyekat tindakan diambil terhadap mereka," jelas beliau.

Pua berkata, tindakan Kong Cho Ha seolah-olah dilakukan secara sengaja agar kesemua bekas ahli lembaga pengarah dapat melepaskan diri dari diambil tindakan undang-undang ke atas mereka mengikut peruntukan Akta Limitasi yang memberi imuniti kepada pegawai dari badan statutori daripada diambil tindakan undang-undang akibat kejatuhan ekonomi selepas enam tahun.

Menurut Pua, tempoh enam tahun akan tamat bagi Kong pada 31 Mac, 2011 iaitu hanya seminggu lagi.

"Kegagalan untuk mendakwa bekas ahli lembaga pengarah PKA hanya akan memberikan gambaran bahawa kerajaan Umno-BN sememangnya berniat tidak mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli lembaga pengarah syarikat berkait kerajaan (GLC) atas kecuaian mereka," tegas beliau.

Jelas Pua , laporan akhbar The Sun baru-baru ini yang menyatakan ahli lembaga pengarah PKA akan disertai oleh beberapa pemain industri seperti wakil terminal pelabuhan, agensi logistik dan perkapalan amat membimbangkan kerana pihak berkepentingan boleh mempergunakan PKA untuk kepentingan mereka sendiri seperti menaikkan tarif pelabuhan.

Tambah Pua, bagi menangani kemelut PKFZ yang semakin meruncing, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menubuhkan satu pasukan gerak kerja pada September 2009 yang terdiri daripada Setiausaha Agung Perbendaharaan Negara, Peguam Negara serta beberapa pegawai daripada Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Kewangan bagi menyiasat tiga perkara utama iaiu, penyalahgunaan kuasa dan kedudukan, tata kekola yang baik dan keadaan kewangan projek PKFZ.

"Malangnya setelah 18 tahun, pasukan ini gagal memberikan maklumbalas yang meyakinkan. Tambahan pula, kerajaan sehingga hari ini tidak langsung memberikan apa-apa perancangan terperinci bagaimana kos RM12.5 Bilion untuk PKFZ dapat dijana semula? Sehingga hari ini, projek PKFZ amat lembap dan hanya dapat menjana RM20 juta setahun, berbanding pinjaman RM180 juta setahun yang perlu dibayar balik, tambahan pula dengan baki pinjaman sebanyak RM4.6 Bilion yang juga perlu dibayar," kata beliau lagi.

No comments: