Sunday, March 6, 2011

Orang Penan nak melawat Selangor pun tak boleh

MB pertahan tindakan isu MBI

http://www.selangorkini.com.my/my/wp-content/uploads/2010/10/Tan-Sri-Abdul-Khalid-Ibrahim.pngSHAH ALAM - “Adakah salah saya membayar tetamu saya dari Sabah dan Sarawak; teman-teman dari Puak Penan, Orang laut dan Murut yang mahu melihat sendiri bagaimana Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mentadbir Selangor,” tegas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor,Datuk Seri Noh Omar bahawa Kerajaan Negeri menyeleweng wang rakyat untuk tujuan parti.

Noh ketika mendedahkan perkara itu berkata, Kerajaan Negeri mengarahkan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) membayar RM80,500 untuk penginapan perwakilan PKR pada kongres parti itu tahun lalu.

Susulan daripada pendedahan itu, Pemuda UMNO Selangor dan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat penyelewengan Kerajaan Negeri itu.

Abdul Khalid ketika melancarkan Buku Jingga dan Sambutan Tiga Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor di Stadium Malawati malam tadi berkata, tetamu Kerajaan Negeri itu juga mahu melihat pentadbiran adil dan telus yang dipraktikkan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.

“Kenapa Kerajaan Pusat tidak mahu saya menerima orang Penan dari berkunjung ke sini? Adakah mereka takut kerana pilihan raya Sarawak akan berlangsung tidak lama lagi?

“Saya hairan kenapa Pusat tidak sanggup terima orang Penan untuk berkunjung ke Kuala Lumpur, Putrajaya untuk melihat kemajuan di sana. adakah mereka tahu pilihan raya Sarawak akan buka mata orang Penan,” katanya.

Abdul Khalid mendakwa, SPRM telah digunakan untuk menghalang beliau daripada melaksanakan tanggungjawab sosial beliau sebagai Menteri Besar dan menggunakan undang-undang untuk menyekat demokrasi.

Mengenai Buku Jingga yang dilancarkan itu, Abdul Khalid berkata, ia adalah janji PR untuk melaksanakan program 100 hari apabila menerajui pentadbiran negara kelak.

Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw dan Exco Kerajaan Negeri.

2 comments:

Anonymous said...

memang tak salah,tapi dana yang diguna pakai bukan duit kau wahai khalid yang bingong.

Anonymous said...

ada bukti ka anon pencacai UMNO