Sunday, March 6, 2011

PAS tak hairan , biasa dengan kekalahan

Walaupun kalah, PAS tetap optimis

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMRio211ngdtaBcbC74M9X9wXf1AFtpfYmfNW8xTGZ2OJAxWVZJrKTHO8zYgPvUVhs77ARHQKjKC6KU8Q9LjYcrfOtUK1uGkQeT3l4Evs5Wz03qucZechjTmbYEBTUfkFw4S6vPeoDGsxY/s320/bendera+pas+berkibar.JPGTEMERLOH, 7 Mac: Walaupun kalah, PAS dan Pakatan Rakyat tetap optimis mampu memenangi Dun Kerdau dalam Pilihan raya Umum ke-13 yang akan datang.

"PAS menganggap ruang kempen seminggu adalah taburan benih-benih untuk ia hidup subur pada masa akan datang, insya Allah," kata Pengarah Pilihan raya PAS PRK Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, malam tadi.

Katanya, penyertaan PAS kali ini juga telah berjaya membongkar kelemahan pengurusan pentadbir dan pengabaian pembangunan di Kerdau.

"Felda juga menikmati duit SES yang dijanjikan sebanyak RM13,000, serta MPOB sebanyak RM4,000 dan berharap ia akan menjadi tuntutan semua Felda di seluruh negara," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Menurutnya, Unit Peti Undi di Felda Jengka 22, 23 dan 25 memperolehi sedikit peningkatan undi berbanding PRU ke-12, walaupun cuba disogok dengan pelbagai janji oleh Barisan Nasional.

Di samping itu, ujarnya PAS turut merakamkan kekecewaannya terhadap kegagalan SPR menguatkuasakan seluruh peruntukan yang ada sehingga berleluasanya amalan rasuah, pembelian undi, penggunaan jentera kerajaan, penggunaan kemudahan awam dan ugutan dalam PRK kali ini.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mengakui bahawa PAS bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan jentera BN, tetapi turut berhadapan dengan jentera kerajaan yang digunakan secara berleluasa.

"PRK kali ini juga telah berjaya memperkukuhkan hubungan antara anggota Pakatan Rakyat yang diterjemahkan di dalam pelbagai program bersama," tambahnya.

Sementara itu calon PAS, Hassanuddin Salim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada jentera PAS, DAP dan PKR yang bertungkus-lumus membantu dalam gerak kerja pilihan raya kecil kali ini.

Beliau memperolehi 2,336 undi berbanding calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad yang mendapat 5,060 undi sementara jumlah undi rosak sebanyak 90.

Sementara itu di Merlimau, calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Yuhaizad Abdullah mendapat 2,319 undi berbanding calon BN, Roslan Ahmad yang memperolehi 5,962 undi dengan jumlah undi rosak sebanyak 130 undi.

No comments: