Tuesday, March 1, 2011

Setiap kali pilihanraya kecil, pemimpin Umno datang naik helikopter tabur janji juta-juta

Prk Kerdau : Jangan terpedaya janji Perdana Menteri

PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hasan Tantawi meminta pengundi Kerdau tidak terpedaya dengan janji-janji pembangunan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Bila ada pilihan raya mereka datang dengan helikopter, tabur janji pembangunan bernilai berpuluh juta dan ratusan juta.

“Adakah janji-janji ini boleh mempengaruhi rakyat Kerdau? Jawabannya mungkin sebahagiannya boleh terpengaruh.

“Rakyat Kerdau sudah lama menanti pembangunan kerana diabaikan oleh BN (Barisan Nasional). Rakyat bergantung kepada kerajaan negeri dan mereka seronok apabila janji dibuat oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

“Di Manek Urai, di Galas mereka juga berjanji. Apa jadi dengan janji jambatan di Manek Urai?,” tanya Nasaruddin.

Beliau merujuk kepada lawatan Najib dan Muhyiddin berkempen membantu calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad menghadapi calon PAS Hasanuddin Salim dalam pilihan raya kecil Kerdau ini.

Najib melawat kawasan Felda di Kerdau Ahad lalu, manakala Muhyiddin akan mengadakan perjumpaan dengan guru di Kerdau hari ini.

Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 12 Februari lalu akibat serangan jantung.

Ada projek tidak dilaksanakan

Nasaruddin menambah, rakyat Kerdau tahu ada projek di tempat mereka sehingga sekarang tidak dilaksanakan walaupun BN berjanji setiap kali pilihan raya.

“Jadi….. perlukah rakyat Kerdau terpedaya sekali lagi?” katanya.

Beliau berkata, pelakon Bob Lokman kini menjadi permata baru bagi PAS untuk mendapatkan sokongan di kalangan pengundi muda. Pemuda PAS mengatur dua hari program untuk Bob Lokman berkempen di Kerdau.

“Beliau ada peminat sendiri dan beliau juga menunjukkan kesungguhan membantu PAS memenangi pilihan raya kecil ini,” katanya.

Bob Lokman menyertai PAS minggu lalu setelah menyerahkan borang kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

4 comments:

Anonymous said...

FELDA ATAU LKTP SAMA AJE .... FELDA = LKTP (LANGKAH KERAJAAN TIPU PENEROKA) JANGAN TAK TAU.. MASA PRK ULU SELANGOR JANJI2 KPD FELDA SG BUAYA MASIH BELUM DI TUNAIKAN JUGA DI TENANG JANJI LAGI. AWAS DI JENGKA DAH JANJI PUN... JGN LAH PENEROKA TERTIPU LAGI .. PRK KERDAU JGN SMPI PENEROKA DI KENCING 2X......INGAT HANYA MELAYU BERJIWA HAMBA AJE SOKONG UMNOAPCO...

Anonymous said...

Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hasan Tantawi NI DULU MEREMPAT KAT FELDA PADANG PIOL, SEKARANG NI DOK CAKAP KERAJAAN MENIPU RAKYAT, DENGAN JANJI2 KOSONG SEDAR LA DIRI TU.....HAMPAS HOOOOI... BANGGANG BETUL LA PARTI PAS NI MACAM BABI.....

Anonymous said...

Anon umno tak da hujah maki, itu ya hujah puak-puak ni.

Anonymous said...

Gini ! minta SPR adakan Zon larangan terbang dikawasan Pilihanraya , macam diLibya sekarang . Kalu nama helikopter tembak saja kecuali yang bawa undi POS hantu....