Sunday, April 17, 2011

"Harga diri masyarakat miskin ini sedalam saku mereka" - Presiden PRS / BN

BEBAS Menang Kerana Banyak WANG Berbanding Kami' : Presiden PRS


KUCHING: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) James Masing tidak sekadar merasa merasa pahit, tetapi juga sangat menyakitkan apabila mereka kehilangan kerusi Pelagus kepada calon bebas George Lagong.

Lagong mengalahkan calon PRS Stanley Nyitar dengan majoriti yang sangat selesa 2,837 undi apabila beliau mendapat 5,740 undi berbanding 2,903 undi yang diperolehi Stanley.


Calon PKR, Edward Sumbang Asun, berjaya mendapat 1,171 undi.


Kawasan pilihanraya di situ mempunyai 15,323 pengundi yang terdiri daripada 11,979 Iban, 2,359 Cina dan 901 Melayu/Melanau dan lain-lain kaum.


PRS bertanding di sembilan kerusi dan memenangi lapan daripadanya, menjadikannya parti kedua terbesar selepas PBB yang mempunyai 35 kerusi di dewan undangan negeri.


Ketika diminta untuk mengulas kekalahan kerusi Pelagus, Masing berkata:
"Sekarang barulah saya sedar hakikat kehidupan ini sungguh kejam.

"Harga diri masyarakat miskin ini sedalam saku mereka. Hal ini paling jelas dalam politik, "
katanya, merujuk kepada sejumlah besar wang yang telah mempengaruhi pola pengundian di kawasan luar bandar ini.

Bagaimanapun , dia enggan mengatakan samada partinya disabotaj atau tidak.


"Saya tidak menyedari hal itu belum ini. Di Ngemah, saya mendapat sokongan penuh daripada semua parti BN.


"Di Pelagus kita kekurangan sumber yang diperlukan ketika pertandingan. Jika tidak kami akan menyapu bersih,"
katanya, merujuk kepada Larry Sng dan pengaruh ayahnya Sng Chee Hua yang tidak membantu BN di Pelagus.

Peranan Sng


Larry Sng, bekas penyandang kerusi disitu, telah dipecat dari parti dan terus tidak berparti itu telah digugurkan daripada bertanding di dalam pilihanraya negeri kali ini.


Dia berkeras mahu bertanding sebagai calon BN di situ, tetapi ditolak keras oleh PRS. Masing juga harus ingat bahawa George Lagong mempunyai pertalian darah dengan Sng.


Ketika ini spekulasi sedang meluas mengatakan Masing akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri di dalam kabinet Taib selepas kekalahan Presiden SUPP George Chan di Piasau.


SUPP yang mempunyai 12 kerusi sebelum pilihanraya negeri, kini hanya mempunyai enam kerusi - dua wakil Cina dan empat wakil Dayak.


"Nampaknya parti Cina itu kini diwakili lebih ramai daripada wakil Dayak dan mereka seharusnya menuntut lebih kedudukan mereka di dalam SUPP dan sebagainya,"
kata seorang bekas pemimpin.


Sumber : FMT

No comments: