Sunday, April 10, 2011

Penyangak di Bumi Sarawak menekan rakyat

Kisah masyarakat Orang Asal seperti pengalaman pahit Minggat Anak Nyakin dan anak lelakinya Juan Anak Minggat dalam mempertahankan tanah adat milik mereka telah meyakinkan banyak pihak bahawa penggunaan samseng dan kekerasan adalah suatu instrumen dasar yang digunakan oleh Kerajaan BN, yang menaja syarikat-syarikat pembalakan.

Biarpun samseng dan kekerasan amat berleluasa di negeri Sarawak, tetapi Kerajaan Negeri Sarawak pimpinan Taib Mahmud berpura-pura menganggap kejadian ini terpencil dan luar biasa.

Begitu juga, meskipun laporan pertubuhan bukan kerajaan yang berpangkalan di Switzerland, Tabung Bruno Manser (BMF) telah mengeluarkan senarai 49 firma di empat benua di seluruh dunia yang didakwanya berkaitan dengan Taib Mahmud dan keluarganya, dan pendedahan satu per satu dilaporkan dalam Sarawak Report berhubung skandal yang melibatkan Taib Mahmud, Kerajaan BN pimpinan Najib Razak juga berpura-pura menganggap tidak perlu diambil tindakan.


PEMERINTAHAN PENYANGAK DI BUMI SARAWAK

Gambar-gambar Minggat Anak Nyakin dan anak lelakinya Juan Anak Minggat yang sungguh memilukan umum di seluruh dunia telah menceritakan sendiri tentang masalah-masalah di Sarawak. Kedua-dua anak beranak ini telah dicederakan dengan teruknya pada malam 14 Februari 2011 oleh para pembalak, yang telah mencerobohi hutan di tanah hak adat mereka.

Minggat telah ditinggalkan nyawa-nyawa ikan di anak-anak tangga pejabat pengurus syarikat dan kini menunggu masa untuk pulih sepenuhnya bagi membolehkan beliau menceritakan kejadian yang menimpanya, manakala anaknya pula berjaya merangkak untuk melarikan diri di dalam malam yang gelap, untuk mendaptkan bantuan kaum keluarganya di rumah panjang.

Nasib masih menyebelahi mereka kerana kedua-dua mangsa berkenaan sedang dirawat di hospital di bawah kawalan rapi polis, kerana mereka direman atas kejadian itu. Sementara itu, tiada sebarang siasatan atau tangkapan dilakukan ke atas para penyerang mereka, walaupun ibu pejabat mereka di Sungai Rusa dikenali ramai.

Sebelum itu, Minggat dan keluarganya pernah membuat banyak laporan polis beberapa tahun yang lalu mengenai pembalakan haram yang dijalankan di kawasan mereka tetapi polis tetap berdiam diri.

Hak-hak Orang Asal tidak dihiraukan oleh pihak-pihak yang berwibawa

Ketidakadilan yang dialami oleh Minggat dan keluarganya adalah perlakuan pihak-pihak yang memerintah. Isteri Minggat, Jelembai, yang mengatakan bahawa suaminya mempunyai peluang yang tipis untuk pulih sepenuhnya, telah memberikan keterangan kepada Radio Free Sarawak dalam temubual eksklusif:

“Semua orang kini gentar menghadapi samseng-samseng ini”

Menurut Jelembai, suaminya pernah beberapa kali membuat laporan mengenai pembalakan haram itu kepada pihak-pihak polis, Jabatan Tanah dan Survei dan Jabatan Kerja Raya, dan sehingga bulan Disember tahun lalu, di mana dia mengadu bahawa kawasan-kawasan huma dan denai-denai ke dusun mereka dirosakkan oleh para penceroboh itu.

Namun, pihak-pihak tempat mereka mengadu itu langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi untuk mengambil apa-apa tindakan ke atas samseng-samseng yang mengasari dan juga mencerobohi kawasan komuniti Iban itu.

Setelah tidak tahan lagi dengan pencerobohan yang berterusan ke atas tanah NCR mereka di Sungai Rusa dan Sungai Kuba (Kiba), kedua-dua beranak berkenaan telah memutuskan untuk berjumpa pihak pengurusan syarikat pembalakan pada petang 14 Februari.

Mereka berharap dapat merundingkan sebarang pampasan-pampasan dari pihak syarikat. Namun tujuan mereka ke pejabat syarikat berkenaan telah mendedahkan mereka kepada serangan.

Kegagalan pihak polis

Jika pihak polis ingin memelihara keamanan, mereka seharusnya telah bertindak dan mengambil inisiatif untuk mengadakan lawatan ke kem pembalakan berkenaan, dan seterusnya mengadakan perbincangan dengan pihak syarikat. Namun, memandangkan pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan untuk membantu komuniti, kedua-dua Minggat dan anaknya telah mengambil keputusan untuk menghadapi para pembalak itu.

Serangan yang telah dikenakan ke atas kedua-dua Minggat dan Juan telah menunjukkan betapa yakinnya syarikat-syarikat pembalakan bahawa kegiatan pembalakan haram mereka tidak dapat dihentikan oleh sesiapa.

Para samseng ini merupakan penguatkuasa kepada dasar Taib untuk merampas hak-hak orang tempatan, dan pihak polis dan pihak-pihak berwibawa yang lain kini tahu bahawa pemeliharaan undang-undang bukanlah tanggunjawab mereka lagi.

Pemerintahan gerombolan penyangak

Sarawak Report kini telah percaya bahawa penggunaan samseng dan kekerasan adalah suatu instrumen dasar yang digunakan oleh Kerajaan BN, yang menaja syarikat-syarikat pembalakan. Samseng dan kekerasan amat berleluasa di negeri Sarawak, dan BN tidak boleh berpura-pura menganggap kejadian ini terpencil dan luar biasa.

Hanya pada hujung minggu lalu sebuah kejadian yang menakutkan telah dialami oleh penduduk-penduduk Rumah Ranggong, di mana terdapat segerombolan samseng yang diangkut menggunakan dua buah bas telah diletakkan dalam keadaan berkawal di hadapan rumah-rumah panjang berkenaan.

Para penduduk percaya bahawa samseng-samseng itu telah diupah oleh syarikat Niamas Istimewa Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat BLD Resources, yang membalak di kawasan berkenaan untuk menakut-nakutkan para penduduk di situ. Pada kejadian ini pihak polis telah mengadakan lawatan ke tempat kejadian, dan kedua-dua pihak telah berada jauh di antara satu sama lain.

Tetapi kenapakah samseng-samseng yang bersenjata itu tidak dihantar balik ke Sibu, dan syarikat pembalakan penaung mereka tidak disiasat? Ini kerana selama bertahun-tahun lamanya orang-orang seperti ini telah digunakan oleh Taib Mahmud untuk melakukan kerja-kerja kotor di seluruh bumi Sarawak.

Misi mereka hanyalah untuk menimbulkan rasa takut di kalangan orang-orang tempatan dan empunya tanah-tanah NCR supaya kroni-kroni Taib dapat membalak dan menjual kayu-kayu bernilai tinggi untuk membolehkannya dan juga keluarganya bertambah kaya.

Kini kekerasan yang mereka lakukan telahpun dirakamkan, dan taktik-taktik sedemikian tidak dapat mereka lakukan secara tersembunyi.

Akhirnya mereka membalas serangan

Pada bulan lepas sebuah perkampungan telah diberikan amaran menerusi telefon bimbit bahawa segerombolan samseng 20 orang telah dihantar untuk menakut-nakutkan komuniti di situ, dan dengan panggilan-panggilan telefon komuniti di situ berjaya mendapat sokongan seramai 500 orang kampung untuk mengelilingi dan menangkap para penceroboh mereka itu. Kes-kes seperti inilah yang ditentang hebat di mahkamah dengan bantuan ketua pembangkang PKR, peguam hak asasi orang asal Baru Bian dan rakan-rakan peguam hak asasi kemanusiaannya.

Dan pada hari juga sebuah lagi kes tanah NCR telah yang menang menentang Kerajaan Negeri di mahkamah Kuching dan jumlah pampasan yang besar dijangka akan dituntut daripada syarikat pembalakan yang terbabit. Masa berlalu begitu pantas untuk Abdul Taib Mahmud.


Sarawak Report

1 comment:

Anonymous said...

MEMANG PATUT RAKYAT SARAWAK TUMBANGKAN TAIK MAHMUD DAN KRONINYA... APE PDRM BUAT.. WAHAI IGP TAK NAMPAK KE KEKEJAMAN SAMSENG SARAWAK NI..... JATUHKAN REGIM TOK UBAN NI...