Tuesday, April 26, 2011

Selepas ini tak mustahil DNA Anwar dijumpai pula dalam kemaluan pelacur cina video seks atau sesiapa sahaja ?

Isu Sperma Hanya Mainan Umno, Kata Anwar

Kindle Wireless Reading  Device, Wi-Fi, Graphite, 6" Display with New E Ink Pearl  TechnologyKetua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tetap mempertahankan pendiriannya berhubung jangka hayat sperma yang didakwa ditemui di bahagian dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Katanya, fakta saintifik membuktikan bahawa spesimen yang didakwa sperma itu tidak dapat hidup lebih daripada 72 jam walaupun disimpan di dalam peti sejuk.


Namun begitu pendakwaraya mengenepikan fakta tersebut dalam mahkamah agar hakim memberi tumpuan kepada tuduhan perlakuan liwat yang dianggap tidak wujud sama sekali.

"Sementara ini nampaknya pendakwa menjadi alat politik Umno. Memainkan isu sperma (air mani) walaupun keterangan dalam mahkamah terbukti yang dikatakan mani itu, 96 jam tidak berada dalam peti sejuk dan dalam mana-mana dokumen sains tidak boleh bertahan. Tapi semua itu dipadamkan supaya jadi isu politik murahan," jelas Anwar


Bercakap kepada pemberita selepas selesai menghadiri sesi penghujahan kes fitnah kedua hari ini, Anwar menjelaskan sperma yang ditemui pada Saiful 26 Jun 2008 hanya diserahkan kepada Jabatan Kimia Malaysia empat hari kemudian iaitu pada 30 Jun tahun yang sama.

Justeru beliau menyifatkan tindakan mengaitkan dirinya dengan "Lelaki Y" seperti yang diberitahu pendakwa semalam merupakan cara untuk Perdana Menteri Najib Razak dan Umno-Barisan Nasional (BN) mempertahankan kedudukan mereka.

Anwar seterusnya mengingatkan agar Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah tidak tunduk kepada tekanan politik sekaligus mampu mengabaikan fakta dan undang-undang semata-mata untuk menamatkan karier politik beliau.

"Tapi perkara ini diketepikan sama sekali dan saya harap ianya tidak diketepikan oleh undang-undang dan fakta oleh hakim. Namun setakat yang saya faham Umno hanya boleh bertahan dengan menggunakan media mereka untuk memburukkan tanpa mengambil kira etika, moraliti, fakta atau undang-undang," katanya lagi.

Hakim Zabidin menetapkan 16 Mei sebagai tarikh penentuan sama ada Anwar harus dipanggil untuk membela diri atau membebaskan beliau daripada tuduhan liwat yang dikenakan terhadapnya.


Ketua Pembangkang itu dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Peguam Karpal Singh dalam hujahnya semalam berkata pendakwaraya gagal membuktikan wujudnya kes terhadap Anwar memandangkan terdapat banyak keraguan yang ditimbulkan berdasarkan keterangan saksi dan bahan bukti.

3 comments:

Hamdan Rukun said...

HANGPA YANG MENULIS NI TAU KE BEZA ANTARA SPERMA DENGAN DNA ? SAPA PULAK YANG DOK PERTIKAI SOAL SPERMA ?

MAHKAMAH MENDAPATI ADA DNA LELAKI Y DAN LELAKI Y ITU KEMUDIANNYA DIAPATI NUAR BRAHIM. HIDUP MATI SPERMA SOAL LAIN, BUKANNYA NAK BUAT ANAK >

gelihati said...

Itulah pasalnya.Terpinga2 aku tengok anuwar cuba spin isu DNA airmaninya.

Sperma memang akan mati lepas lebih 90 jam tapi DNAnya tidak.DNA boleh bertahan untuk masa yg sangat2 lama.

Nak tergelak aku,yg mati tu 'berudu2' sperma tu,itu bukannya DNA,berudu2 tu perlu hidup kalau bang nuwar nak bagi psangannya mengandung heheh

Anonymous said...

"Selepas ini tak mustahil DNA Anwar dijumpai pula dalam kemaluan pelacur cina video seks atau sesiapa sahaja ?"
boleh saja letak kat sapa2, malu arr kat belum islam dok baca fitnah nie..