Saturday, May 28, 2011

Tarik diri bukti Azizan utamakan rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhHODbl39LFj9OzkZxp0zIH_3mYSUnxTmoVuK6rJWj1nFj27_tnmosjGELmdGnYwKel_ZeuMY0onY8sN6B4Hw-yJfJ5tsWLI1Bj9gBjjvtzG06_TRMBygiwox9FpZRDOxpxYOzecWSYrs8/s320/Ustaz+Ahmad+Yahya+2.jpgALOR SETAR - Keputusan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menarik diri daripada pertandingan jawatan Timbalan Presiden Pas bagi menumpukan perhatian terhadap pentadbiran negeri membuktikan beliau pemimpin mengutamakan rakyat.

Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Yahaya berkata, pihaknya menghormati keputusan Azizan menarik diri daripada jawatan terbabit dan alasan yang diberikan, bagaimanapun kagum dengan sikap beliau yang mengetepikan kepentingan parti demi kepentingan rakyat.

Menurutnya, rakyat Kedah patut berbangga dengan keputusan Azizan dan perkara ini tidak akan berlaku di parti-parti pembangkang di mana perebutan jawatan dan usaha lobi-melobi merupakan perkara wajib sewaktu pemilihan parti diadakan.

“Saya lihat perkara ini baik untuk masa depan rakyat Kedah kerana ianya membuktikan Azizan sudah bersedia untuk memberikan komitmen sepenuhnya kepada rakyat.

“Dari satu sudut lain, ia menunjukkan Pas tidak ketandusan pemimpin berkualiti kerana ramai lagi tokoh-tokoh parti yang mampu menggalas tanggungjawab berat itu,” katanya.SH

No comments: