Wednesday, June 15, 2011

Khir Toyo arah bohong kerana UMNO memang pembohong




SHAH ALAM 15 JUN : Pengarah Ditamas Sdn Bhd (Ditamas), Datuk Shamsuddin Hayroni mengaku berbohong kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM) atas arahan Dr Mohd Khir Toyo bersabit penjualan dua lot tanah di bawah harga pasaran kepada bekas menteri besar selangor.

Shamsuddin memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam berkata beliau hanya menukar keterangannya kepada SPRM 7 Jun lalu kerana ingin menceritakan perkara yang benar.

Keterangan terbaru Shamsuddin kepada SPRM dibuat selepas badan itu menggugurkan tuduhan beliau bersubahat dengan Khir Toyo dalam melakukan jenayah itu.

Shamsudin ketika menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwaraya, menyatakan dia menyedari terdapat beberapa keterangan diberikan pada 2009 lalu yang tidak benar dan perlu dibetulkan.

Antara keterangan berbeza adalah Shamsuddin melantik kontraktor, Nasir Ismail bagi kerja pengubahsuaian banglo mewah itu (2009). Samsuddin berkata sebenarnya Khir Toyo yang melantik Nasir bagi kerja berkenaan.

Beliau juga menjelaskan Khir meminta beliau memberitahu SPRM bahawa beliau menjual lot banglo itu di bawah harga pasaran kerana menghadapi masalah kewangan dan bukan atas tuntutan bekas menteri besar selangor itu.

Shamsuddin memberitahu mahkamah semalam bahawa beliau menunaikan permintaan Khir mmbeli dua lot itu kerana bimbang projek-projeknya di Selangor akan terjejas jika beliau engkar.

Justeru Shamsuddin tidak ada pilihan selain menjual dua lot itu untuk RM3.5juta sungguhpun harga pasaran adalah lebih RM6juta.

Shamsudin menolak andaian peguambela, Kamarul Hisham Kamaruddin kononnya pembelian rumah banglo itu diarahkan Dr Mohd Khir adalah rekaannya setelah tuduhan terhadapnya digugurkan.

Ketika Hakim Datuk Mokhtarudin Baki mengulangi pertanyaan, Shamsuddin berkata dia memahami maksud arahan Dr Mohd Khir itu bahawa dia diarahkan membeli rumah banglo itu menerusi cara percakapan dan bahasa tubuh ditunjukkan Bekas Menteri Besar itu.

Beliau ketika ditanya mengaku membuat bayaran tunai RM1.5 juta sebanyak tiga kali iaitu RM500,000 kepada jurulandskap Nasir Ismail tanpa dibekalkan resit.

Shamsuddin juga mengaku tidak meminta resit bagi tujuan pembayaran itu tetapi bila ditanya berulang kali, mengakui ia penting sebagai bukti.

Shamsuddin juga berkata, dia memulakan kerjaya sebagai Kontraktor sebelum 1995 dan sebagai Pemaju pada 1995 atau selepas itu serta mengakui pernah berurusan dengan Kerajaan Negeri ketika Tan Sri Abu Hassan Omar menjadi Menteri Besar Selangor.

Beliau mendapat beberapa projek pembangunan perumahan dari anak syarikat Kerajaan Negeri, PKNS dan PNSB seperti di Bandar Baru Bangi dan Sungai Long Cheras menerusi dua syarikatnya, RongNiaga dan Bidalan Lumayan.

Mengulas berhubung dakwaan Kamarul Hisham bahawa dia adalah Pemaju pengalaman dan berjaya, dia hanya menjawab – Alhamdullillah tetapi ditegur oleh Mokhtarudin dan bersetuju dengan apa dikatakan peguambela itu.

Kes perbicaraan rasuah Dr Khir Toyo masuk hari ke enam hari ini dengan Shamsuddin tampil memberi keterangan.

Dr Khir Toyo didakwa memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta daripada syarikat kepunyaan Shamsuddin, Ditamas.

Sebagai balasan, Dr Khir Toyo dituduh menggunakan kedudukan sebagai Menteri Besar untuk memperolehi pelbagai projek bagi Ditamas dan Shamsudin.

Khir Toyo yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika disabit kesalahan.

1 comment:

CIKGU KEMAS said...

Dulu org kata " kalau x bohong bkn cina" kini dan selamanya "kalau x bohong bkn umporno" misi dan selogan resm dan budaya parti pembela ketuanan melayu.. (kononnya)....