Wednesday, June 8, 2011

Negara berkebajikan ringan beban rakyat

http://i31.photobucket.com/albums/c368/paspb/DSCF6857.jpg?t=1262680453PARIT BUNTAR, 8 Jun : PAS Parit Buntar menyokong penuh tema muktamar PAS Pusat ‘Membangun Negara Berkebajikan” yang menekankan keadilan sosial berteraskan kebajikan kepada rakyat dan amalan yang adil membawa berkat serta mengembangkan hasil negara.

Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa berkata, perolehan pendapatan negara bukannya dengan cara membebankan rakyat dengan kaedah menaikkan cukai atau menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan rakyat.

“ PAS telah membuktikan kemampuan memerintah selama 20 tahun di Kelantan dan tiga tahun di Kedah, melalui hasil dan sumber negeri yang tidak bocor dengan rasuah, membazir dan mewah.

" Hasilnya , PAS telah melaksanakan sebahagian daripada konsep negara berkebajikan di negeri yang diperintah ini mengikut kemampuan dan bidang kuasa yang ada “katanya

Bahrain berkata, banyak program berkebajikan dilaksanakan di negeri yang diperintah oleh PAS serta di negeri PAS menyertai kerajaan Pakatan Rakyat seperti Selangor dan Pulau Pinang dan rakyat terbanyak dapat merasai nikmatnya.

“ Kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat mengambil tanggungjawab dalam perkara yang menjadi rukun hidup, keperluan asasi kemudahan asas, makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan lain-lain.

"Sebenarnya sebahagian daripada Buku Jingga telah dilaksanakan di negeri yang telah Pakatan rakyat perintah, seperti pembatalan tol, pembatalan cukai yang membebankan rakyat dan memudahkan perkhidmatan asas yang menyentuh kehidupan rakyat” katanya yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar.

Sementara itu, AJK Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar Adnan Abd Rahman berharap rakyat memberi peluang kepada PAS dan Pakatan Rakyat memerintah negara supaya budaya mendapat hasil secara membebankan rakyat yang menjadi amalan kerajaan Barisan Nasional dapat dihapuskan.

“ Kerajaan Barisan Nasional berniaga menerusi GLC dan mengagihkan keuntungan kepada pemegang saham kroni tertentu.

"Manakala kerugian perniagaan pula ditanggung kerajaan yang akhirnya dibebankan kepada rakyat menerusi sistem cukai yang menekan mata pencarian hidup rakyat jelata” katanya

Adnan menjelaskan perjuangan Negara Kebajikan adalah sebati dalam Negara Islam yang menjadi prinsip perjuangan PAS.

“ Negara berkebajikan yang diperjuang oleh PAS akan melaksanakan undang-undang yang mendidik rakyat, bukannya menakutkan rakyat dengan wajib menjatuhkan hukuman.

"Barisan Nasional telah menjadikan undang-undang sebagai satu cara untuk merompak harta rakyat, contohnya di atas nama saman ekor yang sama sekali tidak mendidik rakyat”katanya

Tambahnya, rakyat dapat melihat kesungguhan PAS melaksanakan program kebajikan bukan sahaja di negeri yang diperintah malah di negeri yang PAS tidak perintah melalui PAS Kawasan yang berterusan membantu rakyat.

“PAS Parit Buntar misalnya, tidak menjadikan alasan sebagai parti pembangkang untuk tidak membantu rakyat.Sejak sekian lama, PAS Parit Buntar membuktikan keprihatinan memperjuangkan kebajikan demi kesejahteraan rakyat di Parit Buntar.

“ Program kebajikan seperti bantuan armalah dan anak yatim, bantuan orang miskin, bantuan orang kurang upaya, bantuan penyakit kronik mendapat pujian dan sanjungan dari masyarakat” Katanya

No comments: