Wednesday, June 29, 2011

PAS Parit Buntar anjur Kembara Bertemu Ulama'

PARIT BUNTAR, 29 Jun : Lujnah Penerangan PAS Parit Buntar telah mengadakan program Kembara Bertemu Ulama’ di Kelantan . Ulama’ yang dimaksudkan ialah Mantan Exco Agama Kerajaan Negeri Kelantan dan Bekas Setiausaha Majlis Syura Pas Pusat Al Fadhil Ustaz Datuk Yahya Othman.

Timbalan Pengerusi Lujnah Penerangan PAS Parit Buntar, Hamdan Fadel Ahmad berkata, Ustaz Yahya Othman adalah seorang tokoh yang banyak jasa dan pengorbanan mengabadikan hidupnya untuk melahirkan kader PAS semenjak tahun 70an lagi termasuk di Parit Buntar.

“ Sebelum ini, kami telah banyak kali mengadakan lawatan bertemu Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi .

“ Lawatan kali ini kami atur khas untuk bertemu tokoh murabbi PAS yang menjadi tiang seri tarbiah malah sangat tidak asing dengan program pembinaan kader PAS, iaitu Ustaz Yahya Othman.”katanya yang juga ketua rombongan

Beliau berkata, peserta kembara seramai 46 orang ini telah menziarahi Ustaz Yahya Othman di rumah beliau dan Maahad Darul Quran di Kampung Labok Machang Kelantan.

“ Walaupun dalam keadaan uzur, Ustaz Datuk Yahya Othman melayan peserta kembara dengan begitu mesra sekali disamping menyampaikan pesanan dan tazkirah.

“ Kami mendapat sedikit motivasi daripada seorang tokoh ulamak dan politik bagi memantapkan jati diri menghadapi Pilihanraya Umum ke- 13.”katanya

Peserta rombongan yang pernah mendapat tarbiyah dari Ustaz Yahya Othman , Haji Tyndareus Awang berkata , semasa tahun-tahun 70an dan 80an yang subur dengan usrah, tamrin, daurah , jaulah dan sebagainya, semua program ini begitu sinonim dengan Ustaz Yahya Othman.

“Ustaz yahya Othman bergerak ke seluruh negara untuk membudayakan tarbiah kepada pemuda dan belia Islam.

“ Malah , PAS berjaya melakukan transformasi kepimpinan pada tahun 1982 adalah kerana suburnya gerakan tarbiah dan perkaderan” katanya yang juga Bendahari PAS Parit Buntar

Beliau yang juga seorang pengusaha Katering telah menaja sebahagian kos program kembara ini gembira kerana dapat bertemu kembali dengan seorang pimpinan tarbiyah PAS yang ulung.

Sementara itu, peserta kembara turut melawat tempat-tempat bersejarah dan melihat sendiri keadaan pembangunan yang begitu pesat di Kelantan yang diterajui oleh seorang ulama’ iaitu Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Selain itu peserta juga berpeluang untuk membelah belah di pasar-pasar popular di Kelantan secara tak langsung memberi peningkatan kepada ekonomi negeri ini.


Peserta sempat mendengar pesanan dan tazkirah daripada Ustaz Datuk Yahya Othman di kediaman beliau.

Muslimat ketika bergambar bersama Ustaz Datuk Yahya Othman dan isterinya

Ketua rombongan Hamdan Fadel ketika menyerahkan cenderahati kepada Datuk Yahya Osman dihadapan kediaman beliau di sini semalam

Para Peserta bersama Mantan Exco Agama Kerajaan Negeri Kelantan dan Bekas Setiausaha Majlis Syura Pas Pusat Al Fadhil Ustaz Datuk Yahya Othman di hadapan Maahad Darul Quran di Kampung Labok Machang Kelantan

Muslimat bergambar dihadapan Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang dijadikan pusat pertemuan dan rakyat dan pemimpin Negeri Kelantan

Muslimin bergambar dihadapan Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang dijadikan pusat pertemuan dan rakyat dan pemimpin Negeri Kelantan

Sebahagian muslimin mengambil peluang bergambar bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Ipoh Wan Yusof Mustapa di bilik mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan

Peserta kembara sedang menikmati jamuan tengahari yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan sebagai meraikan peserta rombongan

No comments: