Monday, July 4, 2011

Ada penipuan setiap kali pilihan raya

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMIAF0vV_GSMT46uvLHxymeuEnUSG0p3pygcuQLWQs_5B5nihwaYaTagcM8OnojYL6PMUKWBHDfyqsX-cOdqzbaQqnVpdjql3ThQ9zruEEREP1gQuzL2Yx7SRZAF8D9dQRidvMjPWwCV4/s1600/mymaktabaty-Azman-Shapawi.JPGKUALA TERENGGANU – Pembangkang percaya berlakunya penipuan setiap kali pilihan raya sekalipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat penegasan tidak berlaku perkara sedemikian setiap kali pilihan raya berlangsung.

Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Dungun, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, ia berdasarkan pengalaman pihak tersebut apabila ada pengundi menggunakan kad pengenalan orang lain dan menggunakan kad pengenalan palsu.

“Pada 2004, jumlah keluar mengundi terlalu tinggi sehingga capai 90 peratus.

“Keadaan ini pernah berlaku di Sabah dan Sarawak apabila kad pengenalan diberi kepada warga asing,” katanya.

SPR menegaskan, mustahil pengundi mengundi dua kali kerana pihaknya menggunakan sistem 12 digit kad pengenalan.

Timbalan pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, sistem itu membolehkan SPR mengenal pasti pengundi hanya mengundi sekali.

Azman Shapawi berkata, perkara yang berlaku di Sabah dan Sarawak itu dipercayai berlaku juga di Semenanjung Malaysia.

“Mungkin apa (penipuan) yang difahami kita, berbeza dengan apa yang difahami SPR. Dengan jumlah mereka keluar mengundi juga ramai dan tidak mengenali orang setempat, penipuan tidak mustahil berlaku,” katanya.

Pihaknya juga kesal apabila SPR tidak melaksanakan sistem cap jari dalam pilihan raya umum kerana menganggap ia lebih telus berbanding sistem ketika ini.

Katanya, walaupun pembangkang telah membuat tuntutan kepada SPR berhubung perkara itu sebelum ini, namun pihaknya kesal apabila ia dibatalkan pada saat akhir menjelang Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

“Saya harap SPR lihat dengan pandangan positif dan tidak terikat dengan UMNO dan BN. Kalau tuntutan ditunai, tiada masalah buat rakyat untuk menjalankan pilihan raya dengan bersih,” katanya SH

1 comment:

tungkaran hati said...

benarkah kemenangan PAS atau PR di Kelantan, Kedah, Selangor dan PPinang hasil daripada kebijaksanaan menipu SPR kerana kita sedia maklum PAS atau PR sememangnya mengguna-pakai `matlamat menghalalkan cara'