Saturday, July 9, 2011

Bersih berjaya capai matlamat , Dr Hatta berjaya pimpin rakyat ke Stadium Merdeka setelah pimpinan lain ditangkap


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh0dG50hW02lkq5_kWpaYkVSzpj6qJiPYvRUU8GzpykQ7mive_195LNdVgrSONSZy-i8YNjzKdF9A1CQyDS33AJKy_VnXtlf6JLoLy_NbgGcBmRc5CySEqTiV5YAZxw96wIOJc_iP4z6_k/s200/A18.jpgKUALA LUMPUR, 9 Julai: “Kita telah berjaya berhimpun di Stadium Merdeka dan ini menunjukkan kita telah berjaya mencapai matlamat kita.
Bersih berjaya. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong benarkan kita berhimpun di Stadum Merdeka. Daulat Tuanku!"

Demikian ucapan Dr Mohd Hatta Ramli yang mengetuai perarakan ke Stadium Merdeka sebaik tiba di stadium itu sekitar jam 2.38 petang tadi bersama tidak kurang 10,000 orang penyokong Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat.

“Negara kita aman dan kita menjunjung tinggi keamanan, manakala perhimpunan ini kita adakan untuk mendesak kerajaan melaksanakan pilihanraya yang bersih dan adil di negara kita,” katanya.

Katanya, rakyat tidak perlu takut untuk berhimpun dengan aman kerana perhimpunan kita ini dibenarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Bersih bersih, Bersih aman. Bersih bersih, Bersih aman. Bersih bersih, Bersih aman," ucap Hatta dengan disambut gema suara orang ramai di sisi sekatan pihak polis untuk ke pintu stadium.

Walaupun dihalang dan bebertapa orang pemimpin kita telah ditangkap, menurut Hatta, kita tetap berjaya juga ke Stadium Merdeka dan ini jelas melambang kejayaan Bersih 2.0 hasil semangat perjuangan yang tinggi yang ada pada kita.

Setelah beberapa minit berhimpun dan berucap dengan diselang seli ucapan Hatta dan beberapa orang pemimpin Pakatan lain, Dr Hatta mengumumkan perancangan seterusnya untuk berhimpun pula di KLCC.

Dr Hatta kemudian terus memimpin perarakan menuju ke KLCC dengan pelbagai laingan termasuk hidup Bersih, reformasi, takbir, ucapan dua kalomah syahadah.

Mereka melalui Lebuh Ampang, tetapi tibu dekat Jalan Pudu, mereka sekali lagi ditembak berdas-das gas pemedih mata oleh pihak polis.

Ini menyebabkan mereka berpecah tetapi bersatu semula kemudiannya lalu meneruskan perarakan ke KLCC.

Dr Hatta muncul sebagai wira dan menerima ucapan tahniah dari orang ramai.

5 comments:

Anonymous said...

10 ribu? Ko ni menulis untuk UMNO ke apa?

Anonymous said...

10 000 tu yang sampai ke stadium bro. Yang tak sampai kerana halangan polis mau cecah ratus ribu

Anonymous said...

jom member bersih kita dah berjaya hari ni esok kita kena berhimpun gotong royong cuci sampah kat tempat kita berhimpun.... weh kata sayang negara baru la imej bersih kita jaga semua bawak beg plastik masing2 kita bawa makanan sendiri potluck

Anonymous said...

ingatkan matlamat nye nak "bersih"kan pilihanraya. rupanya matlamat cuma nak pi stadium merdeka je? sebab tu boleh buat claim kata matlamat berjaya? ish pelik benar korang ni. aku ingatkan kerajaan je pelik, rupanya korang pun sama pelik. padan la. satu kerajaan tak betul, pembangkang pon tak betul. elok sangat la.

p/s: Agong ada sebut ke boleh berhimpun kat stadium merdeka? dia titah buat kat stadium, takde lak dia sebut secara khusunya stadium merdeka. tu la aku kata, korang ni pelik.

Anonymous said...

pancacai uporno pun tiru skrip tv3 suku. dah tak dapat nafi kejayaan himpunan bersih nak tuduh orang buang sampah. org dh buang dlm tong sampah, fru yg sembur tong bagi terbalik